Monday, August 30, 2010

Cerita Ahad

“Assalamualaikum sumai, jadi tak nak pi nih”

“Wei aku macam tak larat je, tido lambat arr tadi”

“Kalau taknak pegi, hang cari la orang ganti”

“Alamak.. sape plak aku nak suruh ganti nih.. Sempat lagi tak kalau aku siap skarang. Aku kat bilik mek lagi nih..”

“Sempat je, aku pun belum siap lagi nih, kul 730 tau tunggu kat pagar ameenah, nanti midi datang”

“ok2 insyaAllah, assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

Begitulah serba sikit perbualan talipon aku ngan Juni semalam. Akhirnya sampai lah ke sini.

53 Tahun dan Dunia


Selamat sambut hari merdeka Malaysia yang ke 53 !

Video atas ni adelah bapak sedare saye, yang merupakan suami kepada kakak ibu saye. Ahax. Rumah dalam video nih pun selalu my pemili n I singgah, tambah2 kalau isteri beliau (Mak Yang) buat open house (time raye ni msti ade. Hik3)

Aku cuma nak sentuh tentang point pakYob yang kata orang muda sekarang mana nak kerja tentera nih, tak glamor. Lain lah kalau jadi artis ke, Malaysian Idol, Akademi Fantasia. Benar tuh pakYob, takde yang benar melainkan benar belako.

Zaman sekarang nih, ibubapa pun suka kalau anak depa masuk tv. Ye lah glamour, sapa takmau kan kan. Ada pernah aku usha cerita tom tom bak. Budak2 nyanyi lagu dangdut lah, joget2, lagu cinta, mak bapak dia senyum je, senyum tu tanda suka dan sokong kan? Sanggupkah kita berpasangan dengan pasangan yang suka benda2 macam tu? (Soalan cepu tak cemas, jawab sendiri)

Mungkin mereka tidak tahu, atau lupa , bahawa :

Dan tidak lain kehidupan di dunia hanyalah senda gurau belaka, dan kehidupan Akhiratlah yang abadi, jika mereka mengetahui. (29:64)

Dan sungguh, sangat mencabar tugas mendidik anak zaman ini. Kalau depa tengok kawan2 jadi artis, famous amos, mestilah terpengaruh sekali ye dak? Tanamkan benda basic (akidah) dalam diri mereka, moga membesar menjadi mujahid/mujahidah pembela agama. Sementara kome keme yang bulum menikah ini, marilah same2 perbaiki diri. Ya Allah, permudahkanlah. Amiin.

sumai : Maghrib hari ini, sudah masuk 10 terakhir Ramadhan. Selamat pulun ibadah !!

Sunday, August 29, 2010

Update VS Tak Update

Entah apa apa lah tajuknya kan.
Sebenaqnya aku rasa macam selalu plak update blog bulan Ramadhan ni.

Bila selalu update, aku fikir ade ke manfaat dari post yang aku tulis, dapat ke saham entah tidak. Tulis macam ape je kan.

Sebab bila kadang2 aku tengok sesetengah blog, depa jarang update, tapi sekali tulis. Perghh. Ada jugak la yang berdarah ditusuk duri. Heheh. Maasya-Allah. (Dan banyakkan menangis dan sedikitkan ketawa)

Selalu jugak aku usha, blog selalu update nih ramai followers. Blog aku takpayah la tengok. Bukan ramai pun. Kira ramai follower, ramai lah yang baca blog dia kan. Kalau tak semua, mesti ada at least 50%. Ke kurang lagi? Tu aku agak je. Dan blog yang jarang2 update ni, tak ramai sangat follower, tapi tak bermakna lah isinya tak best kan kan. Cuma, manusia may pandang blog tu macam sebelah mata ataupun main kenyit2 mata. Begitulah resam dunia =)

Tiba tiba je aku dapat idea, maksud aku tadi lah. Blog berbeza sungguh dengan ibadah. Ibadah kita Allah saje yang tahu niatnya. Kalau pergerakan mungkin dilihat oleh mata kasar manusia. Namun apa yang tercatat Allah saja yang tahu.

Makin update ibadah maka makin Allah sayang. Manusia tak tahu kan.

Lain dengan blog, kalau banyak update, manusia yang ramai follow blog dia.
Kalau sikit update dan tak berisi macam aku tak ramai lah follow.

Update Ibadah, Allah sayang lebih.
Kurang update ibadah, Allah tetap sayang, kerna ada sifat الرَّحمٰن yang ada padaNya. Maasya-Allah.


Friday, August 27, 2010

Sekarang Musim Exam

Taktahulah kalau post ni lambat ke cepat. Sebabnya ada senior tuh sudah habis exam dalam minggu ni. Padahal exam aku yang subjek membunuh tu minggu depan. Selamat menjawab exam kepada semua. Ada yang carry 10%, ade 20% jugek. Kot. Haha, Lupe suda.

Jangan tension2. Dengarnye orang yang tension tuh adelah mereka yang study last minute. Betui ka? Hoho.
Ok lah. Penat nak taip. Jumpa lagi!

hanya dibenarkan tido selepas habis jawab macam dia

dilarang berangan time exam

nanti times up, gini le ghope kome

sumai : sudah tidak pulang ke rumah sejak 11 Julai. Rindu pada umi abi bakma baknas sarah abrar sobs

Jangan lupe plak. Hari ni 17 Ramadhan, Nuzul Quran.
(sume gambar kredit to Google)

Wednesday, August 25, 2010

Eh, Dah Separuh ?

Kecuaian kita terhadap amalan fardu lain ketika bulan Ramadhan apabila kita sudah merasakan yang kita sudah buat satu fardu iaitu:

antara kita bangun sahur dan tidur semula sehingga terlepas solat SUBUH,

solat ZOHOR ditinggalkan/dilewatkan kerana sibuk bekerja atau tidur waktu tengahari,

solat ASAR dikorban kerana menyiapkan/ membeli juadah berbuka,

solat MAGHRIB pula didilekakan kerana terlalu asyik berbuka,

dan ISYA dilupakan kerana penat berpuasa seharian..

lalu..

jika begitu keadaan amalan fardu . maka amalan sunat usah diperkatakn lagi.

------

Sunday, August 22, 2010

Berani Lho ..!

Berani Lho Bunuh Gue..??


metro - 19 Ogos 2010


metro - 14 Ogos 2010

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [17:31]

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. [4:93]

sumai : sendiri mau ingat la (baca : Syadid ) + walazikrullahi Akbar

Imbas Kembali : KERIS '06

Ini cerita lama daaa..
Sometimes it is good to remember the past =')

Program : Kem Remaja Islam (KERIS) 2006
Date : April 2006
Venue : Sekolah Raja (P) Taayah, Ipoh (SERATA)
Participants : members of PERSADA (now known as BADRI) & LPS (Lembaga Pengawas Sekolah)
Organizer : Akak2 :P


hari pertama, opening, bincang2 di surau di malam hari,
itu dua olang, anak ustazah rozaidah, mesti depa dah besaq skarang


Saturday, August 21, 2010

Yang Pasti

kredit : Handrifter

kredit : bharian 15 Ogos 2010

(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). [10:25]

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.  [10:26]

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah, yang demikian itulah kejayaan yang besar.   [10:64]

sumai : mekda kata, keadaan arwah selepas kemalangan sangat terjaga auratnya, berjubah, berstokin, maasya-Allah. Takziah untuk Luqman (dr_luq90) and family. Arwah sudah merasai ungkapan : "sempatkah kita untuk Ramadhan akan datang." Kita bagaimana?

dan

Selamat Hari Al-Quds. Sudah berdoa untuk mereka?  >__<

Friday, August 13, 2010

Syadidnya Hang Nih!

Tergerak nya aku nak tulis pasai post ni lepas baca satu post member yang menceritakan seorang budak uiam yang umur 21 tahun sudah pun mengandung dan melahirkan seorang bayi, tanpa diketahui siapa bapa kepada anak itu (What?)


apa macam bro? mule2 aku pun terkejut jugak, dan sedih. amaat sedih.
apa lah mau jadi dengan dunia sekarang. penat dan penat. mana pula usaha yang kita lakukan, entah juga.

apa puncanya? budak unibersiti islamiyyah pun macam ni. Orang luaq dengar benda macam ni, konfem hilang respek lah, walopun maybe yang involved dengan benda nih iaitu seks bebas, sikit dari kalangan kami. I should say KAMI sebab nak ekspresskan betapa rapuhnya jati diri remaja sekarang, of course lah aku nak spesifikkan budak kampus aku, UIAM.

Duduk dalam bandar besar, kota metropolitan, nak apa semua ada. Just say it man. Cuma kena ada wang dan sebagainya lah. Yang datang pulak niat mula2 lurus, lepas tu dah bersimpang siur. Susah kan nak luruskan niat?

Apa yang aku nampak daripada perkara yang terjadi pada saudari aku di atas, adalah kecuaian daripada dirinya dan daripada manusia sekelilingnya. Alah, korang yang baca pun mesti dah biasa sangat. Benda macam ni siapa lagi lah yang nak disalahkan kalau bukan diri budak tuh kan. Itu memang dipersetujui, tapi jangan lupa jugak ibu bapa, keluarga. Atau lebih senang persekitaran.

Tapi yang aku nak tekankan kat sini, ialah diri sendiri. Apa yang kita buat, kita akan dipertanggungjawabkan. Itu basic. Kalau ikhtilat (pergaulan) tak jaga, habislah. Tambah2 perempuan. Atau nama best dia, wanita. Islam memuliakan wanita. Kalau dulu-dulu zaman Jahiliyyah, depa tanam anak perempuan tau tak, sebab ia macam simbol keaiban dan kepapaan. Boleh baca baaanyak lagi di sini Untuk semua sahabat khususnya wanita, aku nak share sikit2 lah, pengalaman aku dan adaptasi dari observation yang aku selalu buat.

1. Tundukkan pandangan
Dalam quran pun Allah dah sebut. Walaupun dalam surah anNur suruh lelaki yang tunduk pandangan dulu, takde salahnya kita buat benda nih dulu. Nak tahu kenapa? Sebab dunia sekarang ni aku seriously kata, boleh kira dengan jari berapa lelaki yang jaga pandangan, tambah2 kalau nampak perempuan cantik. Aku tak jeles dengan mereka yang cantik, sebab semua manusia itu cantik, cantik itu subjektif. Walaupun memanglah bila tengok orang lawa dari aku, aku rasa "wah, cunnye dia" tapi dia, aku, engkau, semua Allah yang cipta. Maha suci Allah yang menghakimi hambaNya dari iman dan taqwa, bukan rupa.

Lagi, berdasarkan pemerhatian aku, lelaki nih. Ah, aku nak sebut pun malu. Aku perasan mata lelaki selalu menjalar pada perempuan yang pakai baju ketat (pakai baju longgar pun kena), pada bahagian yang menjadi tarikan. Sebetulnya, apa2 pada perempuan nih semua tarikan pada lelaki, kalau ada sapa2 yang tak tahu lah. Jadi marilah kita sama2 cover our aurah ya =)

2. Jaga kehormatan

Kehormatan tu apa? Ia adalah maruah. Harga diri. Bagaimana Islam dah tetapkan macamana sepatutnya wanita behave bila berhadapan dengan lelaki, itulah yang kita kena ikut. Bukan ikut kawan. Kawan duk bercouple, kita pun nak couple jugak. Pengalaman aku yang pernah alami benda macamni, ia tidak menambah apa pun melainkan kerugian semata. Nak tahu lebih sila tanya ye.

3. Jaga lenggok percakapan
Laki nih imaginasi dia tinggi. Tak caya. tanya lah pada adik beradik ke, kalau korang berani nak tanya. Korang kata gini2, dia bayang lain. Bayang benda lain. Perempuan pun ada yang imaginasi tinggi, cuma jarang jumpa. Memang Allah memang cipta hambaNya begitu. Ya lah. untuk tengok mana satu hambaNya yang pandai jaga apa yang Dia suruh jaga.

4. Jaga pemakaian
Sebenarnya boleh masuk dalam point number 2. Saja aku drag bawak ke bawah. Kadang-kadang kita rasa pakai macam dah ok. Cuma kena observe lah, ok di mata Allah atau hanya ok di mata kawan2 kita yang sebenarnya berpakaian sama aja macam kita. Aku serious kata, aku sakit mata tengok pemakaian zaman sekarang. Kalau lah ada sesiapa yang tak tahu, pakai macam tu, kalau bukan kita yang kena, orang lain yang kena tu adalah seorang adik perempuan, kakak, emak, hatta nenek. Cuba bayang lah kalau itu adik kita, kakak kita. Kenapa aku kata macam ni, sebab orang lain pakai seksi, orang lain yang kena rogol. Mamat tu baru lepas usha sorang awek nih, then lepas tu di satu jalan yang sunyi, tserempak ngan awek lain yang tutup aurat, rembat aja. Jagalah aurat, kalau bukan untuk diri sendiri, buatlah untuk kaum Hawa yang lain.

Itu je kot points yang aku nak tekankan. Aku nak harap pada lelaki untuk mulakan benda macamni, susah. Sungguh. Sebab tu, aku harap korang especially sahabat aku yang perempuan, muslimah, mukminah untuk mulakan ini semua. Step pertama dia yang no 1 tu lah. Tunduk pandangan. Bagi aku bila tunduk dan jaga pandangan, insyaAllah kita akan terhindar dari sapaan, panggilan dan apa aja lah yang lelaki suka buat untuk ngorat perempuan. Lebih baik lagi kalau dapat elak daripada berurusan dengan lelaki.

Dan yang aku perasan, lelaki ni tend to hold pandangan lebih lama. Kalau dah pandang, taknak alih2 dah. Sedangkan cuma terpandang. Dan tak pernah jumpa pun sebelum ni. Jadi kita lah yang kena alih pandangan, walaupun waktu tu mata sudah bertentang mata. Syaitan ada di tengahnya. Ingat, pandangan adalah anak panah iblis yang berbisa.

Aku Syadid?

Maaplah kalau ada orang kata aku nih syadid @ dahsyat sangat. Semua ni sebab waspada. Dan Allah yang suruh, di samping sebab diri sendiri. Takda fitnah yang paling besar selepas kewafatan Nabi melainkan fitnah wanita. Sematkan benda ini dalam fikiran. Dan petik juga kata seorang tokoh bahawa lelaki ini hanya bagai sahabat di hadapan kita, tapi kita pasti akan gerun dengan percakapan mereka di belakang kita. Hah. Bulan Ramadhan nih, mulakan la sikit2. Tak banyak pun takpa, yang penting consistent. Kalau bulan mulia ni pun dok dating2, bulan lain apatah lagi kn. Kita akan dipertanggungjawabkan atas diri kita sendiri, bukan ibubapa, mahupun kawan atau kekasih kita. Sayangilah diri sendiri, kerana dirimu itu hai muslimah, sangat berharga. Salam mujahadah, jumpa lagi!



sumai : seronok bila takda couple, boleh buat apa yang kita suka + boleh minat sapa2 saja =) . Tahniah sapa yang baca sampai habis. Jazaakumullahu Alfu Khoir.

Tuesday, August 10, 2010

Dia Datang lagi

Dia datang lagi
dengan senyuman
meredakan kesedihan
membawa sinar harapan.

Dia datang lagi
kunjungi hati yang sepi
berikan khabar gembira
pada yang putus asa.

Dia datang lagi
dibuka pintu Syurga
ditutup pintu Neraka
Syaitan dipenjara.

Dia datang lagi
dengan seinfiniti rahmat-Nya
untuk hamba yang mendamba
tinggal kita sahaja yang membeda
semoga dia yang datang ini
dengan nama yang sama
namun dengan natijah yang berbeza.

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban ya Ramadhan.
Semoga dapat kami pergunakan engkau sebaiknya.
Selamat berpuasa kepada semua! :)

p:s -- Salam, my name is Syaa'ban. I am advising you that my neighbour Ramadhan will be visiting you soon with his wife Barakah and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grandchildren Rahmah, Maghfirah and Jannah. They will leave after 30 days by Eid Airlines. Treasure them and insyaAllah you will be blessed. Marhaban Ya Ramadhaan. May it brings a lot of Nuur in our life =')

Sunday, August 8, 2010

Dia

Dia
yang kurindu
di hati selalu.

Dia
yang kucinta
sering di minda.

Dia
entah di mana
timur barat
selatan atau utara
namun kuyakin dia ada.

TUHAN
tetapkan hati ini padanya
dalam rahmatMu selalu bahagia
tiba masanya
DIA,
belahan jiwa
akan bersatu jua.

Gombak, 26 Syaaban 1431

Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu
dan keluarga kamu
dari neraka yang
bahan bakarannya: manusia dan batu
[66 : 6]

Thursday, August 5, 2010

Kejayaan حقيقي

Selamat membaca ketika anda dalam keadaan cool and not rushing :')


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُور


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali-Imran : 185]

Demikian lah point terakhir Hilal Asyaf dalam talk beliau yang saya hadiri beberapa hari lalu. Talk kali ini menceritakan kehidupan yang kita ada sebagai modal, berurusan dengan Allah Yang Maha Besar. Kebesaran Allah yang mampu difikirkan oleh beliau adalah dalam konteks subset. UIA subset (►)kepada Gombak (Mana lebih besar, Gombak @ UIA?), Gombak subset kepada Selangor (Mana lebih besar, Selangor @ Gombak?) ► Malaysia ► Bumi ► Galaksi Bima Sakti ► Seluruh Alam Semesta. Allah, Tuhan Sekalian Alam itulah Maha Besar, yang kita berurusan dengan-Nya seharian. Bayangkan lah.

Sunday, August 1, 2010

Di Celah Konvokesyen DQ dan KAEDFEST

Time orang tangkap gambaq, kami pun buat2 sibuk jugak

Cekelat ni dari NZ



Cerita Je

CERITA 1

Seorang wartawan menemubual seorang wanita yang sudah berkahwin selama 50 tahun dengan suaminya. Wartawan bertanya,

"Makcik, pernah terfikir untuk bercerai? "

"tak pernah."

(lama kemudian)

"tapi makcik pernah fikir bagaimana nak bunuh pakcik kamu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...