Sunday, September 25, 2011

Stanza Cinta ♥

Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang perlu dia bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?

credit
Tadaaa, buku yang telah dibeli setelah pujuk abi untuk belanjaa. TQ abi kerana telah memberi nafkah kepada akak dan adik beradik lain hingga kami menjadi besar macam ni. Alhamdulillah.

Tengok sinopsis, tiba-tiba rasa macam berada di tempat Amni. Belum baca lagi. Hehe. Ni cerita yang ade kat TV3 hari Ahad 9malam. Tak tengok sebab tak minat pelakonnya (mesti pelakon tu pun tak minat kat aku). Dan tahu, selalunya cerita yang diadaptasi daripada buku lebih kurang nilai islamik daripada karya asal. So marilah membaca buku ni yerr. Im not jiwang people. Seriously. Jarang baca benda2 cintan nih. 'hatiku untukmu' la, 'hatiku milik siapa' la. Dan lain2. Mane nak ingat sebab memang tak minat :P

Apepun dalam setiap apa yang kita lakukan, yang menimpa kita, ada hikmah di sebaliknya. Maksudku, kita sendiri boleh extract benda tu, either benda baik or buruk (macam extract .zip file gittew). Kalau hati gelap dan hitam, akan selalu nampak benda buruk. Dan kalau hati yang lunak dengan kebaikan, akan selalu lihat benda secara positive. Itu fitrah. Lihat lah dunia dari kaca mata burung, bukan melihat dunia dari dalam tempurung :) Jadi jom bersihkan hati masing2 yuk. Moga Allah mudahkan. Bersedia menghadapi dugaan yang mendatang! Senyum sokmo! Weee :D

"Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku?"

2 comments:

jelah said...

leh la pinjam novel awk....

SuMaiYaH said...

boleh2, jangan lupa pulang hihi :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...