Tuesday, October 26, 2010

Albert Einstein


About one hundred years ago, there lived a boy named Albert Einstein. 
Albert was a strange boy. Always absentminded. Always messy. 
It was a difficult job for him to tie his shoe.


Saturday, October 23, 2010

The 3-Days-Summary

There were soO0o0O much things happened to me this week. Last Tuesday, I invited Anis to donate blood at the SHAS mosque foyer. But unfortunately, Allah did not will us to donate. I had low blood pressure, something that I never faced when I want to donate blood before. After 3 times measuring my BP, the ‘akak’ said that I strictly could not donate blood that day. What was confusing me were why I did not felt any dizziness and I did have enough sleep the night before. And she said that maybe I had little stress. (What??) but maybe what she said was right. It was me that did not realize it. Nevermind, I still have the next day.

Friday, October 22, 2010

To Whom It May Concern ツ ✿ ✰

Biar berpisah department kita,
Kau akan tetap abadi dalam atma,
Biar pilu hati dan jiwa,
Doa ku agar kau sukses(bukan suksis) sentiasa.

Aku tidak pernah punya teman sepertimu,
Walaupun aku tahu aku bukan shiapa2 di hatimu,
Biar air mata kadangkala temaniku,
Tatkala ku teringat kenangan kita,
Maafkanku buat segala caci dan nista,
Moga dirimu sentiasa ceria seperti selalunya!

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Senget.
Hang nak tahu tak kenapa aku senget?
Kenape?
Sebab aku kawan dengan orang senget macam hang.

Mereng..
Hang nak tahu tak kenapa aku mereng?
Taknakk tahuuuuu
。◕‿◕。


sumai : ada gentle reminder untuk Banat ya, sila rujuk ke blog PROMAT. Selamat ber exam yer semuaaa..!!

Thursday, October 21, 2010

Mereka

mereka sudah jadi lelaki dewasa
berbual pun tentang gadis-gadis dan masa depan
tentang beban kerja dan saku yang tidak seberapa

antaranya mereka kata gadis itu untuk dicintai dan disayangi, tetapi perlu ada dengan mereka, jangan sampai terpisah dengan jauhnya laut, kerana mereka kata juga mereka perlu disayangi, perlu jumpa-jumpa, perlu bual-bual, perlu keluar sama-sama. kata mereka, mereka inginkan gadis-gadis suci yang tidak disentuh, fikir mereka jauh ke situ, dan aku tahu mereka lebih tahu, kerana di luar ramai yang liar-liar, dan mereka tidak mahu itu. dan aku bertanya pada mereka "yang pada kamu itu siapa?" jawapan mereka "untuk sementara"

mereka berbual tentang kerjaya, ada yang buat kerja-kerja desa, ada jadi pion di pejabat-pejabat, ada yang berjual-jual, rata-rata mereka kata gaji biasa-biasa, makan pakai sendiri . antaranya bergaji 1200, diasingkan 450 untuk bayar kereta dan 100 untuk dahaganya, 250 untuk rumah sewa, bakinya 400, untuk makan juga simpanan kahwin. tidak megnapa, rezeki Tuhan ada di mana-mana

doaku agar kalian berjaya dan bahagia, paling kurang kalian sudah jadi lelaki dewasa, aku belum lagi, mungkin nanti

sumber : Pensel Hitam

picture cropped from movie :
The Imaginarium of Dr. Parnassus

Saturday, October 16, 2010

Mata, Hati dan KITA

Mata yang beradu mata dalam pandangan
Adalah jalan kerosakan ke dalam hati
Beberapa saat terjadi peperangan
Hingga berlumuran darah, dan hati mati
Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan
Lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati
Jangan kau ganggu hati ini
Berbuat zalim dengan sekali tebasan.

Ada rona kegembiraan tatkala cinta menghilang
Keselamatan atas kalian wahai mata dan hati
Aku tak lagi berjaga pada malam hari
Bebas dari kesepian dan penderitaan
Kita semua layak mendapatkan kebahagiaan
Jika kembali tiada lagi canda dan tawa.

Aku tak tahu mengapa aku cerca cinta
Ataukah matamu yang tercela ataukah hati
Mengapa aku cerca hati yang bisa melihat
Hatilah yang berdosa jika aku cerca mata
Mata dan hatiku membahagi-bahagikan diriku
Ya Robbi, tolonglah mata dan hatiku!


sumai : susah gila nak jaga pandangan. Almaklumlah, manusia kan suka benda yang indah-indah..

Friday, October 15, 2010

Impak 'Cinta'

Post ini ada kaitan sikit dengan sebelum ini.
But if you can see the apostrophe at the word Cinta, u may know what i mean. I relate this title with the so-called cinta. Alaa, yang ramai tertipu dengan cinta macam ini. Cinta manusia, cinta dunia, aku pun pernah terjebak dengan cinta bohong manusia begini. Sekarang aku nak sentuh pasal cinta pada manusia lah.

Susah weh. Orang belajar agama, tapi buat benda-benda macam ini. The so-called-love. Islamic Couple. Are there such things as that? Bukannya taktahu Allah kata Jangan Dekati Zina. JIM pun ada buat program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Tak paham paham juga. Bertambah sedih lah kalau yang terjebak dalam benda ini adalah orang yang hafal Quran. Aku tahu susah nak mujahadah. Tapi kena buat jugak weh. Kita dah tahu ini salah itu salah. Kalau kita buat jugak, apa bezanya kita dengan orang lain yang tak hafal Quran? Apa beza ??

Sebelum ini ada post tentang syadid, tips aku untuk wanita dan muslimah bagaimana nak jaga itu dan ini. Dah baca, kalau takde action diambil pun susah juga. Ya lah. Aku faham, susah nak berubah. Buat step by step je lah beb. Kena ada langkah pertama je. Kalau tak kuat, cari sahabat yang membantu. Bukan membantut. Dah kawan tu bantu, beri nasihat, dengar. Bukan buat labu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Orang yang nasihat dekat setahun lebih pun boleh fed-up beb. Ye lah, tugas nasihat-menasihati memang kena berterusan. Tapi consider lah sikit wei..

Aku tahu cinta itu fitrah. Tapi sedar tak sedar, banyak antara kita yang tahu, menyebabkan fitrah tu jadi fitnah. Kau jadi fitnah untuk agama! Sedar tak ??!!

Untuk lelaki, tak kisah lah kau banin ke tidak. Sila lah hormati privacy yang ada pada perempuan, terutamanya kalau kau kata dia tuh couple kau ke, teman tapi mesra ke, kawan baik ke, whatsoever. Jangan terlalu obses dengan orang yang kau suka sampai nak heboh satu dunia. Setiap orang ada right@hak masing-masing. Please respect others. Orang kata taknak, taknak ah. Gedik sangat nak letak jugak apesal? Macam tu ke kau buktikan so-called-love kau tuh pada orang yang kau sayang ??

Argh. Jangan salah paham. Aku rilek je nih Tapi kalau aku tak tulis macam ini, mungkin susah orang nak faham. Terutamanya orang yang berkenaan. Wei budak agama, sedar diri kau tu okay!

Aku pun ada pengalaman macam nih jugak. Tahu ah camne perasaannya. Cuma, kena kuat. Kuat wei. Macam susah. Nanti rindu lah itu lah ini lah. Tapi lame-lame korang akan biasa. Percaya lah. Rindu ape semua tuh pun, bukannya benar. Syaitan yang nampakkan indah pada pandangan mata kita.

Okeh. Nak habis dah ni. The biggest challenge is to keep my words. Moga Allah tolong kau dan aku. Step first, cari sahabat dan persekitaran yang membantu. Takde sapa yang boleh ubah diri kau melainkan diri kau sendiri, dengan bantuan Allah. Maaflah, aku tulis memang macam ini, kalau depan-depan memang makan dalam ah korang. Jumpa lagi!

sendiri mau ingat ah !

sumai : gini ah laki, susah gila nak deal dengan depa. Nak cari yang baik apatah lagi. Tapi mereka ada. Tungguu.... Doa jangan lupa =P

Impak Cinta


Impak Cinta Suci
Moga membawa ke pintu Syurga Ilahi
:')

sumai : ada sapa-sapa yang tak paham ke?

Thursday, October 14, 2010

Insiden

Macam jam tangan aku yang dah patah
My blood color is darker. Kehkeh


Ni apahal gambar blood donation semua ??

Monday, October 11, 2010

Walimatul Urus 'Ali & Rahmah


'Ali bin Talib &
Rahmah bt Muhd Suffian






Friday night : departed from IIUM. Sent by Dziaulhaq
Saturday 2am : arrived at Rahmah's house
11am : akad nikah at Masjid Darul Ehsan, Ampang Jaya
1250 pm : Arrived at IIUM. Sent by Luqman

a very simple occassion. Nothing more could I say. May Allah bless Rahmah and 'Ali until Paradise! Their schedule --> Next week's : Kelantan. 24th : Depart to Yaman.
Thanks to our drivers. My Gang : Shuhada &; Hafizah. and thanks to everyone! Happy to see another banat getting married :')

note : akad nikah hanya sekali lafaz, diketuai oleh Uncle Suffian. Tuan kadi yang memberi khutbah ringkas, kelakar tapi bermakna. Yang tak kahwin pula yang menangis =P

Tuesday, October 5, 2010

Ada Sedikit

Kan aku dah kata. Sekejap je dah update balik. Hahahaha.
Aku sebenarnya nak kasi ayat ni. Kelmarin Anis Sakinah kasi MMS kat nombor yang guna handphone made in china tuh. Sedih giler lah background music dia. Pastu ada gambar awan2, dan ada ayat ini :
Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan. Maka jadikanlah dirimu nisa’ yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah. Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang. Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan. Salam Rindu dan Mujahadah buat insan yang disayangi :-)
Seriously, sedih aku baca. Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah rasa. Susah nak buat tu semua. Nak jaga diri. Kalau ada pun diri dah terjaga, anggota lain terutama hati tak tentu lagi. Lelah dan letih dengan kehidupan. Perlu sering ingat bahawa beginilah kehidupan diciptakan ; dengan mehnah dan tribulasi. Moga Allah kuatkan kita sokmo. Doakan aku weh. Jum stadi! =)


"Jangan pernah merasa penat di jalan ini
kerana Allah sudah menjanjikan kerehatan yang panjang di negeri abadi..."

Takde Ape Jugak

Salam. Hai!
Titibe menjerit. Padahal sebelum ni sedih. Kehkeh
Konvokesyen baru je berlalu. Serious teruja tengok orang pakai robe, hood apa suma tuh. Aku konvo lambat lagi wei, 2014. Study dijadualkan habis 2013 tapi disebabkan aku masuk sem 2, so aku kena tunggu next yearnya. Itu pun kalau panjang umur lah kan. Ape-ape hal pun, hadapi hari yang ada, masa depan perlu dirancang, tapi hari ini menentukan semuanya. Pergh. Macam berpalsapah pulak. No no, this is not my field.

Tadi aku pekena kyros fries dengan geng. Banyak jugak sembang. Pasal sem yang dah nak habis tapi macam takde ape blajar pun ada. Astaghfirullahal 'azim. Sem ni macam tak berapa nak tersusun sangat. Mungkin sebab jadual pun taktentu hala. Kelas malam lah. Itu lah ini lah. Ceh, alasan semate.

Friday, October 1, 2010

Takde Ape Pun

Aku mengingat kematian dan tidak takut kepadanya
Sesungguhnya hatiku benar-benar keras bagaikan batu
Aku mencari dunia seolah aku kekal di dalamnya
Padahal di belakangnya ada kematian yang mengejarnya.

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan.

Convo Fever!

OPENING CEREMONY (CONVEST HILL)
8.30pm - 10pm / 1st October 2010
Convest '10 Launching : Special Gimmick
*Dikir Barat Performance *Zapin

IIUM CHOCOLATE FAIR (KAED GALLERY)
9.00am - 5.00pm / 1st - 4th October 2010
*Eating Competition *Watermelon Decoration *Cupcakes Decoration & Many more!!


GRAND EXHIBITION (RIVERSIDE)
9.00am - 5.00pm / 2nd - 4th October 2010
*Yoyo Performance *Silat vs Aikido *International Fashion Show *Spelling Bee *Cooking Contest


SEMINAR ON ''EXPLORING THE FUTURE OF ISLAM AND MUSLIM WORLD'' (MAIN AUDITORIUM ENGINE)
8.00am - 5.00pm / 2nd October 2010
Interested to join?? Register NOW!!
Anwari : 0142990602 / Sis Habibah : 0136282312
Payment : RM10


GRAND FORUM : BERCINTA SAMPAI KE SYURGA
(SHAS MOSQUE)
8.00am - 11.00pm / 5th October 2010
Panelist : Ustaz Wan Akasyah / Ustazah Siti Nor Bahyah / Br Imran Koyube
Moderator : Ustaz Che Majid


PALESTINE TOMORROW WILL BE FREE (CAC)
8.00pm - 11.00pm / 6th October 2010
*Shoutul Harakah *Inteam *Muadz&Shinji *Kashfy *Special appearance by MAHER ZAIN!!

IIUM INTERVARSITY MEGA FUTSAL (SAIDINA HAMZAH SPORT COMPLEX)
8.00pm - 11.00pm / 6th October 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...