Thursday, March 17, 2011

+ - / *

Bila dah hujung sem, mula lah kelam-kabut nak buat itu ini. Projek pun datang berduyun-duyun persis mereka yang mengunjungi kenduri kahwin Akmal dan Aisyah baru-baru ini. Masalahnya projek datang bukan sikit. Sekali empat datangnye. Hambik kau. Pastu mule lah kelam-kabut. Dah taktahu nak buat apa. Pastu hujung2 ni pun ada make-up test. Dengan ter miss kuiz programmingnya. Bukan sekali, dua. Kecewa gila. Tapi nak buat camna? Sendiri cari pasal. Saat itu pun datanglah wajah2 yang mengharap. Serta-merta turunlah air mata. Apa lagi yang boleh nak buat. Nak cerita kat orang pun taktahu sapa. Cerita kat blog lah. Nanti Ahad dah sibuk ada Family Day NC pulak ye. Malam esok ada make-up test, confirm masuk Probabilities yang entah bila nak mahir nye. Taktahu lah memang hati dah gelap sampai ilmu susah nak masuk. Pastu dan-dan pulak datang masalah hati, rindu lah ape lah. Menyesal pun dah tak guna bila benda yang dah nak pergi datang balik. Siapa lagi lah tempat mengadu kalau bukan kepada yang Menimpakan Ujian. Apa-apa yang berlaku, memang dari Allah tapi asalnya dari tindak tanduk aku jugak. So takbleh nak salahkan sape2 lah. Tinggal dua minggu before final exam, semoga dapat lawan hawa nafsu makan, buang masa dsb. Fokus le. Kenape lah susah sangat nak fokus. Itulah, jangan sangka orang yang selalu happy takde masalah. Mereka pun ada masa down. Taktahu camne nak end post nih. Kita tengok apa yang jadi nanti yek ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...