Tuesday, April 26, 2011

Satu

Dah lama rasanya tak menulis free style. Asyik asyik puisi la, gambar saja la, pendek2 semua kan. Jadi saya sendiri rasa rindu nak membaca hasil tulisan sendiri sekaligus ingatkan diri pun terjebak pulak nak tulis pasal ini. Satu. Bukan dua bukan tiga apatah lagi empat kan. Kalau satu itulah satu. Tiada yang lain melainkan satu.

Baru-baru ini terkesan ketika lihat dan enjoy melodi dalam lagu ini. Yep. Westlife : If I Let You Go. Kalau ikutkan lirik, memang untuk kekasih lah. Tapi kalau fikir2, sebenarnya ada yang boleh dihalakan untuk Allah, pencipta kita. Antaranya dalam tu dia ada sebut pasal :

"why can't this feeling just fade away"
sebenarnya rasa bertuhan sememangnya ada dalam diri manusia. Dah jadi fitrah. Sama macam cinta. Kita perlukan Tuhan, perlukan penjaga, perlukan pelindung.

Dan ada baris2 yang lain. Sebelum masuk ke point lain, kita tengok jap ye clip ini. Lagu ni la yang saya maksudkan.



Mungkin la sesetengah orang rase takde apa istimewa pun tentang clip video ini. Tapi entahlah, saya nampak keserasian dalam kumpulan dalam video atas ni. Kalau tengok video2 Westlife lain, diorang memang banyak buat simple dance dalam tu. Of course la tak boleh lawan Super Junior ke, Super Senior kan. (Maaf kalau name salah, tak ambil tahu sangat pun). Ala yang Korea menari dahsyat2 tuh la. Tapi saya tahu jugak bukan senang nak menyanyi (LIVE) sambil buat gerakan2. Dan tambah2 kalau nak bagi seragam.

Kat situ saya nampak keserasian yang tinggi. Sama macam kalau nak berdakwah/sampaikan apa-apa mesej pada orang. Jika berkumpulan, kita lebih kuat. Dan untuk jadi kuat, keserasian kena ada. Dalam tempoh untuk capai keserasian itu, of course kena ada give and take. Mungkin bersabar dengan karenah orang ini dan orang itu. Dan jangan asyik ikut kata kita saja. Kadang-kadang behavior orang memang begitu. Tak dapat diubah walaupun dah ditegur.

Dan satu lagi, jangan simpan dalam hati. Ada kenalan pernah kata, tak semua perkara kita kena beritahu. Dalam sesetengah situasi, saya setuju. Tapi kebanyakannya saya tidak. Hehe. Mungkin saya jenis yang terlalu speak my mind. Dan kadang2 sampaikan hati dan perasaan orang pun tidak saya hiraukan. Apa yang pasti, saya berkata bukan sebab nak malukan orang ke ape, tapi untuk membetulkan apa yang saya rasa perlu dibetulkan. Dan SUDAH TENTU saya mahu orang lain lakukan yang sama bila nampak saya khilaf di mana2.(Apesal rasa macam pernah sebut pasal ni je ye)

Tapi seriousla, lagu Westlife memang semua best. Mesejnya harmoni. Keluarga, Cinta, ade jugak lah yang macam tak sangat tapi kita ambil yang baik je lah ye. Dan mungkin sebab saya pernah minat kumpulan ni dulu, jadi nampak kumpulan ini saja lah yang cantik di mata. Hehe. Kalau dengar lagu I'm Already There, lagi sweet. Sampaikan ada live concert tahun lepas, Westlife bawak anak2 diorang dan nyanyi lagu tuh. Boleh check di sini. Kat sini boleh nampak kan hiburan tak semuanya salah. Music especially. Sebab ada sesetengah orang syadid/dahsyat sangat pendiriaan tentang muzik ini. Tapi tak kisah, masing2 beramal dengan ilmu masing2.

Dan kalo perasan lah kan, kumpulan ini pakai seluar takde la kecik2 macam kumpulan2 remaja yang ada kat malaysia nih. Tapi suara mantap. Memang susah lah nak challenge. Another version of lagu kat atas tu ada di sini. Time kat Croke Park. Crowd memang taktahu nak kata lah. Bak kata sorang commentor dalam Youtube. After 10 years, Westlife is still unbeatable! Fuuhhh ~

Apa kaitan tajuk post dengan isinya? Aik, rasa macam tak berkait lah pulak. Satu. Kita hanya ada Tuhan yang Satu. Yang Esa. Dia yang Awal dan Akhir. Kekasih Awal dan Akhir. Satu. Untuk diri kita yang hanya ada satu dan sekali dalam seumur hidup, perlu dimanfaatkan walau dengan apa cara sekalipun. Satu, untuk hati kita yang tiada duanya, tempat kita menilai mana baik dan buruk. Satu. Kita ini semuanya satu. Walaupun berlainan jemaah, matlamat kita sama, satu, menegakkan Islam di muka bumi. Satu. Untuk matlamat kita. Redha Allah dan SyurgaNya. Berhempas pulas lah menuju ke arah keduanya!

Sekian untuk kali ini. Ada rezeki jumpa lagi yuk. Till then, take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...