Wednesday, January 27, 2010

Ayat-ayat Cinta untuk sahabatku..



Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami, wahai Tuhan kami, penawar kepada penawar-Mu,
dan kesembuhan daripada kesembuhan-Mu,
juga keberkatan daripada keberkatan-Mu,
juga rahmat daripada rahmat-Mu
terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang orang yang sakit,
juga mereka yang lemah,
dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-Mu,
Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani dari segala yang mengasihani.
امين يا ربّ العالمين

Tidaklah terjangkau dek akal bagaimanakah kesakitan itu, temanku. Bersabarlah selalu kerana ujian itu tanda Allah sayang padamu, dan DIA mahu menghapuskan dosamu yang terdahulu. Jika kita tidak dapat berjumpa di dunia fana, semestinya aku senantiasa mendoakan kita kan berjumpa di Akhirat sana, negeri Abadi idaman setiap insani. Sob sob sob.

Terima kasih Allah yang mencipta rasa kasih dan cinta mengakar dalam hati, memenuhi segenap jiwa, bertemu kerana-Nya, meratib cinta-Nya, menyemai ukhuwwah demi-Nya.

Moga Allah meringankan kesakitanmu dan mempermudahkan urusanmu sahabatku, salam sayang dari kejauhan buat sahabatku Serrarina. Syafaakillah.

Sunday, January 24, 2010

Kak Maha bagi..

ini pada comot,



syukron yaa ukhti
sayang selalu
(malu, larriiii)

Saturday, January 23, 2010

sms sms an pula hari ini deh;

Hai kak esok exam maths kan gud lak tido awal sket

Hai mem, Exam kul 5pm la mem. Smpai kul 7. Hoho. Tdo awal pun tak bermakna. Harap suma sihat

Allah bri sume shat2 je ha kalu pkul 5 bnyk masa bleh ulangkaji x phm bncg dgn mmbe slmt dpt mrkh melimpah2 ho ho



All ICT-zen please cast your vote wisely tomorrow, don’t forget to bring along your matric card – NORAZLINA BT MOHD NAWI||BIT

ha? result PRK UIAM, dah out ler, klik sini

Selamat menyambut mid term holiday untuk semua yang berkenaan,
bak kata Bro Hairi, lecturer saya, "Make ur parents happy while u are with them, please them, during this holiday".

kepada sesiapa yang wondering pasal result interview tahfiz class, alhamdulillah saya dan hafizah diterima, dah lepas satu sesi kelas tasmik dah pung, hehe. Moga terus thabat di jalan ini, amiin.

psst -- lepas cuti ada 4 paper lg kot, selamat menyediakan diri. hehe

Monday, January 18, 2010

Apa? Tempat Maksiat?



Tempat maksiat tu amende lak weh?
Aha, kome nak tahu dak, tempat maksiat pun ade ciri-ciri dia maaa..
Ingat main taram je ke.

1. terjadinya ikhtilat (pergaulan lelaki dan wanita tnpa batas)

2. lalai dari mengingati Allah

3. terdapat hiburan yang melalaikan

apa macam bro? apa macam sis?
bilik pun boleh jadi tempat maksiat seh. Kalu mu tengok movie tu mu ingat Allah kah? Di kafe pun lagi ler bole jadi tempat maksiat. Kat GN pun bleh jadik tempat maksiat. Erkk.. Apa? Yang sokmo dok meeting tuh, aha, jager jager lah. Syaitan menyerang kita dari segenap penjuruu.. Hiyahhhh..

Maka, berlindunglah dengan Allah Yang Maha Pelindung.
Jumpa lagi! ~

Saturday, January 16, 2010

Bingkai Kehidupan

Bingkai kehidupan itu. Milik kita untuk mencorakkan. Ke jalan baik atau ke jalan buruk. Allah beri hati untuk membeza dan menilai lalu seterusnya mengubah. Masih belum terlambat. Allah bersama. Percayalah!



Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرءان دسترنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله
أسماء أمانينا

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.

In mood : Pilihanraya Kampus UIAM. Selamat Ke Sini!

Tuesday, January 12, 2010

Dunia kita

Nuh Ha Mim mengangguk. Akur. Menepuk-nepuk bahu Raja Husain.

“ Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja. Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan.

Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka ? Apa lakunya kekayaan sekepeng di hadapan Tuhan ? Yang kita bawa menghadapNya iman dan amal sahaja. Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemahsyuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik. Pada sepukal, sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertaqwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi anak murid kita hari ini. ”

Raja Husain menitiskan air mata.

“Guru kita berkirim salam. Namanya Khidir.”

Nuh Ha Mim bangun, mencium dahi Raja Husain.

“Masya-Allah anakanda Husain, Masya-Allah. Kamu akan jadi orang besar demi Islam kelak. Berjaga-jagalah, seperti Saidina Husain, kamu akan diacah maut sentiasa.”

Raja Husain angguk, separuh mengerti, separuh memahami. Bermulalah pelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan.

Petik dari : Nama Beta Sultan Alauddin, Faisal Tehrani, 2007

Safra-kain alas
Sekepeng-setengah duit
Sepukal-keris yang sudah tumpul
Surai-sehelai rambut
Selisik-sikat kutu

Thursday, January 7, 2010

iium Oh

Alhamdulillah sudah genap sebulan penetapan saya di kampus baru. New campus, new life, new environment. Mungkin post ini agak panjang sebab nk kisahkan kisah kisah di kampus baru ler. Acewah.

Penginapan.
Tingkat 5, tiada lif (mcm nak complain aja) tapi ini mahallah baru. Maka compartment nya di buat dua dua, satu bilik ada 4 orang tap di bahagi 2. Kalau macam mahallah Asma, Hafsa, depa punya ada 4 kompartment utk 4 orang. So private sikit. Tapi, sape yang xsuke dok sorang, susah la gitu (rasa mcm hidup sorang je dlm dunia). Tambah pula kalau dapat roommate yang jenis buat hai sendiri. Ish3.


Read more..>>



Kalau Mahallah kat CFS ada beberapa tingkat je, mahallah kt sini dibahagi guna block dan setiap block dinamakan dengan nama surah. Kalau block B, Al Buruuj. Kalau F, Al-Furqan. Jarak satu blok dengan blok yang lain tak berapa jauh, depend la. Kalau dari F nk pegi ke J, memang agak jenuh.

Sepanjang sebulan ni, tak pernah le saya nak puasa. Sebab jarak yang jauh dari mahallah ke kelas. Then naik tangga 5 tingkat lagi. InsyaAllah akan dicoba selepas nih.

Pengangkutan
Bas ada. Kalau tak mo, amik taxi. Bas Rapid yang hantar ke Terminal Putra, kena bayar RM1 la. Bus metro yang number 91 hantar smpai Kotaraya. Bas rapid yang U pun ada. Tengok ler kamu nak pegi mana. Basically jalan kaki kalau nak ke kampus. Tapi ramai yang udah ada motor sama kereta. Saya cuma ada motor dan kereta mainan aja. Ngeh.

Nak ke kuliah pun ada bas. Pusing2 sekitar kampus sampai mahallah. So kalau hari Selasa ngan Khamis yang kelas jauh kat econns tu, naik bas ler kalau dah lambat beno.

Persekitaran.
Dari segi alam sekitar, alhamdulillah, hijau masih boleh dinikmati. Udara segar setiap pagi, apetah lagi kalau lepas hujan. Rasa mcm nak baring tengah padang tuh dan ngadap langit. Yoshhh..

Dari segi social, memang jauh beza dengan di matrik lah. Duduk pun tengah bando, macam adaaa.. Yang naik keta laki sama perempuannya, ya la hantar ke kelas, pi shopping ke. Moga saya dijauhkan dengan benda mcm tu.. Risau sangat sebab saya ni mungkin jenis yang cepat hanyut. Na’uuzubillahi min zaalik.

Pernah saya balik lewat malam dari kafe, lalu belakang Mahalah Hafsa. Ada byk kereta. Ada laki ngan puang dlm tuh. Dok tahu le depa sembang ape. Dosa ni kan, kita rasa syok je buat. Sebab syaitan dah menampakkan indah pada perbuatan dosa kita tu. Atau mungkin hati kita terhijab sebab dosa dosa lalu. Tak tahu la apa perasaan depa ek. Kome tau dak ? So sesiapa yang masih belum terjebak, jangan dimulakan. Kerna pertemuan pertama selalunya akan mengundang pertemuan seterusnya. Kalau atas dasar kerja, biasa lah. Tapi bijak lah menjaga hati. Rosak hati, rosaklah diri. Acewah. Macam nak konklusi le pulak.

Lecturers.
Sudah nama pun international, maka lecturer saya pun ramai la yang bukan Melayu. Tapi depa tak ta’aruf pun, masuk, kasi muqaddimah pasal subjek yang diajar then terus mengajar. Lect math ada sorang je melayu, yang ajar UNGS pulak dari Indonesia. Yang ajar MGT lahir kt Saudi Arabia tp membesar di Ghana (my fav), yang ajar programming dari Palestin, yang ajar database tu dari Malaysia. Hehe. Melayu lah.

Facilities.
Banyak cara untuk exercise. Ada Female Sport Complex, boleh jugak joging sekitar mahallah. Almaklumlah mahallah beso. Dalam FSC tu pulak ada swimming pool. Tp kena pakai pakaian swimming la. Wahhhh. Ni mcm excited nak swim. Walaupun tak reti -_-“

Secara overall, life at campus memang interesting kalau kita tahu manfaatkan. Masa ni lah nak pegi majlis ilmu (jangan abaikan study sudah), nak join sana sini. Antara yang akan Allah tanya nanti pun, Apa yang kita lakukan semasa muda. Sebab waktu ini kita ada tenaga, kita ada keinginan, kita ada harta, kita ada kemudahan. So, mari gunakan apa yang kita ada sebaik-baiknya.

Mungkin agak susah, berat hati. Sebab bila kita tengok rakan sebaya yang enjoy their life dengan cara yang macam syaitan kasi indah pandangan tu. Tapi kita bersusah di dunia, insyaAllah di Akhirat kita kan bersenang lenang di atas dipan dipan (bahasa indon kot-rujuk quran). Lawan lah nafsu. Minta pertolongan Allah. InsyaAllah DIA kan mengabulkan permintaan kita. Kerana DIA sangat suka pada hambaNya yang mengadu dan meminta kepadaNya. Ate kome, takkan nak mintak bantuan melawan hawa nafsu pada jiran sebelah rumah punya sedare kot? Kihkih. Maka Allah lah sebaik baik tempat bergantung. Wahai Allah, yang Membolak Balikkan hati, tetapkan hati hati kami di atas agama Mu, dalam ketaatan kepada Mu dan dalam jihad di jalan Mu. Amiin.

Allah sayang kita semua. Banyakkan merenung dan berfikir, kerna hidayah Allah ada di mana mana. Baarokallahu feekum. Salaaam ~



Sunday, January 3, 2010

[puisi] Di Sini

Di sini
Di titik ini
Inilah jurangnya
Yang memisahkan kita.

Antara haq dan batil
Keduanya jelas
Pilih mana jalan kita
Kelak tanggung akibatnya.

Antara kau dan aku
Syariat bertindak sebagai batu
Penghalang kepada kita yang dulu
Aku tidak akan menunggumu
Hanya berserah pada Yang SATU.

Andai ada jodoh kita
Akan kita bertemu
Maafkanku atas segala khilaf dahulu
Moga hidayahNya memayungi kita selalu
Selamat Tinggal..

1.30 AM
17 December 2008

psst - to whom it may concern

Friday, January 1, 2010

Niat Kita


hai! nama saya _____ (isi nama sendiri)
jom membaca dengan saya!

Sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Dan setiap manusia itu dihitung berdasarkan niat nya. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrah itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Maka sesiapa yang berhijrah kerana apa yang dikehendaki atau wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrah nya adalah kerana apa yang dihijrah itu.

(alhadith)

Rasa rasa lah kan, kalau semua orang berniat untuk Allah dan Rasul, adakah akan terjadi perkara mungkar, kerosakan dan maksiat atas muka bumi? Hoho

Selamat memulakan tahun baru anda dalam ketaatan!

(Moga Allah memilih kita dalam kalangan itu. Ameen)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...