Tuesday, December 7, 2010

4 in 1


Petrol, diesel, gas, gula
LPG : Liquefied Petroleum Gas

Manakah negara yang miskin,
Manakah rakyat yang kebuluran,
Manakah pemimpin yang makan duit rakyat,
Manakah Agong yang kita nampak macam rehat,

ok tak kalau jawapannya Malaysia..?

Aku bukan seorang yang minat tentang Politik, tapi aku ambil tahu le jugak, walaupun sedikit. Sebab benda ni berkait dengan aku jugak, iaitu subset dalam Malaysia. Isu harga 4 in 1 yang naik ni memang membengangkan raaaamai orang. Siyes. Jenguk sana-sini banyak entry pasal ini.

Aku hairan, kenapa pemimpin hidup senang lenang padahal ramai rakyat merempat. Dan aku paling benci bila tengok pendatang asing dalam negara ni. Pemimpin2 tu taktahu ke, pendatang2 ni sume la yang bawak penyakit mental dan fizikal kat Malaysia ni?

Aku jugak hairan kemana perginya duit rakyat cukai banyak2. Hari tu, aku berpeluang la jugak tahu apa bekas Permaisuri dapat kalau dah tak jadi Queen. Banyak beb. Situ la antara tempat mengalirnya duit rakyat. Haish, ini semua pasal kes Uncleseekers. Waktu kat Johor, lepas tahu kat berita aku dengan Ummi pulun baca kat internet. Ahaha. Lawak pun ada. Let Uncleseekers be in his world. Aku malas nak masuk campur.

Ade post Kerajaan Rakyat pulak aku baca, dia cerita waktu sekolah dulu dia pernah tanya cikgu dia apa sebenarnya pekerjaan Agong. 30 tahun lebih berlalu, dia masih belum temui jawapannya. Aku pun pernah terfikir. Tapi walaupun pemimpin bekerja, tak semestinya mereka mesti kaya. Sebab they should work for the people, not themselves. Ni korang belum baca blog FT. Walaupun beliau banyak cerita tentang Ahmadinejad, dan oleh sebab itu ramai orang anggap beliau Syi'ah. Sedangkan apa yang aku nampak, ia hanya tentang melihat kebaikan pada seorang pemimpin. Sebab memang obvious. Because of what? Because he practises Islam.

Ketuanan Melayu tak tersenarai okeh 
Aku takut satu hari nanti negara kita akan jatuh ke tangan orang lain. Secara mentalnya kita memang sudah terjajah, jangan lah penjajahan fizikal menyusul. Kalau pemimpin tak nampak lagi benda ni, aku taktaulah. Yalah, depa tahu ke apa jadi kat kampung2. Hedonisme, Seks bebas, bla3. Malas nak list. Tak risau ke PM ooii., Adoi. Sedih eden. Dan kat kampung opah aku yang ada kelapa sawit tu, pekerjanya 100% orang Indon. None of them is Malaysian. Pergh. Seram beb. Memang ada yang datang untuk cari rezeki, tapi aku rasa kurang 5% kot. Negara kita ni kan aman, takde perang, tu pase depa suka datang. Yang pihak atasan pun kasi je la. Kalau negara dah tergadai hambik kau.

Of course, budak2 sebaya aku memang ada peranan penting.
Moga Allah selamatkan negaraku Malaysia tercinta.

7 comments:

ekin said...

Malaysia sajaaaaaaaaaaaaaa

SuMaiYaH said...

pe dia hang kecek ni shikin :P

ekin said...

ok aku explain. malaysia saja yg ada masalah2 mcm ni.

halimatonsaadiah said...

Practise ISLAM as a way of life...aman dunia InsyaAllah....=)

SuMaiYaH said...

shikin,
hek3. negara lain pun ade kot? saudi? hmmm

maton,
absolutely right :)

mannasy said...

ape pendapat ukht tentang ketuanan melayu?
:)

SuMaiYaH said...

hurmm
satu sistem yang sebenarnya takda pun takpa. Hoho

(anggap saje tulisan itu kalerputih, kalau tak kena saman)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...