Thursday, April 29, 2010

Wahai . . .

. . . seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata

Namun hati tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana.

Allahumma Sholli 'alaa Muhammad.

Wednesday, April 28, 2010

Inikah Jalan Kita ?



Waktu awal berblogging dulu, ada satu post yang pasal jalan juga. Kali ini juga tentang jalan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut ways. Kita membuat pilihan setiap hari. Tetapi adakah pilihan kita tepat? Tepat pula subjektif. Bagi orang yang berhibur sokmo, hiburan itu pilihan yang tepat. Bagi orang beriman. Ya, orang beriman, bukan orang Islam sahaja, apa pula pilihan mereka?

Jom usha sikit apa benda yang kita kadang terlepas pandang.



3 JALAN MENUJU KEJAHATAN

1-Turuti Hawa Nafsu

“Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya?.” (Al-Qasas : 20)

Nafsu perlu dikawal dan dididik dengan iman. Salah satu penyebab kepada gila ialah kerna diri tidak dapat diseimbangkan antara HAJAT & KEMAMPUAN DIRI. Perlu pilih antara dua : samada Hamba Allah @ Hamba Nafsu.

2-Turuti Adat Tanpa Berfikir

“(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui satu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?.” (2:170)

Self check : Berapa percent jahiliyyah dalam kehidupan kita, sejak kita bangun tidur hingga kita kita tidur kembali. Kebiasaan hidup sebagai pelajar, ada tak sunnah yang kita amalkan? Muhasabah budaya hidup kembali.. adakah berbudayakan Sunnah atau Jahiliyyah?

3-Ikuti Majoriti (VS ALLAH)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari Jalan Allah….” (Al-An’aam:116)

Tidak boleh ikut arus, tapi pimpinlah arus. Niat belajar : untuk Islam, bukan untuk dapat kemewahan dunia ketika bekerja kelak.

Sumber:Pamplet waktu kuliah di AX101, UIA PJ.

-----------------------------------------------------

Sangat rasa pelik, mengapa manusia kini semakin mudah membunuh manusia lain. Buang bayi, suami tikam isteri. Suami berpakat dengan anak untuk belasah isteri. Apa puncanya? Makin malas baca paper sebab berita2 mcm nih. Oh umatku! Makin sedih juga, sebab hanya dapat menjadi mereka yang melihat, tanpa berbuat apa-apa..



Ingat Allah sokmo!

Sunday, April 18, 2010

Cinta Anta dan Anti

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.



Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering

dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

oleh Maszlee Malik.


Moga Istiqomah


Biar tersungkur rebah. Takkan sesekali mengalah.
Muslimah. Peliharalah Kesucianmu.


Sunday, April 11, 2010

Terima Kasih =)

Take care ea.. Some things are not worth being sad for. Gudlak dear!

from : one jordan
4-Apr-2010 23:14

Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Aku kecewa, namun kemudian kaktus itu berbunga indah, ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik.. Itulah, jalan Allah,indah pada masaNya. Allah tak beri apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di atas segalanya, DIA telah mengatur yang terbaik buat kita.. (sabar menunggu..huhu).. Samat malam sumai cayunk :-)

from : ammar syahidah
11-Apr-2010 00:12

Terima kasih pada semua. Yang berada di sisi ketika diri kesedihan. Sahabat skuasy saya yang sudi menadah cerita dan bermain bersama :) juga kepada one yang dapat sense post itu. hihi. Kepada Kak Rose yang sentiasa ada, mintak maaf kalau kredit habis sebab sms saya. Untuk Pia di Egypt. Untuk Cidah comey. Untuk Ammar Syahidah @ amsya yang memang jadi pendengar setia sejak di matrikulasi. Untuk semua.

Bila diuji, diri lebih rasa mahu akrab dengan Ilahi. Biarlah yang lepas berlalu pergi, agar zikrullah menemani. Benarlah janji Ilahi, mengingatiNya tenanglah Qalbi.

Selain itu, bila sedih, saya renung gambar-gambar lama dengan teman. Di Taayah, di Darul Quran, di Pusat Asasi UIAM, gambar dengan roomates, gambar dengan sahabat yang sudah fly ke Mesir Jordan, gambar ketika makan bersama. Semuanya menggamit kenangan. Bercambah menjadi rindu yang tak sudah.

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan...



Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Semua =)

Ya Allah, rahmatilah aku dengan meninggalkan kemaksiatan, selamanya Engkau biarkan aku hidup. Rahmatilah aku agar tidak memaksakan pada apa yang tidak berguna padaku, dan kurniakanlah aku dengan pandangan yang baik pada apa yang membuatkan Engkau redha kepadaku. Ameen Ya Allah.

Tuesday, April 6, 2010

Hidupku Yang Samar

Saat hilangnya taat pada yang lurus dan ikhlas
Diberi nikmat yang terpilih ke jalan duniawi
Apakah erti hidup jika jalanku sesat?
Mulia manusia memandangku
Bangga ibuku merenungku
Dibalik tirai kuhina maruahku sendiri
Ku buka jalan kepanasan api yang terpanas
Teman baik ku tunjuk baik
Teman liar ku lebih liar dari yang liar
Dimana fikiranku?

Sungguhku jahil tdak terfikir Allah memerhatiku
Ku hina dan kupandang menusia fakir terlalu najis
Ku anggap diriku yang lebih dari yang mulia tanpa jelas
Ku maki dan ku pejam mata untuk tidak ku endah
Berkira sungguh hasilku walaupun haram datangnya..

Bangga sungguh apa yang ku dapat
Riak berteriak apa yang ku ada
Janji ku balas dusta
Ikhlas ku balas senda
Dimana imanku? Habiskah imanku?
Hingga… Saat keperitan ku hilang arah
Terlihat segala dosa dan hati hitamku
Nur yang sedikit membantu tegak lurus dari yang sesat
Sempatkah aku?
Layakkah aku memulih diri?
Sebelum mati..

Kubersalah dan yakin ku salah
Ku berdoa hingga airmata ku keluar
Namun dimanakah orang yang ku hina?
Hidup lagikah dia? Redha lagi kah dia?
Sempatkah Allah beri redhanya sebelum kukumpul doa taubatku?
Kukembali jalan yang lurus
Ku baca al Quran hiasan rumahku
Kumencari redhanya Allah
Ku teliti jika ada amal ku..Kosong?..
Ya Allah.. Bergunakah sesalku ini..
Hinanya aku ya Allah
Sampai bila taubatku ini?
Hingga bila ku kenal diri?
Hingga kini kucari redhaMu..

Hati ku jiwaku masih sakit
Kekalkan iman dan amalku
Walau sedikit kan ku kumpul menjadi bukit
Datanglah orang yang soleh..
Bantulah hambamu ini yang masih samar jalan hidupnya..
Moga Allah memberi berkat dan syurgaNya
Islam jalan yang benar jangan pesongkan aku Allah
Pimpinlah aku…
Supaya tak terlanjur selamanya..✿

Monday, April 5, 2010

tiada tajuk

serasa gugur jantungku
kelu lidahku
terpana dan terkaku

mendengarkan itu.

Sunday, April 4, 2010

Mehnah Kita



Hidup ini tidak pernah lari dari dugaan, ujian. Mehnah dan tribulasi dalam menempuh kehidupan seolah menjadi sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Mengapa diuji? Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut (29) ayat 2:

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


Read more..>>



Sudah jelas dan bersuluh bahawa ujian yang diberi adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita. Hanya kita yang sering berkata, ujian ini kerna Allah tidak sayangkan kita lagi. Allah juga berfirman bahawa DIA tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu kita pikul*. Namun sering juga, manusia berkeluh kesah dalam kehidupan mereka.

Boleh jadi setiap yang berlaku pada kita adalah nikmat. Boleh jadi juga ia adalah ujian. Atau kedua-duanya. Contohnya, jika kita dikurnia harta yang banyak, ia adalah nikmat agar kita menjadi manusia yang bersyukur. Ia juga bisa jadi ujian, adakah kita akan menggunakan harta itu ke arah yang baik atau sebaliknya. Harta, secara umumnya duit, wang, pitih. Adakah kita akan membeli untuk perkara yang memberi manfaat (contohnya buku, pakaian dsb), adakah kita menderma, atau kita gunakan semata untuk makanan? Sudah menjadi ujian buat kita, sejauh mana juga tahap kesyukuran kita dengan apa yang Allah beri.

Bukan sedikit manusia yang mahu kembali ke pangkal jalan. Kerana setiap kita sudah diciptakan dengan fitrah iaitu untuk kembali kepada Allah**. Andai kita melangkaui batasan fitrah itu, maka pastilah akan timbul pelbagai masalah di muka bumi.

Bagi yang sudah berniat untuk bertaubat, kembali lah tanpa sebarang tangguhan. Sesungguhnya mati tidak kenal usia. Andai sudah tiba saat kita, berlalulah kita pergi, samada dengan kesudahan yang baik (Husnul Khotimah) atau sebaliknya (Suu-ul Khotimah).

Usah pedulikan kata-kata dan pandangan sinis di sekeliling. Tetapkan dan bulatkan hati untuk melakukan perubahan, kerna Allah bersama, SENTIASA. Allah tahu kita bagaimana. Allah lah yang menjadi pemujuk diri untuk terus melawan hawa nafsu. Allah lah yang menjadi tempat mengadu tatkala dirasa tiada siapa di sisi.

Namun tika mujahadah itu, pasti akan ada anasir-anasir yang mengganggu. Maka Allah lah tempat kita memohon kekuatan. Untuk terus bertapak mendaki cinta Allah yang pasti. Untuk terus menjadikan hidup ini sebagai ladang Akhirat. Maka Ya Allah, bantulah kami selalu. Kerana tiada yang dapat memberi pertolongan selain Engkau Ya Allah. ENGKAU lah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. ENGKAU lah yang menetapkan hati kami. Maka tetapkan lah hati kami dalam agama-Mu dan dalam ketaatan kepada-Mu. Ameen ameen ameen Ya Allah.

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ***

Salam Mujahadah buat semua!

*al-Baqarah(2):286
**al-A'raaf(7):172
***Ali-Imran(3):31

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...