Monday, August 15, 2011

Pahala Changer

Alhamdulillah, sempat menemui 15 Ramadhan.
sok sek tazkirah di surau sebentar tadi, ustaz menerangkan kejadian alam terbahagi kepada empat :

JIRIM
boleh dirasa (sentuh) dan dilihat (makhluk mcm kita)

JISIM
boleh dirasa tapi tak boleh dilihat (contoh : angin)

JAUHAR
takboleh dilihat, tak boleh dirasa tapi boleh dikesan menggunakan alat tertentu (contoh : radioaktif)

JAUHAR FARASH
tak boleh dilihat, tak boleh dirasa dan tak boleh dikesan dengan alat (contoh : malaikat, syurga, neraka )

Baru tahu juga benda ini. Mungkin mereka yang pernah belajar dengan mendalam ilmu2 sebegini lebih tahu. setakat ini saja yang dapat saya cernakan. Sebab bila search kat google, macam2 kupasan tentang isu ini. Tentunya mengenal Allah dan diri. Hmmm.


Ustaz sebut lagi, pahala termasuk dalam JAUHAR FARASH. Tak nampak. Sedangkan pahala itu adalah duit. Duit Akhirat. Nanti dah beralih alam, semua amalan kita akan di tukar kepada duit yang menguntungkan kita di Akhirat sana. Sebagaimana mereka yang punyai wang yang banyak di dunia, begitulah untungnya sesiapa yang mampu mengumpul duit yang baaanyak di Akhirat sana. Bagaimana? Tentu dengan 'amal yang dilakukan kerana ALLAH. Jika di dunia kita punya Money Changer (Pengurup Wang) bila nak tukar duit untuk guna di negara2 lain, begitu juga dicontohkan di Akhirat nanti. Punya 'Pahala Changer' yang akan tukar amalan kita jadi pahala. Maasha Allah.

Ustaz sebut juga, "Apa yang menyebabkan Aku dekat dengan hambaKu dan yang menyebabkan hambaKu dekat denganKu bukanlah amalan wajib tetapi yang menyebabkan Aku dekat dengan hambaKu dan yang menyebabkan hambaKu dekat denganKu ialah amalan2 sunat."

Habis tu yang wajib macam solat, zakat, puasa tu takpayah ke? Menganalogikan amalan sunat dan wajib, ustaz guna analogi periuk dan nasi. Periuk perlu untuk menanak nasi. Tapi ia sekadar alatan, yang kita makan adalah nasi, bukan periuk itu. Nampak? Suka untuk saya recall analogi akhi pengendali dalam KBM lepas2, beliau guna analogi pinggan dan makanan. Pinggan perlu untuk makan makanan itu tapi kita tak makan pinggan. Got it? Sama macam amalan wajib dan sunat.

Sekadar ini perkongsian kali ini. Tahun depan tak tentu lagi kita dapat jumpa Ramadhan kan? Pulun yuk!! Moga Istiqomah. Wallahua'lam. Wassalam :]

credit

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...