Saturday, September 25, 2010

Berkat Ke ??

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬

Lo! those who fear their Lord in secret, theirs will be forgiveness and a great reward. || Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. [Al-Mulk:12]

Apa yang berkat?
Sepanjang aku hidup yang tak sampai suku dekad ni, aku nampak kehidupan yang bahagia ada pada berkat. Perghh. Ada percaya? Mahu cuba?

Tapi kali ini aku nak kata tentang ilmu. Untuk pengetahuan sapa yang nak tahu, post ini telah di trigger oleh satu kejadian yang telah berlaku di tempat aku jawab exam semalam. Ahaaa. Di petang yang nyaman, aku telah duduk di kerusi untuk jawab soalan yang mana subjek itu adalah requirement untuk ke department Computer Science. Wauh.

That’s not the point guys. We have 5 sections. Macam 5 groups of students lah. Each group consist of about 25-40 students. So, boleh imagine lah kan betapa havocnya tempat exam kitorang yang cikgunya cuma seorang tu, TANPA PEMBANTU. Ya, terkilan sungguh aku. Pass paper pada student pun cikgu seorang. Rasa macam nak tolong tapi aku perempuan, segan.

Lepas kasi paper, cikgu kata jangan buat apa-apa. Tengok pun jangan, as cikgu kasi paper dengan menelangkupkan ia. So tengok yang putih je lah. Aku taktau kena tutup mula-mula, sebab mic pun takda, so carry on je lah tulis nama, matric no and section dan sempat terpandang soalan 1 dan 2. Hehe.

Pastu terdengar lah cikgu kata “do not open the paper”. So terbalikkan lah balik. Lepastu member sebelah aku tanya “sumai, tau tak camna nak kira slant asymptote”. Aku kata lah taktahu, sebab memang tak study. Halamak, kantoi plak. Hahahaha. Then aku tanya balik “ada ke slant asymptote?”. Soalan yang macam agak tak patut. Kalau takde buat apa dia tanya kan.

Lepas tu aku kena tukar tempat dari belakang sekali ke depan sekali. Tak kisah lah yang tu. Nasib baik member sebelah sebelah aku, perempuan. Kalau laki bukan nasib buruk, cuma tak berapa baik lah. Kehkeh. Then start la jawab soalan. Jawab punya jawab, tiba-tiba . . . .


Suasana kelas telah bertukar menjadi pasar. Pergh. Aku pandang-pandang jugak lah tepi, belakang, ape pasal lah tempat exam boleh bertukar jadi macam ni. Serious, tak pernah dibuat orang. Cikgu dah lah macam redha je. Cikgu pun taktahu nak buat apa kot sebab ramai sangat. Tapi yang aku lagi terkilan, member aku cerita waktu cikgu ada datang kat sorang student ni, budak belakang dia, ya, tak jauh, cuma belakang, dia boleh sembang-sembang dengan kawan. Aku tau lah depa tak sembang, depa tanya soalan. Tapi depa bincang. Member aku yang perati kata, sampai ada yang exchange paper. (What ???)

Ini ke behavior budak university islam? Cuba lah kalau time kita exam tu datang budak-budak sekolah dan nampak kita macam tu, rasa rasa apa depa nak kata ek?

Tengahari tu, baru je pegi briefing oleh kuliyyah, cikgu2 banyak kata tentang barokah. Sebab last final exam, ada student kuliyyah aku yang ditangkap sebab attempted to cheat. Hah. Segan gila kot. Mak bapak segan. Fikir masa depan lagi.

Tapi aku taknak sentuh pasal tu. Ini tentang rasa segan pada diri sendiri, pada Allah. Yang Maha Melihat. Allah Allah. Rasanya ilmu, markah kuiz, assignment, exam yang tinggi tu, rasanya sapa bagi?

Mungkin lah, kita tak faham lagi apa erti, apa hakikat ilmu tu sendiri. Mungkin rasa kita tuntut ilmu, datang university, untuk ibu dan ayah. Nak dapat 4.0 untuk diri sendiri. Nak apply scholarship. Niat tu semua tak salah pun. Tapi fikirkanlah mana berkat yang ada pada ilmu kita,

Kalau dalam exam pun nak tiru.
Kalau mengajuk tingkahlaku/kata-kata cikgu.
Kalau gelak pada kekurangan cikgu.
Kalau jumpa cikgu buat sombong.
Kalau berburuk sangka dengan cikgu.
Kalau mengeluh bila ada kuiz dan assignment.
Kalau cikgu mengajar dalam kelas, kita bersembang dengan kawan.
Ganggu orang lain plak tuh.
Dan bermacam kalau lagi.

Kita ini penuntut. Penuntut ilmu. Walaupun ilmu ICT ni physically nampak macam ilmu dunia, tapi perhatikanlah apa ada di sebaliknya. Al-Khawarizmi itu juga memacu bidang teknologi. Iya, aku rasa sebenarnya mungkin kita ini mungkin kurang pada berfikir. Tak semestinya fikir tentang benda math, programming apa tu semua. Boleh mula dengan fikir tentang diri sendiri. Tak payah fikir banyak, benda simple simple je macam siapa sebenarnya kita. Start dengan yang itu pun takpa. Yang lain akan datang sendiri.

Carilah berkat dalam hidup, sebab harta, kerja yang gaji tinggi tu tak menjamin hati yang tenang pun. Sebabnya, manakan barokah nak datang, kalau dalam exam kita menipu, then kalau CGPA kita tinggi dan kita dapat kerja bagus pun, anak-anak kita pun akan makan minum pakai semua guna gaji yang sebenarnya daripada CGPA yang tak berkat tu. Lepas tu depa susah nak terima mak bapak cakap apa. Hati keras. Mat/minah rempit. Seks bebas. Buang bayi. Oh Ho. Moga Allah pelihara dari semua itu.

Panjang sungguh entry aku. Terima kasih pada yang baca sampai habis. Sapa yang klik ‘Read More’ tu, sapa suruh. Hahaha. Takde hadiah lah, sebab hadiah itu ada pada diri anda yang membaca. The gift will be gifted when you think. Ahaks. See ya! Wassalam.

A : Aku tau hang tiru
B : Alamak !!

sumai : baarokallahu lakuma . . .

7 comments:

The 1375 said...

stuju 101%. keadaan smlm cam pasar. huhu. demi mengejar matlamat, apa2 cara pn dihalalkan. taktau la, mungkin mereka 'lupa' (husnu zon).

SuMaiYaH said...

"demi mengejar matlamat, apa2 cara pn dihalalkan. "

Itu dah menggambarkan keadaan akhir zaman. hoho. iye lah, lupe plak nak husnus zhon. mungkin yang tak biasa/pernah buat pun, depa ikut bincang sebab tengok orang lain buat takpe je. Sobsob.

Seperti kata Madonna dalam lagu dia : "You hold the key" means you determine your own self. Pergh

sorang je komen. tu pun pakar matematik (sebab gamba dia kalkulator) Adakah kerana ramai terasa dengan apa aku tulis?

Maaplah ye. Aku cuma lontarkan pendapat aja.

Eh The 1375, biro Welfare ICTSS mungkin kena bertindak dalam hal ni kot. Hohooo. Jika mahu pertolongan sila roger ok. Sekian, komen yang panjang.

Hafiz Regist said...

Waktu exam memanf waktu yg critical ttp kena lah honest to:

1. Yourself
2. Your lecturer
3. Your family
4. Your friends

And lastly, we need to remember that Allah is All-Knowing.
Without these realizations, anything could happen.

*maybe the first one is remember Allah is All-Knowing.^_^

The 1375 said...

nak bertindak tu, rase2 sblum ni mmg da bg peringatan. baik sblum exam or sms exam, especially from lecturer dgn invigilator (tapi cikgu calculus tak mention plak jgn tiru, huhu). anr pn dah behabis ringgit2 utk print notice. so, it's up to oneself ;)

SuMaiYaH said...

Hafiz,
thank you!

The 1375,
peringatan perlu berterusan. Kehkeh
tapi memang up to urself lah. itulah yang susah. to control your own mind.

Anonymous said...

kembaqq :heart:
gudluck sayam

SuMaiYaH said...

tenkiu kembaq! :x

lupe plak nak kata kat hafiz, itu reflection blajar UNGS 2040 kah? Knowledge and Civilization. hoho

Heran betui aku, yang komen ramai lelaki. adakah yang sama jantina sudah hilang kasih sayamnya pada aku? Isk

tau2, korang bz and silent reader Kehkeh :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...