Friday, December 31, 2010

2010

Alhamdulillah. Lama pula rasanya tak menulis. Seminggu mungkin? Rindu pun ada.
Hari ini hari terakhir untuk tahun 2010. Maka esok hari akan bermula tahun baru, hari yang baru, minggu yang baru dan bulan yang baru. Sana-sini kelihatan mereka yang memperbaharui azam mereka. Hendak berubah, hendak capai itu dan ini. Saya? Tidak terkecuali.

Azam setiap hari

Pendapat peribadi saya, azam ini sama sahaja seperti niat. Perlu sentiasa diperbaharui. Bukan hanya ketika menjelang tahun baru sahaja. Setiap hari kalau mampu setiap saat. Kalau susah satu jam sekali. Nampak macam rumit. Namun jika berniat untuk menjadi lebih baik pada setiap permulaan hari, bukankah itu sama juga fungsinya seperti azam? Termasuklah melupakan perkara yang sepatutnya dan ingat pada perkara yang sepatutnya.

Teringat waktu sesi tazkirah ketika perhimpunan di Taayah dahulu, seorang ukhti ada mengatakan. : Ada dua perkara yang perlu kita ingat dan perlu kita lupakan. Yang perlu kita ingat adalah kebaikan orang pada kita dan keburukan kita pada orang. Manakala yang perlu dilupuskan dari ingatan adalah keburukan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang. Kalau tengok-tengok, memang ada benarnya. Ia mampu mengelak penyakit riak, hasad dan macam-macam lagi, memandangkan itulah penyakit yang selalu memakan iman dari dalam.

Mehnah dan Tribulasi

Hidup ini mana pernah lari dari ujian kan. Mengapa perlu berkeluh kesah dengan ujian, kerna beginilah dunia diciptakan. Hanya perlu terus bertahan. Sedikit sahaja lagi. Selepas ini akan meneruskan ke dunia Abadi =) Kalau rasa down, ambillah al-Quran sebagai pemujuk. Sungguh, berkesan. Saya beri 10 bulan daripada 10 bintang. Ini berdasarkan pengalaman diri sendiri. Mungkin ada juga yang berkata : “Ala, time down je nak ingat Allah.” Tiada salahnya pada anda yang berkata demikian. Tapi itu lebih baik daripada mereka yang langsung tak ingat Allah bukan?

Dan pihak yang lagi satu perlu juga berazam untuk terus menambat hatinya dengan Allah. Biar tidak terlepas, biarpun terlalu banyak anasir-anasir yang sering mengganggu untuk melepaskan ikatan itu. Tahun ini mungkin mencatatkan banyak ujian dan dugaan buat saya. Tapi kebanyakannya dah tak teringat. Sebab saya ini mudah lupa. Harap perkara kebaikan itu selalu diingati. Alarm me! Tapi sesetengah perkara memang tidak dapat dilupakan. It just happened.

Tuan dan Hamba

Analogi saya senang sahaja. Katakanlah saya bermasalah dengan sistem kuliyyah yang baru sekarang, yang mana mereka selaraskan nota-nota pelajar dalam fail bentuk pdf. Baru lecture pertama punya note, memang agak menguji kesabaran untuk access ke setiap page. Apatah lagi yang grafiknya agak banyak, jadi berat = lambat. Saya pun nak lah jumpa dean, ingat nak adukan perkara berkenaan. Susah mungkin untuk buat appointment dengan beliau memandangkan beliau sangat sibuk. Itu satu hal. Kemudian, kalau dapat tinggalkan nota, mungkin tunggu lama untuk dapat respon. Dan kemungkinan besar saya hanya akan dapat berinteraksi dengan pembantu beliau sahaja.

Berbeza dengan Allah, sentiasa ada bilamana saya perlukan Dia. Kalau time tak best tu, bukaklah al-Quran. Memang sentiasa ada ayat yang berkaitan dengan diri sendiri. Akan sentiasa ada ayat pemujuk.hati. Apa lagi yang lebih bermakna pabila tuan kita sendiri, pencipta kita, yang tahu keluh kesah gundah gulana hati kita, berinteraksi straight saja dengan kita, tanpa perantara. Tentu ia lebih menusuk jiwa dan best kan kan. Kalau risau tentang jodoh, terus usha surah an-Nur ayat 26. Serius, sangat susah kalau dah suka pada seseorang. Kadang terfikir, kadang tersenyum sendiri, kadang ter apa entah lagi. Apa lagi yang boleh dilakukan selain itu, sibukkan diri. Alhamdulillah, semester baru ini mungkin akan menjadikan saya busy. Yeah!

Jendela hati, begitu sukarkah untuk ditembusi ?

Explore it Yourself

Sesuatu itu tidak akan dapat dan tidak akan pernah akan dapat dihayati, melainkan kita sendiri yang melaluinya. Jadi apa lagi, mulakan untuk kenal diri kita sekarang. Bila sudah kenal diri, insyaAllah akan kenal pada pencipta diri. Sesungguhnya setiap apa yang ada di sekeliling kita dan apa yang terjadi pada diri kita, ada kaitannya dengan 99 sifat Allah yang ada itu. Ampunannya melimpah ruah, sifat Pemurah dan Pengasihnya bagai lautan yang tak bertepi.

Aha, seperkara lagi. YAKIN. Itu sangat penting. Ia berbeza dengan percaya. Setakat percaya, ramai. Tetapi yang yakin amat sedikit. Lihat sahaja betapa ramai percaya wujudnya Syurga dan Neraka namun masih tetap berbuat dosa. Ketahuilah, burung-burung di langit itu, tiada sesiapa yang dapat menahannya dari berterbangan selain Allah. Rezeki kita, tiada yang dapat menahannya selain Allah. Allah tidak pernah memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan-Nya. Maka adakah yang merangkak sambil tertelungkup wajahnya itu lebih terpimpin dan mendapat hidayah berbanding mereka yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus? Anda fikirkan.

Selalu keliatan beburungan di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...