Tuesday, October 5, 2010

Takde Ape Jugak

Salam. Hai!
Titibe menjerit. Padahal sebelum ni sedih. Kehkeh
Konvokesyen baru je berlalu. Serious teruja tengok orang pakai robe, hood apa suma tuh. Aku konvo lambat lagi wei, 2014. Study dijadualkan habis 2013 tapi disebabkan aku masuk sem 2, so aku kena tunggu next yearnya. Itu pun kalau panjang umur lah kan. Ape-ape hal pun, hadapi hari yang ada, masa depan perlu dirancang, tapi hari ini menentukan semuanya. Pergh. Macam berpalsapah pulak. No no, this is not my field.

Tadi aku pekena kyros fries dengan geng. Banyak jugak sembang. Pasal sem yang dah nak habis tapi macam takde ape blajar pun ada. Astaghfirullahal 'azim. Sem ni macam tak berapa nak tersusun sangat. Mungkin sebab jadual pun taktentu hala. Kelas malam lah. Itu lah ini lah. Ceh, alasan semate.

Masuk jugak lah bab teori konspirasi, freemason, taqdim, khitbah, tunang. Kahkah. Kasi aku gelak jap. Aku rasa macam lawak lah. Aku rasa macam muda sangat nak kata bab perasaan nih. Tapi orang selalu kata muka aku tak sepadan ngan umur aku. Ye lah, i know la i look older. Hah. Lantok lah.

Aku ada baca website Leokid. Sapa user setia ILI, mesti ah kenal dia. Pendapat dia bernas beb. A future doctor. Tengok pendapat dia, memang tau lah dia matang. Salute2. Walaupun ada sesetengah yang aku macam tak setuju. Takpe ah, setiap orang ada pendapat masing-masing kan. Aku nak beritahu yang dia tak berapa setuju dengan penyebaran The Arrival, apa semua tuh untuk orang ramai. Ya lah, macam kita hanya menerima tanpa berusaha check betui ke tidok sume tuh. Takpelah.

Pasal taqdim plak. Ala, taqdim nih macam permulaan nak kenal-kenal. Phewitt. Geli i. Bukan aku geli ape. Geli ngan ayat aku je. Kalau ada orang tanya kamu "sudi tak jadi isteri/suami saya", dan kamu jawab "ya", kamu tahu kah bahawa kamu sudah bertunang dan sesiapa yang datang meminang kamu lepas tu walaupun tahu kamu dah berpunya, dikira berdosa. Benda nih aku pernah dengar dulu2, lame sudah. Tapi kali ni naik balik sebab apa yang kitorang sembang lah.

Ni ada announcement. Pasal banat ke dua gen8 yang akan melangsungkan walimahnya

Slm Alaik. Alhamdulillah, insyaALLAH saya Rahmah binti Muhammad Suffian gen8 sijil 07/08 akan mengadakan nikah dan walimah pada 9 Oktober 2010, hari Sabtu, di rumah saya beralamat No. 15, Jalan 2, Ampang Jaya, 68000 Ampang Selangor. Majlis bermula dari 12.00-4.00 petang. Kalian semua dijemput hadir. Moga majlis ini diberkati ALLAH. Ameen.

Tadi ym dengan A, dia kata, banat Gombak takde nak menyusul ke? Aku katalah, aku insyaAllah TAK. Tunggu habis blajaq. Orang lain, taktau lah kot2 ada yang diam-diam berisi. Hehehe. Aku tanya A balik, dia takde sape2 ke. Dia kata kat Kuantan takda apa yang menarik pun, sume budak-budak. Kehkeh. Ayat A memang takbleh blah. Aku pun gelak sorang-sorang je lah kat sini. Takpe2, ada jodoh tak kemana ye dak. Aku pun kadang konpius dan dilema, nak jaga ikhtilat, dengan cara bagaimana paling selamat agar hati tak ternoda. Aik, ayat palsapah lagi. Bukan bukan, tu puitis sikit. Semalam ada orang kata aku tengah tulis sajak, padahal aku tengah termenung dan tulis2 sikit. Kikiki. InsyaAllah sabtu ni aku ke walimah Rahmah bersama ermm tak sure lagi, banat ah. Tapi taktau sape ag. Mungkin ada konvoi, mungkin juge nggak.

Sebenarnya aku plan taknak tulis panjang pun post ni. Apesal lah jadi panjang. Final dah dekat. Aku punya paper, 31 hb ni. 2,8,11,12 november. Pergh. Kena start studi wei. Sape setuju aku tak apdet blog sempena exam? Sila responnnn hahahahaha.

Ok lah. Kalau aku tak update blog sampai cuti, jangan marah. Macam boleh caye je tak update. Nanti 2 3 hari, ada post baru Urgh, i have to stay focus. Pokos pokosss. Buat akhirnya, selamat maju jaya kepada aku dan kamu semua!! Dan terimalah gambar komiti Nasyeed Gala sebagai penutup!! Hahahahaaaa


sumai : tengok ayat2 akhir tu, rasa macam aku tengah sane or insane? Har har

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...