Saturday, December 18, 2010

Semester Baru

Alhamdulillah semester baru sudah bermula.

Semester ini telah menginjakkan saya ke tahun kedua, bermakna semester ketiga di UIAM, daripada lapan semester yang sepatutnya. Perasaan saya, campur-campur. Saya sangat suka tinggal di hostel. Semua ada. Meja nak belajar, tempat untuk bersukan. Bukan bermakna saya tak suka tinggal di rumah. Tapi memang benar kata orang, masa belajar adalah masa yang paling berharga.

Jadual semester ini agak sibuk. Almaklumlah, kena repeat subjek (rujuk entry sebelum ini). Sem lepas dan sebelumnya jam kredit saya cuma 15.5 , kali ini ia tambah 3.0 menjadikannya ia __ (kira sendiri). Alah, belum budak LLB ke, mereka ada yang sampai 20 lebih jam kreditnya. Ish ish ish.. Dulu saya tak ada kelas dari 2pm ke atas setiap hari, sekarang 2pm mesti ada kelas. Dan kelas Isnin Rabu ada yang berakhir enam setengah menandakan ketidakhadiran saya ke pasar malam. Maafkan saya makcik nasi kerabuu..

Tadaaaa..!!
Semester ini semua orang busy tentang majoring. Department kami ada IT dan CS. Kalau nak join IT, no hal saja. Bak kata kenalan saya, Malaysian selalu masuk IT. Jangan ikut macam dia, mind set je semua tu. Kalau nak join CS pulak ada requirement tertentu. Dan malang sekali saya tak cukup requirement yang dia nak tu.

Secara jujurnya, saya tak kisah mana2 pun, sebab saya pun takda minat yang spesifik. Kadang2 fikir macam nak kahwin terus pun ada. Tapi ummi selalu kata belajar rajin2, masa belajar paling best, masa depan ditentukan oleh masa sekarang. Jadi kahwin tu nanti lah. Lagipun belum sampai seru kan. Walaupun ummi kahwin dulu awal jugak kan. Hekhek.

Entry sebelum ini tak cukup sedih sangat. Yang sangat menyedihkan saya ialah raaamai kawan2 saya dah berpindah ke deparment Computer Science. Yang dulu bersemangat dengan BIT pun boleh bertukar. Betullah kan, Allah lah yang memegang hati kita. Kawan2 baru pun saya masih belum dapat adapt sepenuhnya. Iyalah baru kenal. Bak kata Old Town White Coffee, Take Your Time:) Ada seorang kawan saya kata dia dah cari informasi tentang IT dan CS, terutamanya bidang kerja yang ada. Katanya memang CS lagi banyak potensi pekerjaan. Bagi saya, rezeki sudah ditentukan oleh Allah. Tipulah kalau saya tak bimbang, tapi yakinlah bahawa Allah akan membantu. Pastu tadi terjumpa pulak ayat ni

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata. [hud:6]

Ramai jugak yang sedih sebab pointer sem lepas menurun. Saya pun obviously lah memang menurun. Dan yang mendukacitakan sebab ada seorang kawan saya yang failed TIGA subjek. Saya ingatkan saya lah yang paling malang. Rupa-rupanya ada yang lebih teruk. Saya nak tanya dia tapi takut pulak dia rasa rendah diri kan. Semoga Allah kuatkan dia selalu..

Oh lupa pulak. Semester ini saya pindah bilik baru. Dengan seorang sobat yang dah dikenali sejak DQ. Then last last Wednesday, ada dua orang adik baru dari CFS yang mendaftarkan sekali. Mereka dari Kuliyyah Kejuruteraan. Seorang Bioteknologi dan seorang Pembuatan. Soo nice to know them. Tengok cerita Coraline same2 pun ada. Kehkeh

Semester baru ini, mungkin saya akan kurangkan berblog. Mungkin banyak benda hanya akan diletakkan di Tumblr saya. Sebab kat sana macam lebih ringkas dan best sikit. Still, I love my blog. Kalau blog ni boleh bawak kemana-mana kan best. Be my friend. Sayang sekali hang tak boleh cakap kan blog. Hikhik.

Hingga itu sahaja buat kali ini. Untuk teman-teman yang membaca, selamat belajar saya ucapkan. Moga Allah sentiasa membantu kita dalam urusan seharian termasuklah meluruskan niat dalam mencari ilmu. “Whoever seek for knowledge, Allah will ease their path to Jannah.” Jumpa lagi !

Sabar aja dong

p.s : masa update terpendek dalam shajarah.

2 comments:

cda comey :) said...

salam..rindu ngan sumai
moga Allah kuatkn kita sll

sumai said...

wassalam
rindu jugak sama kamuu
amin, moga Allah kuatkan kita sopmoo
tingat video hari tu hikhik

bile laaa mau jumpe cda lagiiii
ermerm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...