Sunday, March 13, 2011

Cari Persamaan !

Sila baca dari bawah ke atas (lepas klik read more) yek.





Sebenarnya tak salah pun nak berpolitik. Tapi salahnya bila taksub pada sesuatu parti melebihi batasan dan norma kehidupan, sampai buta dari membezakan yang haq dan batil. Pendapat aku : aku tak kata pun Saiful Bukhari tu betul dan Anwar salah. Kebenarannya hanya mereka dan Allah saja paling tahu. Kita sebagai orang awam, cukup untuk tunggu dan lihat saja kesudahannya. Dan aku tahu dalam UMNO tak semuanya jahat dan dalam PAS tak semuanya baik. Semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bezanya, bagaimana kita deal dengan sesuatu situasi hingga tidak memburukkan mana-mana pihak, apatah lagi perkara yang tidak kita pasti kesahihannya. Selalulah untuk mencari persamaan daripada perbezaan. Dan selalu sematkan di hati, manusia boleh berubah. Kau boleh, aku boleh, mereka juga boleh. Moga Allah menuntun hati kita menuju redha-Nya. والله أعلم

p/s : Lidah itu cerminan hati. Ayo sama2 jaga hati !! =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...