Tuesday, July 26, 2011

Mutiara Hikmah

(1)
"Jalan ini adalah jalan pembersihan
dan mengajar mengekang diri,
jalan rahmat dah kemuliaan,
jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan.
Sungguh beruntung orang yang memilih untuk melaluinya."
Sama-sama betulkan niat dan istiqomah di jalan ini :-)

(2)
Allah tak pernah berjanji bahawa
langit selamanya akan berwarna biru,
bunga selamanya akan mekar kepada satu arah tertentu,
matahari akan selalu bersinar tanpa hujan,
kesenangan akan datang tanpa kesedihan dan
kedamaian akan datang tanpa penderitaan.
Tetapi Allah berjanji bahawa
ada kekuatan yang datang setiap hari,
istirehat bagi yang bekerja,
cahaya bagi yang berjalan di jalan-Nya.
Kebahagiaan akan tiba sesudah banyaknya dugaan & rintangan,
bantuannya akan datang bila sabar berterusan,
DIA akan terus mengasihi kita tanpa henti,
cintaNya akan kekal abadi..

(3)
Jika Hati adalah Istana,
Maka Cinta adalah Raja,
Ketulusan adalah Singgahsana,
Kesetiaan adalah Mahkota.
dan Sahabat adalah Takhta yang paling mulia :-)

(4)
Bukanlah ukhuwwah itu letaknya pada senda gurau, tetapi ikatan roh,
bukan juga terletak pada kata-kata manis, tapi saling mendoakan, dan
bukan juga letaknya pada pertemuan, tapi ingatan pada sahabatnya..
Moga Allah meredhai dirimu jua akak.. Amin :-)

(5)
Feeling alone?
Innallaha Ma'ana
Saw evil act?
Inni Akhafullah
Wishin something?
Fa-iza 'azamta fatawakkal 'alallah
Missing somebody?
Ma fi qalbi ghoirullah
:-) luv u fillah ukhty

(6)
Jika semalam jalan yang kita tempuhi terus sukar,
namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan dari-Nya.
Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuhi,
yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri,
percayalah Allah dan pertolonganNya juga akan bersama dengan kita :-)

(7)
Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya..
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqomah..
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik dengannya..
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu..
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan tak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula.
Andai terluka, ingatlah janji-Nya.
Selamat berjuang meneruskan agama yang suci ini.
Nahnu ansorullah.
~ Salam perjuangan ~

(8)
Kata Hassan al-Banna : "Nafsu yang berada dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagimu, jika kamu berjaya menundukkannya maka untuk yang selainnya adalah lebih mudah." 
Sahabatku, bila hati terhibur dengan maksiat walau sedetik, tika itu iman sedang tertekan dan menderita..

(9)
To love someone is nothing,
To be loved by someone is something,
To be loved by person we love is esciting,
But to be loved by Allah is everything!

When tomorrow starts without me,
Don't think we're far apart,
For everything you think of me,
Do remember Allah and His Prophet.

Ukhuwwah fillah endless =>

(10)
Hati-hatilah meletak cinta kerana cinta menuntut pengorbanan.
Rasulullah pernah bersabda : "Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya."
Dr. Abdullah Yasin dalam kitabnya Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah ada berkata : "Cinta itu adalah ibadah hati tapi ia juga boleh menjadikan kita syirik kepada ALLAH bilamana kita mencintai seseorang melebihi dari cinta Allah, lalu membelakangkan hukum agama kerananya.."
Justeru, carilah cinta ALLAH yang HAKIKI dan ABADI, seluruh makhluk akan mencintaimu =)

Terima kasih kepada mereka yang menyayangi,
Sesungguhnya Allah jua menyayangimu, selalu :]


p.s: Himpunan sms yang sempat di save dalam henpon. Jzkk semua ♥

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...