Friday, October 1, 2010

Takde Ape Pun

Aku mengingat kematian dan tidak takut kepadanya
Sesungguhnya hatiku benar-benar keras bagaikan batu
Aku mencari dunia seolah aku kekal di dalamnya
Padahal di belakangnya ada kematian yang mengejarnya.

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan.




Pergh. Banyak projek. Projek SAD serious aku tak semangat nak buat. Walaupun takde susah mana. Kena buat dengan group je. Kalau sorang memang give up lah. Projek OOP tak start lagi. Bos aku pun senyap. Aku pun lagi ah senyap. Memang macam paku dengan penukul sungguh. Like nail and hammer. Hahaha

Kelmarin, semalam banyak benda sedih jadi kat aku. Tapi konfemlah bukan putus cinta. Banyak yang memang salah aku. Buat benda taknak consult orang. Buat sendiri2, padan muka. Tapi sekarang website dah boleh diakses. Cuma aku taknak buat kerja gitu dah. Harap2 dapat kerja lain.

Nak masuk Eating Competition sempena Chocolate Fair pulak, dah penuh. Frust aku. Itu pun nak sedih jugak ke?

Time sedih2 gini, mesti ah rasa nak balik rumah. Best gila dok rumah walaupun aku hidup sederhana je. Lagi best kalau sume ada kat rumah. Alahai

Nasib baik ada skuasy, boleh main sikit2. Dan pada sapa lagilah nak mengadu melainkan pada yang memberi semua ini. Urgh. Takut. Nanti tergolong dalam mereka yang berangan-angan dengan Syurga dan keampunan Allah, sedangkan apa yang aku buat takde ape pun. It's just rubbish. Useless.

Mintak maap pada sapa2 yang rasa annoyed dengan aku kebelakangan ni. SMS yang menyakitkan hati, ayat yang mengguris jiwa dan sebagainya. Aku memang OUTSPOKEN person. Nobody could deny that. Apa dalam hati, aku akan beritahu. Cuma for certain time, aku consider jugak perasaan orang. Kalau tak, takkan lah Ummi ngan Sarah kata aku ni mulut laser. Kehkeh

Terima kasih pada orang yang sudi reply2 sms aku bile aku cerita masalah. Apa lagilah aku boleh buat kalau macam ni. Menangis, makan, tidur. Kerja lain sume tak jadi. Teruk gila.

Moga Allah beri kekuatan. Ada orang lain lagi hebat dogaan yang depa hadapi. Tapi aku tetap nak beritahu.  Bawalah Aku Pergi. Sekian.

Kesedihan itu lumrah, mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka. Hidup, tetapi menilainya semula dengan mata hati berbeza, mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah . . .
(orang yang tulis ayat ni, senang ah tulis. Yang nak buatnye aku. Perghh)

3 comments:

ハン・ドリフター said...

bawak2 bersabar lah ye..
cokelat tu takkan lari dikejar punya.. huhuhuhuhu.. ops.. :)

Nur Atikah Yusof said...

sumaiyah..summer
tenang ye..
cokelat tu, teringinnya nk p gombak.

SuMaiYaH said...

name jepun taktau maksud dia apa,
hahahaha. penat gile kejar cokelat. pergh. pertandingan makan tuh bukan makan coklat la.. makanan dirahsiakan. cuma pertandingan makan. free tuh. sapa taknak. hahaha =P

atikah..summer!tenang arr nih. cuma kadang2 badai melanda jiwa =P

jom ah datang gombak wei. nanti roger aku oke ;)

err to all, aku bukan sedih sebab cokelat je okes.. ade ah benda lain yang bukan makanan keh3. Malas aku nak cerita. Restricted. Haha poyos saja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...