Friday, September 17, 2010

Hakikat Syawal

Indah Ramadhan kerna tarbiyyahnya
Indah Syawal kerana kemaafannya

Di bulan Ramadhan, kita mengharap keampunan Allah
Di bulan Syawal, kita memohon maaf manusia

Moga 'Eidul Fitri kali ini
membawa kita kembali kepada fitrah diri
yang sebenarnya adalah hamba

selama-lamanya.

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Huraian di sini

*Dosa itu adalah perbuatan yang kamu tidak mahu orang lain tahu tentangnya*
-Barangsiapa yang keluar dari Ramadhan tanpa mendapat apa-apa darinya, 
maka dia adalah orang yang saaangat RUGI-
[Moga pandangan mata dan hati terus dapat ditundukkan untuk 11 bulan seterusnya]

2 comments:

taqie said...

2 baru sebenar2nya makna raya.. skang ni..dlm realiti da lain.. sedih2. :(

sumaiyah said...

iya taqie
selamat hari raya! hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...