Sunday, April 24, 2011

Mandi Rasuah

Dia mula mandi air rasuah
konon dari pancur air amanah.
Dia bersihkan (atau kotorkan)?
Yang penting dia bermandi
bawah pancur harta dan kuasa.

Dia luaskan dewan layandiri
berlatih menjual apa saja—
rumah, tanah, ekuiti, maruah.
Dia menyanyikan lagu ringgit
bagi kelompoknya yang buncit.

Setiap tahun dia galak bertani,
menyuburkan slogana itu-ini.
Apa sajalah asal dipercaya.
Rakyat yang dilatih berasuah
mula nyanyi lagu-lagu dosa.

Dia dipupuk menjadi peniaga
demi untung, deminya saja.
Dia diasuh menghitung ringgit,
dijanji harta sungai dan bukit
tanpa ilmu pun dia tetap bangkit.

Dia tergalak bermandi air rasuah.
Kita bahagia, kita bersih, jeritnya.

—A. SAMAD SAID.


Rasuah bukan terhad pada wang/duit saje. Banyak dalam dunia nih kalau fikirkan boleh berkaitan dengan rasuah. Pada takrifan saya, rasuah adalah habuan yang diberikan kepada seseorang untuk mencapai matlamat/kepentingan sendiri. Regardless if it is money, food, women, pangkat whatsoever. Moga Allah bantu kita dalam gerak langkah kita seharian, agar dapat menghindar perbuatan rasuah ini!

2 comments:

Ameen Muslim said...

skrg ni iklan rahsuah dijaja di media massa, tapi org yg besar2 mcm buat dek je dgn jajaan tu. dunia akhir zaman, fitnah berleluasa.

SuMaiYaH said...

yea? macam tak perasan pulak. Nanti akan try diusha2. Moga Allah selamatkan kita dari fitnah dunia. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...