Saturday, November 6, 2010

Tangan Tu Ada Gunanya

Kebelakangan ini aku selalu sangat dengar lagu. Tambah-tambah yang instrumental, piano macam Richard Clayderman dan Maksim Marvica. Tapi sekarang ni aku tengah dengar lagu UNIC, Ainul Mardhiyah. Titibe teringat syusam. Hahaha. Kuasa muzik sangat hebat. Boleh mengubah jiwa seseorang daripada yang baik kepada buruk dan sebaliknya. Aku pun taktahu kenapa aku nak update blog, mungkin sebab post sebelum ni takda orang respond kot? LOL

Bukan nak cerita pasal muzik sebenarnya, itu mungkin lain kali. Kadang-kadang orang selalu tanya, apa khabar? Kita pun jawab laa, khabar baik, Alhamdulillah. Physically, sihat giler ah. Makan tak pernah hilang selera. Nafsu makan sentiasa ada. Jarang-jarang kita tengok orang jawab “Alhamdulillah, imanku baik saja.” Yelah, camana nak jawab, orang tanya apa khabar saja, bukan apa khabar iman.
Dan bagi yang selalu ditanya tentang imannya, tentu pernah dan selalu terfikir keadaan imannya. Selalu jawab : “iman naik turun”, “iman tak berapa bagus”. Dan selalunya begitulah jawaban yang kita dengar. Kita? Whoever lah.

Perasan tak? Hidup ni semuanya berdasarkan pilihan. Kita pilih sendiri hala tuju hidup kita. Semua ada pada tangan kita. Kawan aku pernah kata “percaya tak kalau jodoh, ajal semua tu kita yang tentukan”. Aku tak berapa setuju walaupun aku tahu apa maksud dia. Yang aku faham, Allah dah tentukan sebenarnya bila jodoh dan ajal kita, cuma kita dapat mengubah dengan doa. Sosok pasangan kita pun sebenarnya kita boleh tentukan, dengan tangan kita sendiri. Aih, masuk cerita pasangan, memang tak habis lah. Ok tutup. Sedangkan hidup atas dunia ini adalah satu peluang yang sebenarnya tak semua orang dapat. Ada berapa banyak bayi yang dibuang, ibunya menutup pintu untuknya bernafas di muka bumi Allah.

Kerapkali jugak kita dengar, bila kita approach orang, selalu kedengaran jawaban “ala. Hidayah tak sampai lagi.” Aku takdelah salahkan hundred percent mereka ini. Tapi persoalannya, adakah mereka mencari hidayah itu? Berusaha dengan harta dan jiwa? Ataupun hanya goyang kaki macam kebanyakan pemimpin zaman sekarang yang makan duit rakyat. Eh masuk politik pulak. Tutup cerita.

Yang aku nampak, hidup kita adalah SEMUANYA bergantung pada tangan kita sendiri. Secara tersiratnya, diri kita. Hati kita. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Namun ada pulak yang memang Allah nak beri rezeki walaupun dia tak berusaha. Macam aku. Perjalanan kehidupan aku di institusi pengajian aku sejak sekolah rendah, seriously aku rasa kebetulan. Aku memang tak layak nak masuk DQ, kalau tengok result percubaan SPM. 4A je kot beb. Entah kenapa Allah campakkan juga aku ke sana. Aku takdelah sesal dengan ketentuan Allah. Tapi iya, aku masih mencari hikmahnya. Quran pun tak ingat semua. Argh.

Balik pasal khabar iman. Macam lagu Mirwana : Khabar Cinta pulak. Itulah yang nak ditekankan, kondisi iman kita, kita yang tentukan. Bukan orang lain. Walaupun seberapa banyak kita mengeluh, sebenarnya kunci untuk hati kita adalah DIRI KITA SENDIRI, berbekalkan doa yang tak putus pada Allah. Yalah, kadangkala Allah down kan kita agar kita ni tak selalu lalai dan alpa ye dak. Berlagak macam tuan sedangkan kita hanyalah Hamba. Semoga terus kembali pada Allah, sebagaimana kita sepatutnya.

Hari tu sembang dengan senior, cerita tentang sisters UIA le, yang pakai tudung macam apa-apa je pegi kafe. Dia kata apa, “diorang nak beritahu yang diorang free hair sebenarnya.” Aku yang macam blur ni pun “oooo”. Taktahulah it cud be called as new discovery ke apa. Cerita tentang ada sister yang begitu berbangga dengan dirinya yang dah lost her virginity dan memandang serong pada mereka yang masih virgin. Urgh. Aku pulak segan. Dan mereka yang berbangga cerita tentang arak yang diminum serta gambar-gambar clubbing mereka di Facebook. Allah. Aku terkejut dan serta-merta jadi takut. Takdelah, takkan environment macam kat UIA nih takda effect langsung kat depa? Yang belajar UNGS apa semua tu, takkan takda kesan? Mungkin lah kan, system belajar sekarang kan exam-oriented. Budak-budak pun susah nak luruskan niat, melainkan kalau cikgu selalu ingatkan.

Aku tak pernah masuk lagi suasana macam sister2 tu. Maksud aku, aku takpernah ada kawan begitu. Ate duduk dengan budak2 sekefale je. Bukan aku taknak, cuma aku rasa tak kuat. Tapi sampai bila? Ia juga ditentukan oleh tangan aku sendiri. Begitulah hidup ni, semua nya KITA yang tentukan. Teringat lagu Madonna : Frozen. Ada ayat “you hold the key”. Walaupun tu lagu bersifat occult, aku dengar jugak. Sungguh lah, muzik nih addicted. Al-quran nye kemana entah. Betul ar, kalau kita tak sibukkan diri dengan benda yang besar@penting, kita akan dibusykan dengan benda yang remeh dan kecil.

Aku jugak selalu hairan kenapa kalau aku nak tulis pendek. Tapi ia tetap jadi panjang. Adakah aku memang suka elaborate ayat panjang-panjang atau memang jenis banyak cakap=banyak tulis atau apa. Apa-apa pun layan laa labuu. Kesimpulannya, keadaan kita ditentukan oleh diri sendiri. Bukan orang lain. Bukankah diri kita ini sebenarnya satu roh, jasad yang ada hanya dipinjamkan oleh Allah. Nanti roh ini lah yang akan terus hidup, sehingga ke tempat pengakhirannya ; Syurga atau Neraka. Haa, kita jugak penentunya. Moga aqal dan hati yang dianugerahkan oleh Allah ini dapat kita gunakan menuju redha-Nya!


of course lah bukan tangan aku.
muslim yang baik adalah yang memelihara muslim lain dari bencana lidah dan tangannya! (lisan dan perbuatan) [maksud hadith]

sumai : kadangkala aku rasa lebih baik jadi mereka yang jahil kemudian diberi hidayah oleh Allah, daripada mereka yang sentiasa dalam environment islamik, hinggakan kurang rasa kebersamaan bahawa kita ini manusia yang perlu saling membantu. Salahkah perasaan ini..?

7 comments:

allia farhana said...

salam,
tak pe panjang2 pon..suke je nak bace..
tak la rase penat bukak blog, pas tu ayat sekerat aje..
take it as a compliment ok..hihi..

tp kan..kira bersyukur dpt hidup dlm environment islamik..sebab tak ramai org dpt rase..
kene just jaga..istiqamah..itu yang susah nak jaga..
tp sebenarnye nak ubah dr jahil ke islamik tu..bukan senang jugak..
bersyukur ape adenye..
moga Allah permudahkan kita..

lama dah tak jumpe kan?

musafir kehidupan said...

Salam ziarah.
suka ngan ayat ni..
kalau kita tak sibukkan diri dengan benda yang besar@penting, kita akan dibusykan dengan benda yang remeh dan kecil.

terima kasih untuk peringatan ini..kadang-kadang memang akan lalai kalo terlampau banyak fikir pasal benda remeh2 ni..

SuMaiYaH said...

allia,
wassalam. huahua dapat compliment pulak. toce3.

manusia tu selalu tak bersyukur dengan apa yang dia dapat. dah dapat ini, nak jadi macam tu, dah dapat macam tu, nak jadi gini2 plak. Hish. Moga Allah permudahkan kitaa. Amiin.

aah, lame gila tak jumpa kot. 10 tahun kot? lupe sude. hehehe

musafir kehidupan,
terima kasih atas ziarahnya. hari ni saya ingatkan awak, esok lusa awak ingatkan saya pulak :) Kan itu antara kerja kita. (Al-asr) hehe. Jangan terlalu pikir sangat pasal benda remeh. Macam reaksi orang pada kita, pasal ex boyfriend (huahua) dan benda lain yang considered as remeh. You decide it. All the best!

Nanti datang lagi !! :D

allia farhana said...

salam,
bout blink2 hyperlink yg km tnye tu..
refer la kat sini eh..

http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/10/tutorial-buat-link-berkelip-kelip.html

kalau tak silap aku refer kat sinila haru tu..
selamat mencuba yea?..

SuMaiYaH said...

orait buddy! thanks!! hihi

musafir kehidupan said...

InsyaAllah,jika ada post baru n ada kelapangan..dapat juga mengetahui dunia ini dari sudut pandangan orang lain.

Ya,agama itu kan nasihat..
Salam ukhuwah.

SuMaiYaH said...

Terima kasih. Post kat sini banyak macam mengarut. Hehe.

Salam ukhuwwah kembali :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...