Friday, December 10, 2010

Coretan Buat Adik


Alhamdulillah, bertemu lagi di alam maya yang semestinya sementara. Ini entry khusus untuk adik-adik yang baru mendaftarkan diri kelmarin. Sekadar pesanan dari seorang kakak yang baru nak menginjak Tahun Kedua dalam bidang IT. Hekhek. Jadi di sini akan digunakan 'akak' sebagai ganti diri yer.

Luruskan niat
Niatlah menuntut ilmu kerana Allah. Semoga ilmu yang ada dapat membantu kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Niat juga perlu sentiasa diperbaharui, ingat ya :)

Be Alert
Hidup kat universiti memang kena sentiasa alert. Kalau tak, memang susah la. Alert tentang tarikh event contohnya Pre Registration untuk subjek, exam, briefing tentang department and so on. Benda ni selalu ditampal, so selamat ringankan badan bergerak ke papan kenyataan yang berdekatan.

Respect Others
Adab sangat penting sebab ia melambangkan hati. Peribadi itu cerminan dalaman diri. Akak takmahu kata banyak, pastikan islam, iman dan ihsan bertapak kukuh dalam diri. Dengan tiga-tiga ini, insyaAllah kita akan terjaga. Memang banyak kes kurang adab kat sini. Terutama dengan cikgu (lecturer), staff, akak/makcik cleaner dan mereka yang berkenaan. Dengan roomate pun jangan lupa jaga aurat yek.

Tanya Jika Tak Tahu
Pepatah mematah : Malu bertanya sesat jalan. Kat main campus, kalau malu tanya memang siyes sesat tak jumpa kelas. Akak baru sampai dulu, memang cari2 la kelas kat mana. Yang kat kuliyyah kita agak senang la, yang kuliyyah lain korang tau la betapa seksanya. Hoho. Tapi takpa, kita exercise ye :D


Bijak Pilih Kawan
Gombak adalah tempat yang sangat sosial. Kemudahan ada, semua boleh dapat. Jadi, kawanlah yang akan membantu kita survive di sini. Kalau kawan baik, insyaAllah kita akan baik2 aja. Kalau kawan pergi masjid, masjid juga kan jadi kawan karib kita. Kalau kawan pegi clubbing, pegi clubbing lah kita. Ni maksud akak kawan rapat ye. Bukan bermakna kita kena jauhkan diri daripada orang begini. Boleh berkawan, cuma pandai2lah bajet sendiri. Hati-hati dengan pergaulan bebas.

Plan Your Work and Work Your Plan
Rancang dengan apa yang ada di tangan, bukan dengan apa yang kita angan-angankan. Itu lirik Merancang Kerja (kot) dari Nowseeheart. Kejayaan bersama mereka yang berperaturan, bersistem. Jadi, rancanglah jadual masing2 ye. Bila nak belajar, bila nak bersukan, bila nak mencerahkan rohani, bila nak balik rumah.. Dah rancang, jangan lupa dikerjain pulak ye. Ada orang merancang tapi dia tak ikut apa yang dirancang. Sia-sia je lah gitu. Ada talk kat Annex yang akak pernah pergi, tipsnya ialah dengan list kan aktiviti kita dalam seminggu. Asingkan yang mana paling penting, penting dan tak penting. Yang sangat penting, jadikan prioriti.


Sebelum berpisah, suka untuk akak memetik kata-kata yang akak dengar di IKIM.fm. (lupa dari siapa)

Ilmu itu adalah :
yang menambah takutmu pada Allah,
yang menambah penglihatanmu pada aibmu,
yang menambah ma'rifatmu tentang ibadahmu,
yang mengurangkan kesukaanmu pada dunia,
yang menambahkan kecintaanmu pada Akhirat,
dan juga,
yang membuka pintu hatimu untuk kenal penyakit amalanmu lalu menghindarinya.

Itu saja kot buat masa ini. Cabaran hebat di sini. Ingatlah asal-usul kita. Jangan buat benda yang bukan-bukan. Ingat Allah, ingat mak ayah kat rumah. Kat sini banyak majlis ilmu, kuliah2, at least seminggu sekali rajinkanlah diri. InsyaAllah ada berkat. Akak doakan adik-adik berjaya di dunia dan Akhirat. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. Salam Sayang :)


حيّ على الفلاح

8 comments:

Han Ibn Suib said...

orang cakap, kalau sesat kat gombak, pi masjid.. :P

halimatonsaadiah said...

Akk tq atas nsihat..nt time saya masuk post lgi...hehehe..spesel buat saya pon xpa....T_T...=)

Atiqah Ali said...

syukran
:)
bgi iqa sedikit ilmu..
ilmu itu luas..
hehhe...
hanya orang yang bijak dapat menggunakan ilmu yang dia ade..

SuMaiYaH said...

Han,
betui kot. masjid tu jadi centre untuk semua :)

maton,
same2. post lagi? akak attach link ni balik je lah :P

iqa,
benar dik. semoga dapat dipraktikkan ;)

mannasy said...

time kasih akak atas nasihat
nt bile saye p uia sy praktikkan ye :)

akak said...

oittt
kamu betui ka nak datang uia
kohkeh

mannasy said...

kehkeh..tgk le camne nnti..kalo ad rezki sampe le

akak said...

yeayyyy ~~ bole belanja baskin robbin hakhak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...