Wednesday, September 29, 2010

Knock Knock


"Jiwa kamu adalah anugerah paling indah yang telah Allah kurniakan"

Knock knock your soul
Knock knock your mind

Are they still alive?
or are they have been controlled by someone? something?

You are the driver of yourself. Which ways you do you take, what path do you choose, you will be asked ‘bout it.

sumai : currently at Part 30, The Arrivals. You only can feel and believe it when it happens to you.

Saturday, September 25, 2010

Berkat Ke ??

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬

Lo! those who fear their Lord in secret, theirs will be forgiveness and a great reward. || Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. [Al-Mulk:12]

Apa yang berkat?
Sepanjang aku hidup yang tak sampai suku dekad ni, aku nampak kehidupan yang bahagia ada pada berkat. Perghh. Ada percaya? Mahu cuba?

Promosi Gempak!


Rules ada di sini




senarai Events yang best tu ada di sini

sumai : gempak tak aku promosi? Kehkeh

Adab Penuntut Ilmu


Abdullah Ibnu Mubarak menggariskan enam berikut sebagai adab kepada penuntut ilmu :
  1. Niat yang baik (Ikhlas)
  2. Dengar dengan baik
  3. Faham
  4. Hafal
  5. Tulis
  6. Beramal dengannya.

Friday, September 17, 2010

Hakikat Syawal

Indah Ramadhan kerna tarbiyyahnya
Indah Syawal kerana kemaafannya

Di bulan Ramadhan, kita mengharap keampunan Allah
Di bulan Syawal, kita memohon maaf manusia

Moga 'Eidul Fitri kali ini
membawa kita kembali kepada fitrah diri
yang sebenarnya adalah hamba

selama-lamanya.

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Huraian di sini

*Dosa itu adalah perbuatan yang kamu tidak mahu orang lain tahu tentangnya*
-Barangsiapa yang keluar dari Ramadhan tanpa mendapat apa-apa darinya, 
maka dia adalah orang yang saaangat RUGI-
[Moga pandangan mata dan hati terus dapat ditundukkan untuk 11 bulan seterusnya]

Thursday, September 16, 2010

Salam Aidilfitri

Dalam lidah yang tiada rasa
Dalam hati yang tiada cinta
Dalam jiwa yang kekosongan
Dalam telinga yang kebingungan
Dalam hidung yang bermukusan
Dalam tubuh yang keletihan.

Sungguh, manusia cuma akan mengerti betapa nikmatnya sihat pabila dia sakit.
Dan tika itu lah dia akan terasa kerdilnya diri, hanya bergantung pada Allah untuk segalanya. Ya, SEGALANYA.

Moga Allah beri kekuatan. Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog KiTa HaMBa, Mohon maaf atas segala khilaf diri. Moga Allah memberkati.

Tuesday, September 7, 2010

Er, boleh salam ke tak nih ?

Aku tergerak lama dah nak tulis pasal ni, sejak jadi fasi MUB lagi. Time tu kami dah dedahkan adik-adik dengan benda ni dah. Cuma kami guna lakonan, so benda tu lebih obvious, mana yang boleh salam atau tak.

Kepada yang masih blur, maafkan aku kalau perkataan tu tak sesuai ; ini post tentang isu boleh salam atau tidak, regarding syariat yang ada menggariskan dengan sapa kita boleh salam atau tidak. Kiranya siapa yang mahram dan siapa yang tidak. Mahram adalah mereka yang haram kita kahwini. Maka bukan mahram adalah mereka yang halal kita kahwini. Jadi kena jaga aurat dengan depa, takbleh salam dsb la dengan depa. Almaklum raya nak dekat, jadi kena banyak salam dengan orang.

View kali ni of course lah dari perspektif wanita@perempuan. Sebab aku perempuan, dan aku perasan mungkin lah ramai antara wanita yang tak berapa pasti atau ragu-ragu lagi tentang benda ni. Jadi marilah sama2 baca sikit2 na. Kalau kamu lelaki, boleh tengok adik perempuan@kakak@emak@sape2 la, adakah mereka benar2 amalkan benda ni. Ini bukan aku punya suruhan tau. Ni Allah yang suruh, termaktub dalam surah an-Nur ayat 31. Ala, ayat yang suruh wanita tunduk pandangan dan jaga kemaluan dan seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...