Tuesday, November 2, 2010

Takde Guna Dah


Dah selalu kita dengar pepatah, nasi sudah jadi bubur. Perkara yang dah berlaku, disesali pun tak berguna lagi. Terlalu banyaknya penyesalan dan terlalu banyak kekecewaan yang dihadapi. Dan baru-baru ini, ia terjadi lagi. Aku tak tahu apakah salah aku. Tapi, tepuk sebelah tangan takkan lah berbunyi kan.

Salah aku juga yang terlalu exposekan diri mungkin.
Salah aku juga yang terlalu peramah sampai terkadang menjual diri sendiri mungkin.
Salah aku juga yang terlalu nak jadi friendly, sampai mengabaikan apa yang sepatutnya aku jaga.

Kadangkala, aku tertanya, adakah apa yang terjadi ini adalah kerana aku terlalu menjaga diri. Lalu bila ada orang attempt untuk kenal-kenal, jadi melatah. Kadang aku cuba untuk jadi biasa saja. Tapi yelah kan, orang saja yang nampak bagaimana kita di mata mereka.

“Alah minah ni, baru sms sikit, dah gedik-gedik.”

“Luar nampak thiqah, dalam sms, perghh.”

Adakah salahnya pada taksubnya menjaga diri hinggakan kadangkala jadi terlalu jakun dengan sms lelaki? Ataupun hanya sekadar mahu memujuk diri, bahawa mesej2 itu hanyalah mesej sebagai kawan, sedangkan hakikatnya pintu zina sedang terbuka dengan luasnya.

Aku tidak menyalahkan lelaki seratus peratus. Kerana tentunya kunci itu ada pada kami wanita. Tapi tak perlulah dedahkan apa yang korang tahu, sebab setahu aku kalau kau dedahkan bermakna kau sememangnya mendedahkan aib dia. Tak silap aku ada satu hadith, jika kita jaga aib seseorang di dunia, Allah akan bantu kita jaga aib kita di Akhirat.

Kecewa dengan diri, itu sudah pasti. Terlalu lalainya dengan dunia dan ketidakcaknaan dengan kondisi hati memungkinkan semua ini. Teman aku pernah berkata, beruntung sungguh orang yang sedar akan keadaan hatinya. Buruk baik hati itu dia tahu. Jadi dia tahu apa yang perlu dilakukan pabila hatinya berada dalam keadaan lemah. Malang pula bagi mereka yang terus hidup tanpa memikirkan bahawa adanya hati yang memandu hidupnya. Taktahu bila naik dan turunnya iman. Malang!

Walaupun tak tertanggung malu itu, hidup perlu diteruskan. Mengutip sisa yang ada, kerana hari semalam mustahil untuk diputar kembali. Hari esok tak tentu lagi. Hari ini saja yang ada pada diri. Moga Allah beri kekuatan untuk aku. Dan menjauhkan aku daripada lelaki yang ada niat buruk dalam hatinya. Sungguh terbukti, hidup ini tidak lain hanyalah senda gurau semata. Dengan ujian, barulah kita akan kembali pada-Nya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?

sumai : salahkah aku untuk semakin membenci lelaki

5 comments:

mahabbah said...

aiks.;. lain mcm benci laki.. ;)
matangkan dlm berfikir untuk membenci dan mencintai seseorang
kerana dicipta manusia sebaik2 makhluk tidak kira lelaki dan wanita

Hafiz Regist said...

Membenci lelaki?

Macam ni. Ini cadangan ana.
Jgn dimasukkan segala perasaan cinta di dalam hati sanubari kita.
Hold semua perasaan tersebut dan masukkan cinta kepada Allah.

Kalau tak mampu, masukkan cinta kepada Rasulullah SAW.
Caranya mudah sahaja.
Ustazah hanya perlu mengamalkan shalawat sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.
Ana cadangkan selepas subuh.
Insya Allah, akan tertanamnya perasaan cinta terhadap Rasulullah dan jika ada rezeki, diziarahi di dalam mimpi...

allia farhana said...

urm..
jgn gitu..benci2 tak bawak ke mana..
nak bagi nsht mcm tak reti pulak..
ape2 pun..
semoga sentiasa berada di bawah lindungannya..

setiap pengalaman yg kita kutip hari ni..
mgkn untk kegunaan kita dimasa depan..
be strong,insyaallah.,

zur said...

no sumai.... xpe... biasalah tu... atleast kite taw Allah msih sygkan kita... =) semua bnd yg blaku ad hikmahnye^^ luv u frens!!

SuMaiYaH said...

kak Mahabbah,
terima kasih. Kalau nak benci lelaki yang tak matang, boleh tak?

Hafiz,
for the meantime, the fact is i dont even have any feeling (i.e. love) towards them (lelaki). By the way, thank you for your suggestion. InsyaAllah akan coba dipraktikkan. Thanks again :) Enta banyak beri cadangan bagus2.

Allia,
thanks buddy. Kata tak reti bagi nasihat, tu reti tu, hihi. Time flew so fast as i sometimes forgot that we used to be a very kamceng friend. Basirah's fine here. hihi. take care yaaa =)

Zur,
taktahula nak kata biasa ke tak. Generally, memang biasa kot. Specifically, maybe not. Huahua. Mule ngarut dah. Thank you fren, luv u too!! :x

to everyone,
thanks for ur pray n support. Im doing great here. Sort of. Hehe. Nobody can help me but myself! Maaf salah silap yoo :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...