Friday, November 19, 2010

AidilAdha 1431

Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur untuk bertemu Aidil Adha 1431. Raya ini kami sambut di Perak. Bersama saudara-mara yang ade jugak la yang dah laaaama tak ketemu. Jumpa pun dah tak kenal, ni anak sapa, tu anak sapa. Ha ha ha. Syukur juga kerana dapat menunaikan Solat Raya di Masjid di sini. Walaupun sorang2 (Ummi dan Sarah hantar makanan ke rumah opah), tapi at last jumpa juga dengan Mak Tam and Mak Yong, terus ke rumah opah dengan depa. Walaupun tak berapa sehat, main bantai jugak makanan yang ada. Ummi buat makaroni, Wan Kiah bawak Laksa, Mak Yang bawak rendang ayam+cendawan, dan yang lain-lain. Memang sihat la kalau makan begini hari-hari. Hihi. Mari kita enjoy gambar!

Geng Kumpulan A

Hai awak..

Ketua Kumpulan Geng B

Geng B melaksanakan kerja..


Sesi mentekedarah

Sama mama sama papa

Ada tahlil juge

Bila ditanya tentang erti pengorbanan, terlalu banyak definisi yang dapat kita katakan. Dan ia berlainan bagi setiap individu. Takbir raya yang cukup membawa makna, terkenang Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih darah dagingnya sendiri, kerana taatkan perintah Allah. Kita, entah apa yang kita mampu lakukan untuk diri kita, apatah lagi untuk agama ini.

Celakalah manusia! Alangkah kufurnya dia! (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab; Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih); ('Abasa : 17-20)

Raya ini punya makna tersendiri untuk saya, perkara sama diharap untuk anda juga, dan moga ia berkekalan untuk detik seterusnya hingga roh berangkat ke alam بقاء. Allah, berilah yang terbaik dalam hidup kami. Ameen. Sekian :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...