Sunday, August 29, 2010

Update VS Tak Update

Entah apa apa lah tajuknya kan.
Sebenaqnya aku rasa macam selalu plak update blog bulan Ramadhan ni.

Bila selalu update, aku fikir ade ke manfaat dari post yang aku tulis, dapat ke saham entah tidak. Tulis macam ape je kan.

Sebab bila kadang2 aku tengok sesetengah blog, depa jarang update, tapi sekali tulis. Perghh. Ada jugak la yang berdarah ditusuk duri. Heheh. Maasya-Allah. (Dan banyakkan menangis dan sedikitkan ketawa)

Selalu jugak aku usha, blog selalu update nih ramai followers. Blog aku takpayah la tengok. Bukan ramai pun. Kira ramai follower, ramai lah yang baca blog dia kan. Kalau tak semua, mesti ada at least 50%. Ke kurang lagi? Tu aku agak je. Dan blog yang jarang2 update ni, tak ramai sangat follower, tapi tak bermakna lah isinya tak best kan kan. Cuma, manusia may pandang blog tu macam sebelah mata ataupun main kenyit2 mata. Begitulah resam dunia =)

Tiba tiba je aku dapat idea, maksud aku tadi lah. Blog berbeza sungguh dengan ibadah. Ibadah kita Allah saje yang tahu niatnya. Kalau pergerakan mungkin dilihat oleh mata kasar manusia. Namun apa yang tercatat Allah saja yang tahu.

Makin update ibadah maka makin Allah sayang. Manusia tak tahu kan.

Lain dengan blog, kalau banyak update, manusia yang ramai follow blog dia.
Kalau sikit update dan tak berisi macam aku tak ramai lah follow.

Update Ibadah, Allah sayang lebih.
Kurang update ibadah, Allah tetap sayang, kerna ada sifat الرَّحمٰن yang ada padaNya. Maasya-Allah.


Sudah 19 Ramadhan. Malam ganjil terakhir untuk fasa pengampunan besar-besaran. Sekejap je kan? Sedih ada. Menyesal ada. Yesterday is history ye Sumaiyah.

وَمَنۡ أَرَادَ ٱلۡأَخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعۡيَهَا وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَانَ سَعۡيُهُم مَّشۡكُورً۬ا (١٩) كُلاًّ۬ نُّمِدُّ هَـٰٓؤُلَآءِ وَهَـٰٓؤُلَآءِ مِنۡ عَطَآءِ رَبِّكَ‌ۚ وَمَا كَانَ عَطَآءُ رَبِّكَ مَحۡظُورًا (٢٠) ٱنظُرۡ كَيۡفَ فَضَّلۡنَا بَعۡضَہُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۚ وَلَلۡأَخِرَةُ أَكۡبَرُ دَرَجَـٰتٍ۬ وَأَكۡبَرُ تَفۡضِيلاً۬

boleh usha surah الإسرَاء ayat 19 sampai 21 untuk makna. Sebab kadang2 aku rasa letak makna malayuwiyyah kadang tak sampai ke hati. Sebab tuh orang kata bahasa arab nih best. Satu perkataan makna dia mendalam, tak tercapai akalku. Isk.

Selalu berdoa, ramai manusia bermain dalam fikiran aku. Ummi Abi Adik Beradik, Opah, Saudara mara, Cekgu cekgu, Sahabat sahabat, Saudara Palestin, saudara seIslam, serta dia. Dia yang kadangkala buat air mata mengalir. Dia yang taktahu sapa, tapi memang terbayang lah orang yang aku suka. Tapi tak semestinya kita akan dapat apa yang kita suka kan?

Allah Allah.

biar membisu burung bersiulan, tenanglah gelombang lautan, ku masih setia

---------------------------------------------------------------

Apesal lah asik melalut pasai itu. hari tu bace jumpe lah ayat nih

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. [17:7]

Boleh apply pada semua keadaan.

---------------------------------------------------------------

Ha tadi pergi sini


Best, insyaAllah laporan menyusul di website MC. Cuma web sekarang bermasalah sebab ada silap siang tadi -_-". Maap kak adah.

Semalam (lebih tepat kelmarin) aku join Nasyeed Club buat iftar dan nasyid sikit2 (bro je) di Rumah Anak Yatim Syifa. Best jugak! Kasihi anak yatim, dituntut dalam Islam.

Petik Surah البَقَرَة ayat 83 :

... and be good to parents and to kindred and to orphans and the needy, and speak kindly to mankind; and establish worship and pay the poor-due ...


English pulak. Sekali sekala.

Awal bulan Oktober nih Nasyeed Club buat Nasyeed Gala. Hari tuh dapat message tanya sapa mau jadi komiti. Takut jugak. Tibe2 Bro Fahmi pulak ajak. Subhanallah. Allah nak suruh jadi jugak gamoknye. Sapa mau join aku sponsor khidmat jom laah. Yang tak jadi ahli pun boleh jadi member and join sama.

Eh, panjangnya. Maaf. Habis dah. Selamat pulun ibadah semua! Jangan tau update blog je. Hehe.
(Wei, pokos la blajaq!)

4 comments:

mahabbah said...

jadilah diri sendiri
dalam menulis setiap pekara..
;)
kerana kebiasaanya itu lebih cepat sampai maksudnya. dari org yg copy atau tiru ssutu blog.

blog seorang itu masing2 ada keistimewaan yg tidak ada pada org lain..

<-- jrg updte.

sumi said...

errrr
jap nak pikiaq.. adakah ini satu perkongsian, kutukan, atau teguran. Hikhik

tenkiu akak :x

(cek slalu jugak kopi dari blog len. Ngeh3)

mahabbah said...

coment dri ayat :: Bila selalu update, aku fikir ade ke manfaat dari post yang aku tulis, dapat ke saham entah tidak. Tulis macam ape je kan

mana ada ketuk atau tegur daa..
selagi ada bnda nk tulis. tulis aja..

sumi said...

kak munge mana sampe nak ketuk :P
terimas cik! :DD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...