Saturday, January 22, 2011

Kemalangan



Merah itu Saga merah orang Cina bawa
Hitam itu Hilux Hitam orang Melayu bawa
Oren itu kereta kami Naza Suria

Lampu isyarat untuk membelok ke kanan sudah berwarna merah. Namun kereta saga merah tetap juga mahu meneruskan untuk membelok masuk ke kanan @ jalan Hospital. Hilux Hitam dari arah bertentangan pula memang terus memecut sebab masa itu memang dia punya jalan, lampu warna hijau sehijau-hijaunya. Lantas kereta Saga Merah terlanggar sisi kanan Hilux Hitam, Hilux yang cuma mengimbangkan dirinya ke kanan terlanggar pembahagi@divider jalan, terbalik dan menghempap sebelah kanan kereta kami Naza Suria yang comel dan sedang berhenti itu. Lampu merah berhenti la kan kan. Kan itu yang dipelajari sewaktu menghadamkan ilmu di Sekolah Memandu.

And then bila dah terlanggar sisi Hilux, Saga pun terberhenti tengah jalan tu. Alhamdulillah tiada kecederaan fizikal pada ummi dan baknas (manusia yang berada dalam Naza Suria). Peristiwa berlaku petang semalam, dan laporan polis dibuat pagi tadi. Saga Merah kata (pemandu yang Cina itu) pada polis, time tu dia nampak lampu color hijau. Padahal orang dalam Suria kata memang merah. Lagipun ikut logik, takkanlah Hilux nak meluncur laju kalau belah kitorang masih hijau ye dak.

Dan kebetulan lah pulak, belakang kami kereta hijau, Cina juga. Dalam keterangan yang diambil pihak polis, dia kata lampu hijau jugak. Iyalah mestilah mau backing bangsa sendiri kan. Walaupun hitam, putih jugalah katanya. Sekarang Suria memang nak claim insurans tapi taktahu nak claim siapa punya. Kalau sendiri punya, rugilah kan sebab bukan salah mereka. Tapi yang salah tidak mahu mengaku salah. Kini hanya tunggu panggilan pihak polis.

Tak tahu lah nak kata apa. Perasaan bercampur-baur. Kesimpulan saya :

  • Dunia dah nak kiamat. Makin ramai orang tak jujur atas dunia. Kalau dulu, orang bukan Islam pun boleh jujur.
  • Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita pasti kembali.
  • Kalau hati-hati atas jalanraya (or where ever) macamanapun, kalau Allah nak jadi, jadi jugak.
  • Orang jahat akan buat apa saja untuk kegiatan jahatnya.
  • Setiap perkara berlaku ada hikmahnya. Kalau bukan di dunia, Akhirat insyaAllah. Sabar itu cantik ye sumai.
  • Takda guna berdendam dengan orang yang tak percaya pun dengan Akhirat (yakin apatah lagi). Oy oy, never seek for revenge lah
  • Jangan lupa doakan ahli keluarga dalam solat dan di luar solat
  • Selalu rajin belajar!
  • Ingat pesanan ummi :


Selamat jawab soalan untuk shiapa2 yang exam ya! Eh saya lah tu. Hahaha.
And to my fellow friends. Jumpa lagi insyaAllah! :D

**Updates : Gambar naza suriaaa

sobsobsob

4 comments:

cda said...

salam sumai.. :)
lame xjenguk. sumai ade gak ke dlm "suria oren"?? smga sntiasa d lindungi Allah. syg kamu :) hee malu plak

sumai said...

wassalam cda meow2
haa patut la lama taknampak. busy study ek gud3

kami takda la dalam suria oren. ada mami sama abam saja. gamba atas tu pun wujud sebab ym dgn abam hari tu. ehehe

ameen ya Robb untuk do'anya
sayang hg jugak cda
take care, insyaAllah ada rezeki kita ketemu lagi! :-*

Hafiz Regist said...

Alhamdulillah panjang umur ye kak su.

Kalau tidak kena la ada orang lain ganti kak su jadi treasurer ^_^

SuMaiYaH said...

Aah alhamdulillah

Kalau tidak pun, Hafiz lah jadi Treasurer. Kan kan kan

Btw, doakan kak su (so-called) dengan mr president nak pegi hulu langat hari ni sampai isnin ada maclead. moga ada manfaat untuk kelab kita nanti bi-iznillah :)

kalau takda apa2 manfaat jangan marah yaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...