Thursday, February 24, 2011

Ada Orang . . .

Ada orang suka buat program. Program apa-apa pun dia minat nak berkhidmat dan menyumbangkan tenaga. Tak kisah lah berkaitan kuliyyah, MPP, kelab main2 alat muzik, kelab yang selalu buat talks dan games, semua dia join. Tapi dalam masa sama, dia pandai balance masa. Assignment siap on time. Jarang skip kelas dan jarang datang lambat. Pendek kata, dia memang pelajar cemerlang dalam pembahagian masa lah.

Ada orang suka buat program. Program apa-apa pun dia minat nak join. Tak kisah lah jadi committee atau participant. Selalu lah jugak malam-malamnya penuh dengan meeting. Kalau tak ada kelas, mesti meeting lah. Meeting sana, meeting sini. Bak kata orang, ‘hang ni memang muka program lah’. Tapi sayang, dia selalu abaikan study dia. Assignment selalu hantar lambat. Kelas kalau dah lambat sikit, terus nak skip. Kadang2 memang nak skip terus, sebab tak siap homework katenye. Aih, awak ni mai universiti nak belajar atau untuk join program?


Ada orang suka join program. Suka (kot) jugak kalau dapat jawatan/post dalam kelab. Tapi bila meeting takmahu datang. Bila sms tak jawab, bila call tak angkat. Adohai..

Ada orang pulak, dia pilih2. Dia nak join program atau kelab yang macam nampak gah je. Contohnye kuliyyah based society ke, kuliyyah yang under censerve ke, tak kisah lah (gah tu subjektif ye kawan2). Suka lah ke sana ke mari menyumbangkan bakti. Bagus2. At least dia ada bendanya.

Ada orang memang tak suka langsung join program. Pendek kata, memang anti-program lah. Malam-malam je mesti ada kat meja study. Banyak kerja katanya. Esok ada 2-3 kuiz. Ada assignment yang kena hantar esok. Ada itu dan ini.. tapi hairan jugak, tiba-tiba ternampak dia rilek saja main game, takpun tengok cerita korea. Helo, bukan sister je tengok cerita korea jepun ye tuan2 hihihi

Ada orang tu pulak dalam dilemma. Kerja sekolah banyak tak siap lagi tapi meeting ada sana-sini. Bila ditanya pada ibunya, ibu berkata ‘Ala, meeting tu jalan jugak kalau kamu takda’. Benar ia memang benar sekali. Tapi dia pula rasa bersalah kerana dia dah ditaklifkan dengan jawatan berkenaan, ada amanah yang perlu diselesaikan. Dah tu, amanah sebagai pelajar dan anak gimana pula? Alahai . . .

Ada orang suka sangat datang meeting lambat. Kalau kata jam 8, dekat2 jam 9 baru tercongok di muka pintu. Kalau ada alasan macam kelas, tutorial, tak apalah. Kalau alasan sekadar solat Isyak, mungkin bisa dipikirin kembali. Ate, ingat dia sorang saja mahu solat Isyak ka? Meeting tu buat awal sebab nak habis awal. In order to habis awal, kena ada semua orang baru lah semua job scopes boleh complete di terang dan di updatekan. Mudahkanlah orang lain untuk memudahkan diri anda.

Ada orang lagi, lepas habis satu2 program dia pun suka lah nak komen tentang orang lain. Complaint sana sini. Hentam sini sana. Bajet macam dia perfect sangat lah. Tapi sebenarnya mungkin dia hanya mahu yang terbaik dalam program demikian, berharap perkara yang ditegur dan dibangkitkan tidak berulang kembali di masa akan datang. Iye lah, dok komplen macam2, nanti kena kat diri sendiri. Selalu dah jadi macam tu. Mungkin jugak dia berharap supaya pabila dia menegur, orang lain dapat menegur dia kembali pabila dia khilaf di mana-mana.

Ada orang dok buat-buat busy lah konon sampai tak sempat update blog. Kesian pada orang Kota Bharu Perak yang selalu search kat Google nama kita hamba tapi bila usha2, takda post baru jugak haha. Mintak maaf lah ye kepada yang berkenaan. Kenalkan diri boleh? Macam geng Taayah je ahaks

Orang-orang di atas ni mungkin diri kita, mungkin sahabat kita, yang pasti ia wujud di atas muka bumi Allah ini. Jika ada terjumpa dengan mereka yang tidak sekepala dengan kita, bersabar lah. Bak kata Irma sahabat saya, ‘Sabar itu lah yang perlu kita ada’ ketika saya katakan ‘Aku dah lah jenis tak sabar’. Walau siapa pun kita, semoga dapat terus mentajdidkan niat untuk join program + hidup di muka bumi ini kerana Allah Ta’ala. Hidup biar berbakti. Semoga Allah menerima amalan kita. Ameen ya Robb. Jumpa lagi inshaAllah !! =)

p.s : Anda orang yang mana satu? :P

Selingan jab :

Ini contoh program yang ada. Boleh join di Facebook kami ye : Nasyeed Club IIUM

Gimmick of Zikrulmaut Week

Antara artis di Closing Ceremony ZMW

Thanks to all Hafazan Crew

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...