Friday, August 12, 2011

Opah, damailah dikau di Sana

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [Al-Mulk:2]

Semua terkejut walaupun ada yang sudah menjangka. Mereka kata dah nampak tanda-tanda. Buta sungguhlah aku yang jaga opah di hari terakhir kat hospital tapi tak perasan suma tu. Yelah, mungkin kerana mereka yang nampak tanda-tanda tu semua tak pasti. Kita pun tak boleh nak kata pasti sangat ke apa kan.

Opah was admitted ke Hospital Parit Buntar sebab letih hari Sabtu lepas. Dah seminggu duduk kat rumah Maksu. Sebelum tu duk rumah Mak Chah. Sebelum tu lagi aku teman opah kat rumahnya pun seminggu juga. Boleh dikira teman, bukan jaga kot sebab tak rasa macam menjaga opah sangat. Tolong2 je :(

Lepas tu Opah ditukarkan ke Hospital Sungai Siput esoknya. Gilir-gilir jaga opah. Oleh sebab aku free dan dekat dengan rumah, kadang2 shift dengan ummi. Ahad malam sampai pagi isnin tu shift aku. Duduk je kat opah. Opah ada pergi qada hajat kul 2.30 am. Lepas tu amik wudhuk dan solat malam. Opah memang nampak macam dah tak larat. Menggeletar tangan nak turun katil.

Lepas tu tukar2 shift dengan Mak Yang, Maksu, Wan Kiah(mak2 saudara), Cikpah (anak Mak Yang, grad doctor from Krusk State Univ, Russia), serta cucu2 opah yang lain. Selasa pagi memang shift aku lepas Cikpah. Kul 7am sampai hospital abi hantar. Pagi tu opah makan biskut empat segi dengan kurma. Minum susu. Tengahari sikit makan kanji yang umi buat. Dengan lauk ikan masak asam, opah kata, "Ni la yang opah nak semalam."

Lama sikit lepas tu, opah nak pergi tandas, sakit perut. Opah kata, "sebab makan cili tadi ke ye.." Time tu pukul 12pm. Opah buang air besar lagi. Tapi kali ni takbanyak sangat macam hari sebelumnya. Amik wudhuk untuk solat Zohor. Sebelum tu waktu nak hantar baju hospital opah ke bilik yang sepatutnya, nurse kata opah dah boleh balik hari tu (selasa). Aku pun gembira laa gtau opah. Sebab opah pun nampak macam dah sihat hari tu. Opah pun amik handphone dia, call MakYang. (Opah memang dalam jagaan MakYang sebab MakYang yang paling dekat dgn rumah opah sebelum rumah kami)

Dalam kul 3 dekat 4pm, MakYang pun sampai. Opah sampai tertido-tido sebab tunggu. Hehe. Opah mintak carikan stokin, jumpa sebelah je mula2. Pastu jumpa lagi sepasang dalam beg mengkuang pink tu. Aku pun tolong kemas2 barang, sambil hati girang, sebab supposedly ummi ganti aku petang tu, jaga sampai pagi Rabu. Balik hospital, singgah pasaraya TF. Time otw tu, sembang2. Baru terperasan cucukan drip opah kat tangan tu basah dengan darah. Opah yang perasan, sbb opah duduk depan dgn MakYang, aku duduk kat kerusi belakang. Aku pun kasi la tisu, kasi tahan darah tu. Darah keluar balik mungkin sebab opah guna banyak tenaga waktu nak naik kereta, biasalah opah mana nak kasi anak cucu dia angkat dia kalau nk ke mana2. Opah memang tak suka susahkan orang. Time aku teman opah kat rumah dia dulu pun, nak masak ape2 opah yang kupas bawang, sayur2 sendiri. Aku tolong masuk dalam kuali, periuk dsb je. Sambil ikut arahan opah. Huhu.

Selasa petang kat rumah MakYang, opah solat Asar, pastu tertido. Opah nampak nyenyak sangat. Then ummi dan PahChik (sibling opah) sampai kul 6pm lebih. Ummi bawak makanan yang opah nak, puyuh goreng. Opah nak betik, aku sms ummi and ummi brought it. Kasi la Opah makan. Opah memang berselera. Masa aku nak potongkan betik kecik2 before masukkan dalam cawan kanji opah, "Tak payah le potong kecik2, opah bukan takde gigi." Opah cakap camtu. Aku pun habiskan potong sikit then leave the rest dalam piring kat opah. Opah memang berselera makan makanan2 sume tuh. Ade buah pear opah makan sikit, buah prun, sume opah makan sikit2. Waktu dah dekat berbuka, opah suruh kitorang yang tengah sembang2 dgn opah pegi berbuka. Tinggallah opah sorang2 kat bilik tu. Lepas maghrib tu sembang2 lagi, opah dah banyak cakap. Sampai tersasul2 nak sebut Hospital Sg Siput tapi sebut Hospital Kuale. Gelak-gelak. Seronok sangat. Sampai lepas Isyak tu, nak balik, ummi serba salah nk balik ke tak. ummi sekolah esoknya. Opah kata "Mayah tak tinggal sini ke." Aku kata aku takbawak baju. Dalam hati memang nak datang balik, seronok tengok opah dah ok. At last kitorang pun balik. Tinggal MakYang serta suami dan CikPah, yang tengokkan opah.

Rabu pagi, MakYang gi kerja kat Ipoh kul 8. Ikut jadual, MakNyah yang replace. MakNyah terlambat, tapi mujur CikPah ade, teman2kan opah. Dalam 1030-1100 tu, opah sakit perut, gastrik katanya, ada muntah 2kali tapi yang keluar cuma fluid je. Perut Opah panas. Bila CikPah rasa, memang panas sungguh perut opah. Opah taknak dah air panas ke, bantal panas (yang guna utk urut) ke.. Opah baring, duduk, baring, duduk, ulang2. CikPah nampak tanda2 kat muka opah, macam kena tekan something, dada opah berombak2, dan ada sekali bila opah tarik nafas last, CikPah sempat ajar opah mengucap dan hamdilah opah mengucap, lalu HABIS. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita PASTI kembali.

Ummi call rumah kul 11 lebih, cakap opah dah takda and suruh aku siap2. Sampai2 rumah MakYang, opah dah ade atas katil yang letak kat ruang tamu. Dah ditutup mukanya. Berderai air mata waktu baca yasin dengan CikPah. Aku pun tak sangka opah pergi secepat ini. Dengan gelak tawa malam sebelumnya, semua macam mustahil. Apatah lagi opah mintak aku teman opah malam sebelum tu, aku rasa sangat bersalah..

Banyak yang ibu2 saudara aku sembang pasal opah. Opah ada mimpi orang melambai2, opah ada mimpi kelibat Malaikat Maut, Opah dah siap2 pesan nanti bila dia dah takda kena buat begini dan begini, pendek kata memang opah dah tahu. Beruntung opah :) Opah sempat lunaskan hajatnya nak derma duit pada budak Tahfiz kat tempat opah tu, also nak derma beras pada mereka yang memerlukan, seperti yang MakSu ceritakan.

10 Ramadhan. 80 tahun umurnya. 10 anak. Cucu ramai gila. Cicit 16 (rasenye lah). Semoga semuanya akan terus mendoakan opah di sana. Sedih memang sedih. Aku ada sebut dekat ummi, "takde dah jus epal untuk opah.." Ummi kata, "Opah tu hidup di alam lain kak." Beruntung orang mukmin, kita percaya pada adanya hari Akhirat yang abadi. Bulan Ramadhan pula tu, seksa kubur direhatkan. Semesti roh opah ada berdekatan kami melihat-lihat anak cucunya. Lengkap tahlil untuk tiga malam berturut-turut, yang cantiknya malam ni memang giliran opah moreh di masjid. Time kebumi pun hari tak panas, hujan rintik2. Makcik Mun yang mandikan mayat opah pun kata mayat opah bersih, waktu cuci perut takda apa2 yang tak elok, alhamdulillah.

Ummi kata opah slalu nak ada orang teman dia, mungkin sebab takmahu mati sendirian, nak ada orang ajar mengucap. Alhamdulillah, rasanya semua hajat opah tercapai. Cuma kain baju kurung opah yang ummi dah tempah untuk raya opah takdapat pakai. Opah memang rajin sedekah, beri hadiah, solat tak pernah tinggal walaupun kat hospital. Selalu aku tengok warga emas yang masuk hospital, hatta yang younger than opah tak bother nk solat2 ni. Solat malam pun jarang opah tinggal. Opah dah takda, baru rasa rindu, menyesal sebab takpernah sebut sayang kat opah. Waktu cium opah sebelum dikafankan, sejuuk je muka opah. InshaAllah, aku yakin opah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amiin. Opah, damailah dikau di Sana, bersama kekasih yang dirindu :') Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anhaa.








Opah dah menyusuri langkah atuk..

3 comments:

Afifah Khamis said...

inna lillahiwa inna ilaihirojiun

SuMaiYaH said...

benar dik, alFatihah buat beliau..

mannasy said...

:'(
Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafiha wa'fu 'anhaa
Semoga roh opah sentiasa dlm rahmatNya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...