Thursday, August 5, 2010

Kejayaan حقيقي

Selamat membaca ketika anda dalam keadaan cool and not rushing :')


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُور


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali-Imran : 185]

Demikian lah point terakhir Hilal Asyaf dalam talk beliau yang saya hadiri beberapa hari lalu. Talk kali ini menceritakan kehidupan yang kita ada sebagai modal, berurusan dengan Allah Yang Maha Besar. Kebesaran Allah yang mampu difikirkan oleh beliau adalah dalam konteks subset. UIA subset (►)kepada Gombak (Mana lebih besar, Gombak @ UIA?), Gombak subset kepada Selangor (Mana lebih besar, Selangor @ Gombak?) ► Malaysia ► Bumi ► Galaksi Bima Sakti ► Seluruh Alam Semesta. Allah, Tuhan Sekalian Alam itulah Maha Besar, yang kita berurusan dengan-Nya seharian. Bayangkan lah.

Saya sangat tertarik dengan point last, kerana ia seperti menyimpulkan segalanya.

1. Setiap kita pasti akan menemui kematian

2. Semua Amalan kita yang sebesar zarah, akan dihisab dan disempurnakan di Akhirat kelak.

3. Sesiapa antara kita yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka dia telah BERJAYA. (Allah tak kata pun berjaya itu adalah pabila dengan mendapat 4 Flat. Tapi dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya)

4. Dan kehidupan di dunia (wanita, harta, pangkat, makanan, blogging) HANYALAH KESENANGAN yang memperdaya.

Ramai kita tahu tentang point2 ini tapi kita selalu lalai. Moga diri kita akan selalu dapat berdamping dengan mereka yang dapat mengingatkan kita pada kejayaan Hakiki, mempergunakan sebaiknya kehidupan yang ada untuk merebut syurga-Nya yang tak pernah mudah. Moga Allah permudahkan. Amiin.

Pertama kali berhadapan dengan Hilal, saya rasa macam biasa je mula2. Lepas tu teringat orang jauh lah pulak kan. Semoga pasangan hidup saya dapat membimbing saya ke jalan seterusnya syurgaNya. Tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan dapat bertemu dengan keluarga, sahabat2, guru2, semua saudara seIslam di sana, tentunya belahan jiwa yang saya sangat rindui. Moga Allah kuatkan diri ini untuk memelihara kesucian yang ada, untuk dia. Dan melenyapkan semua kenangan yang tak perlu, dan mengganggu. Allah, permudahkanlah.

Jiwang lah pulak. Seriously, takut dengan dunia sekarang. Hilal pun kata beliau buat talk itu sebab keadaan sekarang. Kita dapat tengok gejala sosial dunia sekarang macamana. Manusia kian kabur dan keliru dengan apa sebenarnya kejayaan itu. Adakah dengan mengikut arus sedangkan kita sebenarnya tahu itu adalah satu kesalahan di sisi syariat, adalah kejayaan? Jadilah diri sendiri, sahabatku. Memilih yang baik itu adalah untuk dirimu sendiri. Tiada siapa yang akan mendapat manfaat melainkan dirimu juga, maka berkorbanlah kerana cinta kita, kepada Allah. Karna keampunanNya mendahului kemurkaanNya. Sudah percaya? Yakin, yakin dan yakinlah.

Terima Kasih Hilal, Aku mengagumimu. Nak minat tak boleh sebab dah CONFIRM dah ramai muslimat minat. Keh3. Moga kita kan bertemu di Syurga sana, natijah kejayaan hakiki yang kita sedari. Moga dapat diterjemahkan dengan perbuatan. Amiin. Sebagai penutup, jom tengok amaran Allah kepada mereka yang ingkar,

وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا وَنَحۡشُرُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ . قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرۡتَنِىٓ أَعۡمَىٰ وَقَدۡ كُنتُ بَصِيرً۬ا . قَالَ كَذَٲلِكَ أَتَتۡكَ ءَايَـٰتُنَا فَنَسِيتَہَا‌ۖ وَكَذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمَ تُنسَى

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?". Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".  [Taha : 124-126]

dan tak boleh tahan diri dari share yang ini jugak.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ . تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونو. يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ . وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَا‌ۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِين

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. [61 : 10-13]

Dan tiadalah peringatan yang paling baik dan meyakinkan melainkan peringatan dari-Nya. Jumpa Lagi! =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...