Tuesday, October 5, 2010

Ada Sedikit

Kan aku dah kata. Sekejap je dah update balik. Hahahaha.
Aku sebenarnya nak kasi ayat ni. Kelmarin Anis Sakinah kasi MMS kat nombor yang guna handphone made in china tuh. Sedih giler lah background music dia. Pastu ada gambar awan2, dan ada ayat ini :
Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan. Maka jadikanlah dirimu nisa’ yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah. Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang. Jadikanlah dirimu gadis manis yang tak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah dan air mata, dititip atas warkah penuh kemuliaan dan dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan. Salam Rindu dan Mujahadah buat insan yang disayangi :-)
Seriously, sedih aku baca. Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah rasa. Susah nak buat tu semua. Nak jaga diri. Kalau ada pun diri dah terjaga, anggota lain terutama hati tak tentu lagi. Lelah dan letih dengan kehidupan. Perlu sering ingat bahawa beginilah kehidupan diciptakan ; dengan mehnah dan tribulasi. Moga Allah kuatkan kita sokmo. Doakan aku weh. Jum stadi! =)


"Jangan pernah merasa penat di jalan ini
kerana Allah sudah menjanjikan kerehatan yang panjang di negeri abadi..."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...