Friday, August 13, 2010

Syadidnya Hang Nih!

Tergerak nya aku nak tulis pasai post ni lepas baca satu post member yang menceritakan seorang budak uiam yang umur 21 tahun sudah pun mengandung dan melahirkan seorang bayi, tanpa diketahui siapa bapa kepada anak itu (What?)


apa macam bro? mule2 aku pun terkejut jugak, dan sedih. amaat sedih.
apa lah mau jadi dengan dunia sekarang. penat dan penat. mana pula usaha yang kita lakukan, entah juga.

apa puncanya? budak unibersiti islamiyyah pun macam ni. Orang luaq dengar benda macam ni, konfem hilang respek lah, walopun maybe yang involved dengan benda nih iaitu seks bebas, sikit dari kalangan kami. I should say KAMI sebab nak ekspresskan betapa rapuhnya jati diri remaja sekarang, of course lah aku nak spesifikkan budak kampus aku, UIAM.

Duduk dalam bandar besar, kota metropolitan, nak apa semua ada. Just say it man. Cuma kena ada wang dan sebagainya lah. Yang datang pulak niat mula2 lurus, lepas tu dah bersimpang siur. Susah kan nak luruskan niat?

Apa yang aku nampak daripada perkara yang terjadi pada saudari aku di atas, adalah kecuaian daripada dirinya dan daripada manusia sekelilingnya. Alah, korang yang baca pun mesti dah biasa sangat. Benda macam ni siapa lagi lah yang nak disalahkan kalau bukan diri budak tuh kan. Itu memang dipersetujui, tapi jangan lupa jugak ibu bapa, keluarga. Atau lebih senang persekitaran.

Tapi yang aku nak tekankan kat sini, ialah diri sendiri. Apa yang kita buat, kita akan dipertanggungjawabkan. Itu basic. Kalau ikhtilat (pergaulan) tak jaga, habislah. Tambah2 perempuan. Atau nama best dia, wanita. Islam memuliakan wanita. Kalau dulu-dulu zaman Jahiliyyah, depa tanam anak perempuan tau tak, sebab ia macam simbol keaiban dan kepapaan. Boleh baca baaanyak lagi di sini Untuk semua sahabat khususnya wanita, aku nak share sikit2 lah, pengalaman aku dan adaptasi dari observation yang aku selalu buat.

1. Tundukkan pandangan
Dalam quran pun Allah dah sebut. Walaupun dalam surah anNur suruh lelaki yang tunduk pandangan dulu, takde salahnya kita buat benda nih dulu. Nak tahu kenapa? Sebab dunia sekarang ni aku seriously kata, boleh kira dengan jari berapa lelaki yang jaga pandangan, tambah2 kalau nampak perempuan cantik. Aku tak jeles dengan mereka yang cantik, sebab semua manusia itu cantik, cantik itu subjektif. Walaupun memanglah bila tengok orang lawa dari aku, aku rasa "wah, cunnye dia" tapi dia, aku, engkau, semua Allah yang cipta. Maha suci Allah yang menghakimi hambaNya dari iman dan taqwa, bukan rupa.

Lagi, berdasarkan pemerhatian aku, lelaki nih. Ah, aku nak sebut pun malu. Aku perasan mata lelaki selalu menjalar pada perempuan yang pakai baju ketat (pakai baju longgar pun kena), pada bahagian yang menjadi tarikan. Sebetulnya, apa2 pada perempuan nih semua tarikan pada lelaki, kalau ada sapa2 yang tak tahu lah. Jadi marilah kita sama2 cover our aurah ya =)

2. Jaga kehormatan

Kehormatan tu apa? Ia adalah maruah. Harga diri. Bagaimana Islam dah tetapkan macamana sepatutnya wanita behave bila berhadapan dengan lelaki, itulah yang kita kena ikut. Bukan ikut kawan. Kawan duk bercouple, kita pun nak couple jugak. Pengalaman aku yang pernah alami benda macamni, ia tidak menambah apa pun melainkan kerugian semata. Nak tahu lebih sila tanya ye.

3. Jaga lenggok percakapan
Laki nih imaginasi dia tinggi. Tak caya. tanya lah pada adik beradik ke, kalau korang berani nak tanya. Korang kata gini2, dia bayang lain. Bayang benda lain. Perempuan pun ada yang imaginasi tinggi, cuma jarang jumpa. Memang Allah memang cipta hambaNya begitu. Ya lah. untuk tengok mana satu hambaNya yang pandai jaga apa yang Dia suruh jaga.

4. Jaga pemakaian
Sebenarnya boleh masuk dalam point number 2. Saja aku drag bawak ke bawah. Kadang-kadang kita rasa pakai macam dah ok. Cuma kena observe lah, ok di mata Allah atau hanya ok di mata kawan2 kita yang sebenarnya berpakaian sama aja macam kita. Aku serious kata, aku sakit mata tengok pemakaian zaman sekarang. Kalau lah ada sesiapa yang tak tahu, pakai macam tu, kalau bukan kita yang kena, orang lain yang kena tu adalah seorang adik perempuan, kakak, emak, hatta nenek. Cuba bayang lah kalau itu adik kita, kakak kita. Kenapa aku kata macam ni, sebab orang lain pakai seksi, orang lain yang kena rogol. Mamat tu baru lepas usha sorang awek nih, then lepas tu di satu jalan yang sunyi, tserempak ngan awek lain yang tutup aurat, rembat aja. Jagalah aurat, kalau bukan untuk diri sendiri, buatlah untuk kaum Hawa yang lain.

Itu je kot points yang aku nak tekankan. Aku nak harap pada lelaki untuk mulakan benda macamni, susah. Sungguh. Sebab tu, aku harap korang especially sahabat aku yang perempuan, muslimah, mukminah untuk mulakan ini semua. Step pertama dia yang no 1 tu lah. Tunduk pandangan. Bagi aku bila tunduk dan jaga pandangan, insyaAllah kita akan terhindar dari sapaan, panggilan dan apa aja lah yang lelaki suka buat untuk ngorat perempuan. Lebih baik lagi kalau dapat elak daripada berurusan dengan lelaki.

Dan yang aku perasan, lelaki ni tend to hold pandangan lebih lama. Kalau dah pandang, taknak alih2 dah. Sedangkan cuma terpandang. Dan tak pernah jumpa pun sebelum ni. Jadi kita lah yang kena alih pandangan, walaupun waktu tu mata sudah bertentang mata. Syaitan ada di tengahnya. Ingat, pandangan adalah anak panah iblis yang berbisa.

Aku Syadid?

Maaplah kalau ada orang kata aku nih syadid @ dahsyat sangat. Semua ni sebab waspada. Dan Allah yang suruh, di samping sebab diri sendiri. Takda fitnah yang paling besar selepas kewafatan Nabi melainkan fitnah wanita. Sematkan benda ini dalam fikiran. Dan petik juga kata seorang tokoh bahawa lelaki ini hanya bagai sahabat di hadapan kita, tapi kita pasti akan gerun dengan percakapan mereka di belakang kita. Hah. Bulan Ramadhan nih, mulakan la sikit2. Tak banyak pun takpa, yang penting consistent. Kalau bulan mulia ni pun dok dating2, bulan lain apatah lagi kn. Kita akan dipertanggungjawabkan atas diri kita sendiri, bukan ibubapa, mahupun kawan atau kekasih kita. Sayangilah diri sendiri, kerana dirimu itu hai muslimah, sangat berharga. Salam mujahadah, jumpa lagi!



sumai : seronok bila takda couple, boleh buat apa yang kita suka + boleh minat sapa2 saja =) . Tahniah sapa yang baca sampai habis. Jazaakumullahu Alfu Khoir.

7 comments:

Hafiz Regist said...

Na'uzubillahi min zalika.

Memang betul semua steps tu.
Semoga semua orang di iium dpt melaksanakannya.

Ramadhan karim ya Ustazah.

ハン・ドリフター said...

salam..
manusia itu dilahirkan untuk saling lengkap melengkapi, nasihat menasihati, combine the good point to make the best result. {ye ke?}

syukran kerana membaca post ana. sedih la jugak sebab dpt berita ni dari forum yang ana join.. mudah2an si perempuan tu, dan orang di sekelilingnya dikurniakan petunjuk ALLAH s.w.t di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Ameen~

sumaiyah said...

Hafiz,
amin.
Risau tengok suasana kampus kita kan?
Ramadhan kareem untuk enta juga.

Hanif,
wassalam. Sebenarnya dah lama nak tulis pasal points kat post ni. Cuma post enta tuh mayB triggering that intention.

Semoga hidayah Allah bersama kita semua. Ameen.

~budak lepak~ said...

good....

mahabbah said...

boleh minat sapa2 saja?
ayat ini yg menjadi perhatian :P..

sumaiyah said...

budak lepak,
welcome to blogger world and thank you for dropping by =)

kak munge_maha :P,
ya la akak, minat sapa2, kalau dia dah nikah ngan orang lain means takda jodoh ngan dia, dan boleh minat pada orang lain plak. tapi kompolan nased yang sore sedap dan baik2 (insyaAllah) semua dah berpunya =P

sekamar rindu said...

Na'uzubillah...


sekarang ni mcm2 kes2 mcm ni berlaku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...