Tuesday, September 7, 2010

Er, boleh salam ke tak nih ?

Aku tergerak lama dah nak tulis pasal ni, sejak jadi fasi MUB lagi. Time tu kami dah dedahkan adik-adik dengan benda ni dah. Cuma kami guna lakonan, so benda tu lebih obvious, mana yang boleh salam atau tak.

Kepada yang masih blur, maafkan aku kalau perkataan tu tak sesuai ; ini post tentang isu boleh salam atau tidak, regarding syariat yang ada menggariskan dengan sapa kita boleh salam atau tidak. Kiranya siapa yang mahram dan siapa yang tidak. Mahram adalah mereka yang haram kita kahwini. Maka bukan mahram adalah mereka yang halal kita kahwini. Jadi kena jaga aurat dengan depa, takbleh salam dsb la dengan depa. Almaklum raya nak dekat, jadi kena banyak salam dengan orang.

View kali ni of course lah dari perspektif wanita@perempuan. Sebab aku perempuan, dan aku perasan mungkin lah ramai antara wanita yang tak berapa pasti atau ragu-ragu lagi tentang benda ni. Jadi marilah sama2 baca sikit2 na. Kalau kamu lelaki, boleh tengok adik perempuan@kakak@emak@sape2 la, adakah mereka benar2 amalkan benda ni. Ini bukan aku punya suruhan tau. Ni Allah yang suruh, termaktub dalam surah an-Nur ayat 31. Ala, ayat yang suruh wanita tunduk pandangan dan jaga kemaluan dan seterusnya.


Yang aku dah tilik lah kan, kita wanita nih perlu jaga aurat (tutup semua kecuali muka dan tapak tangan) dengan semua KECUALI :

1. Suami
2. Ayah
3. Ayah suami (Ayah mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki kepada suami
6. Adik beradik lelaki
7. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki
8. Anak lelaki kepada adik beradik perempuan
9. Sesame muslimat
10. Lelaki yang sudah tua dan tiada keinginan terhadap perempuan
11. Kanak kanak yang belum mengerti aurat perempuan

Yang mula mula tu mungkin kita dah biasa kan, cuma masalah bila nak apply, dia jadi macam penim2 sikit. Nak piker jap, ini adik beradik ayah@mak aku ke, ini boleh salam ke tak, ini kena pakai tudung ke tak kalau dia datang rumah bla3. Maka dengan ini aku sediakan diagram untuk kamu pahami. Mudah mudahan ya Allah..



Ok. Dalam rajah di atas, Syahril dan Syahriza adalah atuk dn nenek kepada Hafizah, Fakhrullah, Shuhada dan Hafiz. Diana, Aisyah dan Asyraf adalah adik beradik, aku kalerkan hijau. Bimakna, Suhaimi, Farid dan Husna adalah menantu kepada pasangan SyahSYah.

Kalau Diana, dia boleh salam dengan Aisyah dengan Asyraf lah, sebab itu adik beradik dia. Tapi dia tak boleh salam dengan Farid sebab itu ipar dia. Begitu jugak dengan Aisyah, dia takbleh salam dengan Suhaimi.

Kalau Hafizah, dia tak boleh salam dengan Hafiz. Sama jugak dengan Shuhada, dia takbleh salam dengan Fakhrullah.

Kalau katakan Asyraf kahwin lagi satu, contoh namanya ‘Ain, maka Husna boleh bersalam dengan anak-anak lelaki ‘Ain (madunya). Sebab dia kata anak lelaki pada suami kan.

Tapi kita wanita boleh salam dengan anak lelaki pada adik beradik kita. Jadi Diana boleh salam dengan Hafiz. Dan Aisyah boleh salam dengan Fakhrullah dan Hafiz.

Erm, itu je kot. Faham ke? Benda nih penting tau. Kalau tak, takkan le Allah tak gariskan peraturan macam ni dalam al-Quran. Ketidakcaknaan tentang benda yang kadang2 orang anggap remeh ni sometimes boleh membawa kepada kesan yang agak tak best. Hehe. Paham2lah. Kalau tak paham, cuba2 lah pahamkan yer. Boleh tanya jugak ye, tapi kalau lelaki, aku tak berapa yakin sangat nak jawab. Tanya la ostad berdekatan ye :P

Raya dah nak dekat nih, selamat praktis diucapkan pada semua. Tapi jangan le praktis ime raya je. Hihi. Selamat, selamat dan selamat lah untuk semuanya. Thanks sebab membaca. Moga ada manfaat untuk diri serta orang sekeliling kita. Ada rezeki, insyaAllah kita jumpa lagi ! ~

8 comments:

Mencari Redhatullah said...

Salam...:)
betul tu ukht...ramai yang xtahu pasal ni...
moga kita ambil berat tentang aurat ni..
secara ringkas tentang aurat..
kita boleh salam pakcik makcik yang seibu sebapa dgn mak ayah kita..
tapi xboleh salam atau buka aurat dengan sepupu2 kita dan saudara yg kita boleh kahwini...

jadi lebih baik kita pakai tudung bila berhadapan dgn bukan mahram ya! ^_^

Selamat Hari Raya~~

(^_^)

nurjalilah said...

haah,btul tu sue..

kna cter gak skit psl pkck-mkck ni..sbb kdg2 org pakai hentam je slm sume..x kira pkck/mkck jdk ahli kluarga sbb pertalian darah atau sbb pkahwinan.

kalau sbb kahwin,mmg xleh salam la berlainan jantina.tp jgn smpi 'tersyadid' pulak x salam adik-beradik mak/ayah..:D

ハン・ドリフター said...

mende ni memerlukan satu pendekatan yang berhikmah, jangan sampai orang pandang serong dengan kita akibat terlalu syadid pasal ni..

kadang2 kita memang aware pasal ni, tapi bila dah ramai2 saudara yang datang, sume beratur nak salam (mintak duit raya dsb), mende ni pun buleh lupa

sudahnya, bersalaman jugak dengan bukan yang sepatutnya..

tapi, kalau mereka2 yang dah dididik sejak kecik, sepatutnya dah tiada masalah bila berkaitan dengan isu salam2 ni..

ana buleh beza dah, dalam keluarga besar ana sendiri pun, yang mana akan bersalam dengan ana, dengan mana mereka yang hanya sekadar berjumpa tanpa bersalaman..

sekadar memberikan pandangan yang kurang bernas, mungkin sebab pikir exam kot.. :)

Lady D said...

btol tu....saya suka pasal salam ni..tapi tulah maybe iman tu x kuat sangt....aser macm serba salh kalo x salam pakcik sedara...(tapi still x salam pon huhu)

SuMaiYaH said...

Mencari Redhatullah,
Wassalam. iya kamu benar. lupe plak nak bubuh, mereka yang seketurunan dengan ibu bapa kita, itu mahram. Jadi macam atuk, adik beradik atuk, itu mahram dan boleh bersalaman dan bermaafan. Thanks for ur comment :)

and eid mubarak!

Jalilah,
haha jali, itu lah, kadang nak terang tapi taktahu nak mula kat mana. huahua. kadang nak salam tuh baru terpikir, ini adik beradik mak/ayah ke tak. hihi

Hanif,
bernas tak bernas belakang kira. hehe. tapi memang betui pun, dah ramai gila, susah nak differentiate mana satu boleh ke tak, sebab tu kena berpandangan jauh (tengok depa dari jauh) dan set siap2 mana bleh mana tidak. haha.

tapi memang ada cuba2 gak lah beritahu, especially yang kecik2, senang sikit nak ajar.

Exam? Rilek saje. (Ayat orang tak berape excellent)

Kepada semua, semoga ramadhan yang pergi membawa seribu makna buat kita semua, dan semoga semua amalan kita diterima.. Amin.
(takde semangat sangat nak ucap selamat hari raye. hehe)

Kullu 'aam wa antum bikhoir! :)

SuMaiYaH said...

Lady_D,
tak perlu rasa bersalah sebab kita nak menegakkan apa yang benar :)

nanti free2 sembang dengan pakcik sedara, boleh sentuh sikit2 pasal benda ni. Dan dakwah fardiah (diri sendiri) pun mainkan peranan. moga Allah permudahkan :)

mydiario said...

modennye nama atok and nenek.. =)

anyway, thanks for reminding..~

SuMaiYaH said...

ya ampun baru perasan komen. maap. alhamdulillah, moga sama beroleh manfaat :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...