Friday, November 26, 2010

Mencari Suci

image credits
Mencari suci
Bukan semudah yang diimpi
Penuh dengan onak dan duri
Kadangkala kenangan lalu menemani
Adakala air mata menangisi
Hinanya aku di hadapan Ilahi
Mencari cinta dan kasihNya yang abadi
Coba tuk lari dari silam yang mengejari
Apakah ia dekat dengan hati
Sukar hilang dan pergi.

Mencari suci
Bila kan kutemui
Kerna ia bagaikan mimpi
Tentu sekali pabila kudapati
Fitnah durjana dunia ini
Bagai ular melilit diri
Apakah aku kan terus menjadi
Mereka yang rakus mengejar bangkai duniawi?

Mencari suci
Moga Allah kuatkan diri
Untuk terus kuat dan istiqomah di jalan ini.

Kuala Kangsar, 3.50am

Thursday, November 25, 2010

Ini Mungkin Kita

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.

Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah) di antara mereka." ( Al-Hijr: 39-40 )


Sumber =]

Tuesday, November 23, 2010

World Toilet Day !

terlambat sebenarnya. Apepun

whatever ppl call it. Toilet, Washroom, Gents, Ladies, دورة المياه , sesungguhnya satu tempat ini sangat penting dalam hidup kita, malahan ia melambangkan kesopanan dan kesusilaan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara, of course seperti yang telah Islam ajarkan.

Takda maknanya kalau bilik tidoq wangi bagai nak rak, bubuh la ambi pur ke (boikot), glade ke, hanabishi ke panasonic ke, it would be nothing kalau kita bersikap culas dengan tandas sendiri. Apetah lagi tandas yang bayar 3kupang tu? (kat Lowyat kena seringgit). Lepas guna jangan lupa flush. Ringankan lah tangan mencuci tandas di rumah masing2. Jangan geli2 ye, sebab bau-bauan aromaterapi itu adalah hasil kumuhan kita jugak. Hohohoo.

Apa lagi,
mari bersihkan tandas!

sumai : tandas yang kotor memberi kesan kepada emosi saya. Hahah (serius ye) Tq one atas pemberitahuan.

Friday, November 19, 2010

AidilAdha 1431

Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk bertemu Aidil Adha 1431. Raya ini kami sambut di Perak. Bersama saudara-mara yang ade jugak la yang dah laaaama tak ketemu. Jumpa pun dah tak kenal, ni anak sapa, tu anak sapa. Ha ha ha. Syukur juga kerana dapat menunaikan Solat Raya di Masjid di sini. Walaupun sorang2 (Ummi dan Sarah hantar makanan ke rumah opah), tapi at last jumpa juga dengan Mak Tam and Mak Yong, terus ke rumah opah dengan depa. Walaupun tak berapa sehat, main bantai jugak makanan yang ada. Ummi buat makaroni, Wan Kiah bawak Laksa, Mak Yang bawak rendang ayam+cendawan, dan yang lain-lain. Memang sihat la kalau makan begini hari-hari. Hihi. Mari kita enjoy gambar!

Geng Kumpulan A

Tuesday, November 16, 2010

Dogaan..

Alhamdulillah sudah dapat menjejakkan kaki di rumah lebih kurang 12.20am malam tadi. Sekadar nota-nota dugaan sepanjang perjalanan pulang ke rumah =)

Sunday, November 14, 2010

Andai

Andai hujan bawa sama segarnya atma
Andai sungai alir sama airmatanya
Andai rumput menumbuhkan tawa
Andai awan menggugurkan bunga
Andai daun senyum sentiasa

Aku lah insan yang paling gembira..!

Wednesday, November 10, 2010

Kawan Saye

Hai awak
Apa khabar awak, harap sihat ye
Saya dah lama nak beritahu ini pada awak
Terima kasih sebab jadi kawan saya
Saya tahu saya ni entah apa-apa
Tapi awak sudi jugak dengar cerita2 saye
Terima kasih sebab sudi faham saye ni macamane
Terima kasih sebab sabar dengan karenah saye
Terima kasih sebab sudi terima saye seadanya
Saya taktahu katmana lagi saya boleh dapat kawan macam awak.

tagged (durakhyar)

Di saat Genting Highlands ni, boleh pulak jawab2 tag. Sabo je lah.

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more." (peliknya, kena tag balik orang yang tag kita. Ish felik felik)

Monday, November 8, 2010

Anda Tentukan

Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya ; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi tanah.” (An-Naba : 40)

Maka adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, 
maka sungguh, Nerakalah tempat tinggalnya.

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, 
dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, 
maka sungguh, Syurgalah tempat tinggalnya.
(An-Naazi’aat : 37-41)

(Allah menyediakan untuk hambanya di Syurga apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, yang tidak pernah didengar oleh telinga, dan tak terjangkau dek fikiran manusia) 


Anda tentukan nasib anda..!

sumai : Obat hati ada lima perkaranya . . .

Sunday, November 7, 2010

Boleto..!

(composed on Saturday night)

Actually I’m in the middle of studying SAD. I better write before I forgot. He he. It is about the new system provided for those who wants to go home by Transnasional Bus. They will help us to get the ticket!! Ahahaha. It saved my money a lot. Seriously. If it is not because of them, I will spend RM10 only to get the ticket to go home. Enough to support my food for two days. Or maybe a day.

Saturday, November 6, 2010

Tangan Tu Ada Gunanya

Kebelakangan ini aku selalu sangat dengar lagu. Tambah-tambah yang instrumental, piano macam Richard Clayderman dan Maksim Marvica. Tapi sekarang ni aku tengah dengar lagu UNIC, Ainul Mardhiyah. Titibe teringat syusam. Hahaha. Kuasa muzik sangat hebat. Boleh mengubah jiwa seseorang daripada yang baik kepada buruk dan sebaliknya. Aku pun taktahu kenapa aku nak update blog, mungkin sebab post sebelum ni takda orang respond kot? LOL

Friday, November 5, 2010

Why Do I Blog

No introduction.

I blog mainly for myself. That is the core and the main. I write things relate with myself, and sometimes about people around me. The thing is that I blog so that I can read what I had wrote later. Maybe some people will say it is an online diary. Whatever they call it, this is what I do. I am glad to read comments from others as they help me in strugling and doing the best in my life. I love typing, as well as I love blogging. Maybe some also notice that I wrote a lot of my problems here. Well, what else can I say. This is my blog and if you feel uncomfortable in it, you are most welcomed to go. Just hit Alt+F4.

This blog will never become tedios to me. And I suppose to write whatever I have in my mind, nothing is illicit in this world unless it is clearly stated. If you feel offended of what I wrote, I am very sorry. My blog recorded almost everything, ups and downs in my life. Happy and sad things rolled and saved here. I am happy to have this blog although it can never ever being able to communicate with me. Regardless of what other will say. Why should I deprive myself of something satisfies me. Ha ha ha. The most unchangeable truth is : I love my Blog !!

errr..  what about you?

Tuesday, November 2, 2010

Takde Guna Dah


Dah selalu kita dengar pepatah, nasi sudah jadi bubur. Perkara yang dah berlaku, disesali pun tak berguna lagi. Terlalu banyaknya penyesalan dan terlalu banyak kekecewaan yang dihadapi. Dan baru-baru ini, ia terjadi lagi. Aku tak tahu apakah salah aku. Tapi, tepuk sebelah tangan takkan lah berbunyi kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...