Friday, September 16, 2011

name pun luahan..

Minggu yang memenatkan tapi menggembirakan. Mungkin.
Alhamdulillah semua proses add subjek dah selesai, mungkin sebab kesemua 6 subjek dah dapat waktu sem dua hari tu. Yang tinggal cuma cocu subjek, yang takpernah penuh, titibeee je penuh. Pelik bin ajaib sungguh ye. Yang tu pun dah setel.

Banyak benda dalam kepala. Kadang rasa serabut tapi kadang taktahu apa yang nak diserabutkan. Sebab nak rasa tension takda la sangat. Tapi adala jugak. Cara taip pun macam dah tak betul hahaha. Segala puji bagi Allah yang tidak mengilhamkan aku dengan benda yang tidak baik ketika otak bercelaru. Dulu kecik2 aku pernah nak cederakan diri kot. Mungkin masa tu hormon tengah tak betul lagi. Cuma kali ni takde ape sangat. Air mata je pernah turun. Tapi titibe terfikir, apakah yang aku tangiskan?


Oh. Ada banyak program sem ni. Ada IPAC, ada IPN, ada jugak ICTSS. Aku ada amanah dalam tiga program tu. Mujur ada kawan yang boleh replace aku dalam IPAC, jadi aku akan jadi sub-committee saja. Fuh lega. Dalam IPN, isu yang tidak pernah habis. Nak kata miscommunication ke taktahu la. Sebab aku dah cuba suarakan apa yang aku tak puashati pada orang berkenaan, tapi dia melenting pulak kan. Semua nak ikut cakap dia. Nasib baik ada jugak benda yang jadi. Dalam meeting Selasa malam Rabu hari tu, memang nampak ar muka dia tegang semacam. Tambah2 bila wakil NasyidFm (NFM) datang, lagi ar dia buat muka tak puas hati. Maybe rasa tergugat dengan kredibiliti yang dimiliki wakil berkenaan kot. Haha. Biro aku confirm2 la hancus jugak kan. Aku jadi assistant head untuk biro publicity and promotion. Banyak kali la orang NFM tu kata kita dah lambat, tinggal sebulan je lagi sebelum event, kena gerak cepat. Bla3. Memang sah2 la rasa agak tertekan di situ. Yang head aku pun rilek je. Argh. Nasib baik la lepas meeting hang datang jumpa aku. Kalau macam sebelum2 ni, nak kena panggil baru datang. Kalau rasa nak buat kerja sendiri, aku boleh resign ok. Aku teruskan pun sebab Nasyeed Club je. Kak Faizah kata pedulikan depa2 yang kita tak puas hati tu. Kita teruskan sebab kelab kita. Ok fine. Sebab tu la aku masih lagi kat sini.

Pastu kan, ade ke patut programme manager kitorang boleh tak datang, time central buat meeting dengan PM subprograms yang lain? Tak patut kan? Bile tanye alasan, dia kata lupa LUPA? Alzheimer ke? Aku pun pelupa jugak. Tapi kalau dah tahu busy, note la kat mana2 or bunyikkan alarm or tulis reminder kat phone ke. Nak suruh aku remind pun boleh. Bukannye takde assistant, ramai gile anak2 buah bawah dia boleh dimintak tolong. Bila dia kata lupa, nampak sangat IPN ni bukan dalam kepala dia kan? Betul tak? Bagusla sangat, padahal event ni memang tak sampai sebulan dari sekarang. Sabar Sumaiyah. Sabar..

Sebab meeting malam tu, aku tak pergi meeting ICTSS. Sorry Fazman. Tapi bagi aku its ok sebab aku dapat banyak benda baru, yang trigger kerja aku. Sebab banyaknye biro aku punye kerja skarang. Promosi. Dan Publisiti. Itu amat kurang. Yang tahu kat FB pun sikit je. Hari tu pernah sembang dengan Irma tentang benda nih, aku cakap aku partner dengan orang yang macam tak amik cakna tentang program kitorang nih. Apa pilihan aku : just ignore him or buat kerja aku? Irma kata buat je kerja aku. Boleh memang boleh. Tapi memang sengsara la, sume benda aku kena buat. Huh. Nak contact pun tak dapat. Sokmo off phone or tak diangkat call. Kot ye pun ade hal time tu, call la balik lepas tu. Kalau central takdapat call dia, aku yang kena. Aku lagi. Kadang2 tak sabar tau tak?

Di samping nak menjaga nama kelab yang ramai orang dah pandang enteng, aku pun nak belajar jugak. Aku datang uia bukan nak jadi gipang sangat. Aku slalu ingatkan diri aku dengan sume benda tu. Walaupun ade banyak program, study jangan lupa. Kalau aku tak study, memang dah lama la aku komited sampai lebam. Sayang wo dengan kelab nih.

Tadi nak pergi Kuantan, open house amsya. Ingat nak tido kat uia kuantan ar. Titibe sampai kat greenwood tu, tiket habis. Frust ooo. Memang nak nangis dah time tu. Aku taktahu kenapa jadi gini. Kenapa Allah tidak makbulkan doa aku agar dimudahkan urusan, agar dimudahkan urusan. Kenapa, kenapa jadi begini. Ya, dah suratan Allah taknak bagi aku pergi Kuantan. Bile tahu tiket habis, aku jalan2 la kat situ, dah mati kutu taktahu nak contact sape untuk balik UIA. Berlegar2 selama beberapa minit kat tempat orang tunggu bus tu, aku mesej Ahda tanye kat mane nak amik teksi. Ahda kata kat seberang tu. Oh nampak dah bus stop tu. Ade sorang adik kecil berpakaian sekolah sedang tunggu dan seorang mamat yang aku amat takut dia pendatang asing. Waktu nk seberang jalan, aku perasan ada satu teksi berhenti. Pakcik tu macam tengok2 aku jugak la. Aku wat dek je, terus seberang jalan. Dia panggil kot. ‘Dik dik!’ Aku dengar tapi malas pandang. Kang pandang kena langgar plak kan. Tak la, aku tak pandang sebab takut. Pastu nak tau ape? Pakcik tu pi pusing kereta dia cross jalan tu yang ada dua hala tu, means 4/5 lines of road, ke bus stop seberang tu. Pergh cuak gila. Aku pun tanye adik tu, tunggu teksi or bus. Dia kata tunggu ayah. Alamak takde dalam jawapan. Aku pun berdiri la sebelah tapi jauh2 sikit dgn adik tu. Titibe je pakcik tu kuar kereta, macam nak datang kat aku. Ape lagi, aku blah ar pegi belah sana. Ade la jarak 1 meter. Cuak cuak. Segera aku tepon mekda. Tanye dia dah nak pegi kerja ke. Dengan izin Allah, dia memang tengah nak pergi kerja. Aku mintak amik, dia kata ok. Alhamdulillah. Seberang jalan sana balik, tinggalkan pakcik tu. Dahlah hisap rokok, perut buncit. Seram wo. Tunggu mek kat situ. Then mek bawak aku pegi tempat kerja dia, dapat jemputan open house plak ahad ni. Balik tu, kitorang pegi pasar malam plak. Memang jalan2 sungguh ye kamu sumai. Mek kata jangan sedih, Allah dah bagi pahala sebab aku nk jumpa kawan2. Tenkiu mek, Very inspired.

Balik pada program. Aku taktahu adakah aku rasa tertekan dengan program2 yang aku pegang sem nih ataupun aku rase je macam tension tapi tak pun. Semuanya sebab tak dirancang dengan baik. Aku baru fikir nak score study sem ni, sebab pointer memang sikit sekarang. Ikutkan hati memang nak berhenti, letak jawatan je dari semua nih. Tapi fikirkan aku bawak nama kelab, aku kuatkan jugak. Dan minat aku pada genre itu sendiri. Lantaklah kata2 orang sekeliling. Aku sedih, tapi apa yang boleh aku seorang buat? Kalau orang lain baca pun macam takda apa, buat kerja masih entah ape2. Aku memang ada rasa nak tampar, terajang, sekeh manusia2 itu. Tapi aku cakap je la, buatnye sah2 tak berani kan. Tapi memang, macam tu la tahap kebengangan aku pada depa skarang.

Misscommunication pun boleh jadi punca. Atau mungkin mereka memang jenis orang yang tak cakna dengan kerja. Ye lah, kaki study. Macam depa je yang nak study kan. Ataupun macam aku kata atas ni tadi, depa just tak letak program ni dalam kepala, masih boleh rilek2 dan tak amik serius. Buat sume sobat/akak2, terima kasih pada mereka yang sudi mendengar dan bagi cadangan. Yang busy pun terima kasih gak. Amat dihargai sekaliannya.

Sekian cerita aku hari ni. Mungkin aku jugak yang belum bijak merancang masa. Mungkin segala-galanya. Mungkin ada masa silam aku yang Allah nak tunjuk sekarang. Entahlah. Allah Maha Tahu. Di sebalik keserabutan yang ada dalam kepala, mujur ada teman yang menceriakan. Esok(Jumaat) takde plan ape2. Mungkin masa untuk diri sendiri plan ape yang patut. Sabtu open house Nasyidfm. Ahad open house majikan mek. Isnin kelas macam biasa, dan seterusnya. Tadi ada call ummi, ummi macam suruh balik rumah je, tolong balut hadiah. Huhu sedihnye dengar :’( tapi taktahu nak buat apa. Nak balik boleh, tapi aku penat risikokan diri dengan tiket yang habis. Plus dah ada plan minggu ni. Insha Allah lain kali aku balik rumah. Korang dah habis puasa 6 ke? Aku baru 2 hari. Dah lama tak pose, liat bebenau. Seb baik kelas agak penuh sem ni, jadi harap2 aku dapat gunakan masa aku sebaiknya. Doakan aku ye. Terima kasih baca sampai habis. Bila baca sampai habis, means anda orang yang concern dan sayang akan aku. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Ameen. Jumpa lagi! =D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...