Monday, October 17, 2011

Cerita Je

Salam. Haip! Berjumpa lagi di edisi terbaru Kita Hamba. Bajet macam dia dalam rancangan ape je kan. Haha. Banyak betul benda yang terjadi sejak kali terakhir post di blog ini dipublishkan. Agak mengubah persepsi diri saya walaupun bukan drastik. Cukuplah ia mampu membuat saya berfikir. Hmm. Cerita yang takkan pernah lapuk ditelan zaman, sudah tentunya mengenai cinta.

Sembang dengan roommate yang selalu bercerita. Jadi bila dia bercerita, saye pon mestilah nak cerita cerita saye kan kan. Hehehe. Tak payah la kantoikan cerita pasal apa ye. Nasihat dia kepada saya, istikharahlah. Kadang-kadang kita dah kawan dengan orang tu lama, menjangkau 5 tahun. Tapi kita tak tahu pun perasaan dia camne. Mungkin takde ape pun dengan kita. Hanya kawan biasa. Istikharah agar Allah beri petunjuk, ada ke tak masa depan kita dengan dia. Apa dia, yang mana bila kita lakukan, hati kita lebih lapang, atau sebaliknya. Mana la tau, mana la tau, mana la tau.. ada orang lain yang menaruh perasaan kat kita, tapi kita tak mampu sebab terikat dengan orang yang kita dah kawan lama tu. Sedangkan kita tak tahu pun apa perasaan dia kat kita. Hmm. Agak memeningkan di situ. Hanya yang menghayati akan memahami. Hihi :p

Baaanyak la cerita-cerita. Untuk mereka yang jual mahal, macam kalau laki2 ajak keluar anda takmahu, ajak makan sama berdua pun takmahu; saya pun memahami. Kadang-kadang kita dihantui kisah lama. Kadang kerna itu memang prinsip kita. Jangan risau. Lantakkan berapa ramai yang mengomel tentang kejualmahalan anda itu, sebenarnya anda telah meletakkan diri anda di tangga yang tertinggi. Bukankah epal yang baik berada di tempat yang tinggi dan sukar dipetik? Haa sape yang blur harap maaf tau. Don’t worry babe, satu hari nanti, inshaAllah akan ada seseorang yang mahukan anda tanpa perlu melalui jalan2 sedemikian : kluar makan, dating, bla3. Dia yang inshaAllah juga menjaga dirinya seperti anda. Adeeeee. Sape kata takde lelaki baik dalam dunia nih. Doa la banyak2 ye. Doakan saye jugak :p

Bagi yang muda remaja macam saye (euww perasann), jom sibukkan diri dengan benda yang baik2. Nak sibukkan dengan benda yang tak baik pun boleh tapi ianya hanya merugikan diri kita jer lah kan. So instead of choosing the bad things to do and to think and to see, why not gunakan akal fikiran juga hati yang Allah bagi ni untuk benda yang baeeekkk. Allah pun suka, makhluk pun sayang. Anggaplah dedaunan, angin, hujan dsb yang juga makhluk Allah itu, sering berinteraksi dengan anda. Bezanya interface mereka bukan seperti manusia yang memahami bahasa manusia. Mereka berkomunikasi dengan bahasa tersendiri. Subhanallah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kalau computer berinteraksi dengan bahasa binary, manusia dengan kata-kata, orang bisu dan pekak dengan bahasa isyarat, Allah pula berinteraksi dengan kita melalui nikmat dan ujian yang DIA timpakan pada kita. Kadang kita tak nampak, or buat2 tak nampak. Hendaklah bersyukur ketika mendapat nikmat dan tidak berkeluh kesah ketika menerima ujian. Suka aku nak petik tazkirah waktu final touch IPN Rabu lepas. Manusia ini ibarat pengembara di lautan yang amat luas. Dia telah diarahkan berhenti di satu pulau untuk mencari bekalan dalam perjalanan seterusnya. Bila dah berhenti tu, ada 3 golongan yang dapat dikenal pasti. Golongan pertama, mereka yang bila turun je kapal tu, sentiasa ingat tujuan dan asal-usul dia, dia cari bekalan sebanyak-banyaknya untuk perjalanan akan datang. Bercucuk tanam, jumpa apa2 yang berguna, dia manfaatkan. Golongan kedua, mereka yang ingat-ingat lupa. Kejap dia ingat nak cari bekalan, kejap dia terpesona jap dengan keindahan pulau tu. Dan golongan ketiga adalah mereka yang benar2 sudah lupa tentang tujuan mereka di pulau itu. Lantas terus hidup dengan sewenang-wenangnya tanpa menyedari masa mereka di pulau itu sudah hampir tamat. Nanti mereka akan berangkat dengan penuh sesalan kerna tidak memuatkan kapal dengan bekalan yang sebanyak-banyaknya.

Diibaratkan pulau itu adalah dunia, kita hanya lah musafir yang berkelana, yang mana dunia ini hanya tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka. Entah mana tempat kita nanti kan. Pernah juga tersayu hati aku bila terfikir pasal benda ni, sebab automatic akan teringat pada arwah opah. Opah yang pergi dalam keadaan yang amat baik. MaaasyaAllah. Rindu nye kat opah :(

Jadinya itu saja kot coretan buat masa ini dalam blog ini oleh jari ini. Alhamdulillah tirai Islamic Performance Night @ Closing Ceremony for CONVEST’11 dah dilabuhkan walaupun dalam berbagai kisah duka dan suka. Adat berprogram, macam2 adaaaa. Kalau dah tahu orang ni macam ni macam ni, jangan la kerja dengan dia da. Kan kan. Keh3. Aku sebagai seorang member Nasyeed Club rasa amat gembira kerana ini program besar kami yang pertama dalam kami bertatih naik kembali dan dalam membetulkan persepsi sesetengah manusia yang prejudis dengan kelab kami. Moga Allah bantu. InshaAllah!

Ha, time aku jaga kaunter tiket malam IPN tu, ada seorang sister tanye aku kenal ke dia, sampe la ni aku tak tahu dia tu sapa. Siap tangkap gambar dengan aku, tak boleh blah btol. Kawan dia kata dia tu secret admirer aku. Hahaha. Karut marut saje depa ni. Jadi harap orang tu tolongla bagitau awak tu siapa ye, sebab bila tanya kenal kat internet ke, dia kata bukan. Hmm. Mati2 aku ingat dia PC Central tau. Haha. Datang nak jenguk2 kaunter tiket kitorang. Macam Muazan PubPro Central yang slalu datang booth dan tanye : “Tiket banyak lagi ke Sumaiyah”, huhu. Alhamdulillah da takde da dengar dialog2 camtu yeay!

Bile mau berenti laa labuu. Oke nak berenti da, isu jodoh akan sentiasa jadi isu terhangat kala ini. Besela sume belum berumahtangga kan. Nanti dah kahwin, sume pandang kenyit mata je isu nih. Keh3. Semoga anda yang membaca dan semuanya sentiasa dalam lembayung rahmat Allah. Allah yang mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. Beruntunglah mereka yang mensucikannya, merugi amat mereka yang mengotorinya. (Teet teet scan hati) Tiadalah yang kita pinta melainkan redha Allah dan pulang kepadaNya dengan hati yang saleem. Wallahua’lam :)

p.s : Kenapala mereka yang aku suka selalunya sudah berpunya. Baru2 ini tahu orang tu dah bertunang dengan tunang dia (da tu dengan sape lagi keh3). Lepasni kena kurang interaksi dengan dia la sebab malas. Haha. Jauhi mereka yang dah berpunya untuk hati aku dan hati dia jugak. Hoho. Babai!

Diba yang dedikasi, dan Sobri yang rajin
TQ diba sbb bg pnjam laptop
dan untuk semuanya, Jzkk! :)

2 comments:

MasturahMast said...

Wah sukalah post ni!! =D

(walaupun tertanya-tanya.aha =)

SuMaiYaH said...

kMast meme sopmo suke.. haha :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...