Sunday, May 22, 2011

Berlagak baik tapi hampeh ?

Bismillah.
Baru-baru ini diterjah dengan ayat seperti di tajuk cuma di eliminate kan tanda soal. Terkejut. Berderau darah. Terpercik keringat. Sebak di dada. Bergenang di mata.

Syukur
Syukurlah kerana dilahirkan dalam agama fitrah ini, Islam. Jika nak dibandingkan kita dengan orang bukan Islam yang lain, kita jauh lagi bertuah. Meskipun kadangkala kita didudukkan dalam environment tidak Islamik, itu bukan syarat untuk tidak berubah. Syukur juga kerana kita ada di negara ini Malaysia, bebas untuk beragama, malah Islam itu agama rasmi persekutuan. Malang jika tidak manfaatkan semua ini, kerna saudara2 kita di negara lain sesungguhnya amat sulit hendak mengamalkan Islam di negeri masing2! Lecturer Accounting saya satu ketika dulu ada cerita, beliau sampai perlu solat dalam tandas, mengenangkan Islamophobia yang ada ketika itu di tempat beliau belajar.

Tidak Sempurna
Semua manusia mahukan kesempurnaan. Tapi malang sekali, tiada yang sempurna dalam dunia ini melainkan Allah. Manusia buat silap. Saya. Kamu juga. Tapi sebaik-baik Muslim itu dia melakukan kesalahan kemudian bertaubat kepada Allah. Beruntung jika melakukan kesilapan lantas dihadirkan keinsafan dalam hati. Allah masih menyayangi. Sesungguhnya kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.

Untuk Kamu
iaitu insan yang berkenaan, kalau kamu membaca. Saya memang pernah lakukan kesilapan satu masa dulu, dan kamu sudah tahu sesetengah bahagian dari hidup saya. Tapi apa beza kita, saya sudah terus kehadapan sedangkan kamu masih di situ. Usahlah terus beralasan untuk tidak melaksanakan solat. Tak usah minta saya mendoakan seandainya kamu hanya duduk goyang kaki tanpa ada usaha mencari hidayah memimpin hati. Masih belum terlambat, saudaraku. Masih ada masa. Kerna kamu masih bernafas dan menghirup udara Allah hingga saat ini. Ingatlah semua yang kita ada ini milik Allah. Kamu boleh cakap apa saja tentang saya, yang pasti masa lalu takkan bisa diubah. Saya mungkin@memang nampak macam baik tapi hampeh macam yang kamu kata. Alhamdulillah Allah masih mengekalkan sekeping hati ini untuk memilih mana permata mana kaca. Manusia mungkin jatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua atau lebih, namun Allah tahu apa usaha kita. Biarlah DIA yang menilainya. Semoga Allah mengurniakan tawfiq dan hidayah kepadamu dan menuntun dirimu di jalan ini hingga ke akhirnya. Terima kasih untuk pandangan itu. Salam sayang :]

Hidup di dunia hanya sekali, pergi sekali takkan dapat kembali
jadi, buatlah pilihan yang bijak !!
Kita semua MAMPU !!

3 comments:

anonymous said...

السلام عليكم

sumaiyah ! hehe

font dah bertukar ye :D nice nice

ni dok tengah struggle wat esemen DSA

:))

serrarina said...

salam sayang kembaq..
semoga tabah dan terus tabah..
sayam kamu selamanya..
:heart:

SuMaiYaH said...

anon,
wa'alaikumussalam wbt
hai anon@Shikin! hihi
aah tuko dah.
esemen hanta dgn dr teddy minggu depan :]

serrarina,
salam sayang kembali dear.
inshaAllah terus tabah :]
luv u too! :230:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...