Saturday, April 2, 2011

Arghh !!

Tajuk macam emo giler tapi sebenarnya saya cool saje xP

Depresi. Tekanan. Stress. Benda ni selalu berlaku pada manusia khususnya remaja spesifik lagi pelajar pabila exam menjelang. Kadang-kadang benda ni bukan ada apa sangat pun, cuma kita terlalu fikirkan sangat. Tapi serius cakap, kalau study last minute, memang kebarangkalian untuk diserang sakit depresi ini lebih daripada 0.8 (siapa amik subjek statistic tahu lah betapa tingginya kebarangkalian yang ada)

Tapi, kenapa titibe je saya nak berceloteh pasal benda ni ye? Entahlah, lately, bila kenal2 dengan orang-orang baru, saya seperti ternampak apa sebenarnya ada dalam dunia yang serba luas ini. Sememangnya luas, tapi kadangkala saya terlalu menjumudkan pemikiran hinggakan kadang tak ternampak benda yang obviously depan mata. Eh ape benda aku mengarut ni

Saya pun pernah mengalami tekanan. Coba bilang sama saya, shiapa dalam dunia ini tidak pantas mengalami tekanan? Sape sape? Cu cite cu cite. Haaaa. Malah, time berhingus dan bermukus dulu pun saya pernah alami tekanan sampai pernah nak cederakan diri sendiri. Mungkin time tu ditambah lagi dengan perubahan hormon dalam badan dan paling penting, kurang berfikir. Namun Alhamdulillah, dengan izinNya, umur saya masih panjang hingga saat ini.


Saya memang tak pernah tahu apa yang dialami oleh manusia sekeliling saya yang saya sayang, kecuali jika diceritakan. Saya akui, saya memang lemah dalam meneka. Jadi toksahlah buang tebiat nak suruh saya teka masalah hangpa ka, sape2 lah. Setelah dimusyawarah, ada teman berkata yang saya mungkin tak dapat nak teka sebab background saya yang tak sama dengan orang yang mintak saya teka tu.

Oleh sebab saya taktahu banyak, saya pun takdapat nak tolong apa sangat.. cuma bila saya cadangkan untuk jumpa kaunselor, kawan ini kata masalahnya terlalu personal hinggakan takut berlaku benda lain pulak kalau minta tolong pada kaunselor.

Apa lagi saya bisa bantu? Apa yang dapat saya beritahu ialah hadapilah dengan masalah itu sebaiknya. Allah tak create masalah tu saje2. Sebab apa yang saya nampak pada orang berkenaan ialah beliau seorang yang baik dengan semua orang, ramai kenalan, malah boleh je masuk dengan orang-orang yang mungkin saya tak boleh masuk dengan mereka. Kalau dia kata dia kagum dengan saya, sebenarnya saya lebih kagum dengannya.

Seriously said, I hope she deals with her problem carefully. Saya gembira ada kawan macam dia. Walaupun kadangkala saya rasa sedih sebab saya selalu buat dia ketawa dan dia rasa dia menjadi jauh dengan Allah sebab saya. Saya tahu saya bukan seorang yang setiap masa mampu mengingatkan sahabat saya pada Allah. Entah, kadang2 saya fikir yang saya ini dilahirkan untuk menjadi seorang penghibur @ kasi orang ketawa saje

Apa yang saya mampu kata, semua orang hadapi masalah. Masalah keluarga, masalah dalam diri, masalah susah nak focus belajar, dan macam2 lagi. Beza setiap manusia adalah bagaimana kita menghadapi masalah berkenaan dengan cara yang bijaksana dan berlandaskan hukum Allah. Fikirlah secara rasional, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri atau orang lain. Kita punya hak atas hati dan diri kita, nak arahkan ke mana : ke perkara lagha atau perkara yang bermanfaat.

Kata kawan saya yang lain pula, saya ini kalau hu ha hu ha atau ketawa, itu memang diri saya. Saya bukan berbuat demikian kerana untuk cover bahawa saya ini seorang yang sunyi, walaupun sebenarnya kadang2 memang saya rasa sunyi. Alhamdulillah, benda tu saya ada cara sendiri untuk encounter. Tu sebab kalau nampak saya macam buat pelik tu, be cool pun dah cukup kot. Tapi kalau nak tegur lagi baik, sebab kawan saya kata lagi, saya ni kurang rasa malu. Entahlah, saya sedih pun ada, rasa nak tergelak pun ada huhu. Ape2 lah korang nii

Bila dah stress, macam2 lah akan dilakukan untuk eliminate perasaan tu. Rasa macam nak tumbuk dinding, rasa nak tumbuk orang, nak menjerit sekuat-kuatnya, rasa nak bunuh diri, rasa macam dalam kotak yang terkurung dan tak boleh keluar, nak sepak orang dan semuanya lah. Rilek rilekks. Ingat Allah banyak2 ye. Sebab saya pun pernah alami benda macam ni, tapi dengan umur yang dah agak banyak sekarang, takkanlah kita nak buat benda yang Allah larang dan tak suka kan kan ?

Buat akhirnya, saya doakan teman saya itu sentiasa dalam perlindungan Allah. Cari masa untuk bersendiri, tapi janganlah sampai ia memakan diri. Antara sebab saya suka berada di khalayak ramai adalah kerana saya tak suka untuk fikir benda-benda yang tak sepatutnya saya fikir. Tapi itu saya, orang lain saya taktahu camana. Untuk teman saya itu, jadilah diri sendiri. Saya tahu tanpa dirinya, jalan dakwah ini akan jadi sunyi. Dia perlu tahu dia adalah permata dalam kaca yang perlu digilap lebih lagi, dengan syarat dia sanggup untuk berubah. Dia adalah harapan Islam dan saya tahu dia boleh lakukannya. Sentiasa mohon petunjuk Allah. Jika perlukan saya, inshaAllah saya ada di sini. Maafkan saya untuk segala salah dan silap. Wassalam.

I am a nature lover too =P

3 comments:

halimatonsaadiah said...

akak!!!
i like ur picture..:D:D:D
cute..:)

cda said...

kmi rasa xbtul la..
kamu mmg sll buat org gmbira, tpi tetap ada trselit pringatan. (bg pngmatan sy la)
sy bmgira ada shbt sprti kamu.
syg kamu sumai:)

SuMaiYaH said...

maton,
ala segan le pulak :P

cda,
alamak ape yang takbetul cdaa..
iye ke ade peringatan.. jap nak pikir, cam takde je wuuwuu
saye pun gembira ada sahabat macam cdaa.. rindu nak sakat dalam bilik. sayam kamu jugak :-*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...