Monday, August 30, 2010

Cerita Ahad

“Assalamualaikum sumai, jadi tak nak pi nih”

“Wei aku macam tak larat je, tido lambat arr tadi”

“Kalau taknak pegi, hang cari la orang ganti”

“Alamak.. sape plak aku nak suruh ganti nih.. Sempat lagi tak kalau aku siap skarang. Aku kat bilik mek lagi nih..”

“Sempat je, aku pun belum siap lagi nih, kul 730 tau tunggu kat pagar ameenah, nanti midi datang”

“ok2 insyaAllah, assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

Begitulah serba sikit perbualan talipon aku ngan Juni semalam. Akhirnya sampai lah ke sini.



Peserta patutnya ramai, tapi kenapa entah, dia jadi tak ramai. Hehe. Ramai dari BMI, adik2 yang intake baru2 ini. Jadinya aku pun geng ngan Juni je lah berdua. Kumpulan lagi satu Balqes dengan Asilah conduct. Ada dua je group untuk muslimat. Ok lah tu kan. Aku pun dah lah tak pernah jadi Fasi untuk program macam ni. Hari sebelumnya konpiden je Mek kata takpayah terang hukum tajwid apa semua. Tengok2, memang belajaq benda tuh. Aku dah lah lemah bab ngingat2 nih, kalau baca al-Quran insyaAllah bulih. Alhamdulillah ada modul.

Seronok ajar diorang. Walaupun aku boleh masuk kategori lebih garang dari Juni. Ahahha. Dan kami rahsiakan umur untuk elakkan kejadian tak diingini. Cewaih. Sebab ada seorang tuh umur dia 23, kak Yatt. (bukan kYatt fixalots ye.hehe) Diorang pun tanya umur kitorang waktu dah nak tutup majlis. Yang sorang ada sebaya Juni, 21 tahun. Lain2 semua 18 tahun, muda 2 tahun dari aku. Selalu kalau aku kata aku umur macam nih, mesti orang tak percaya.Mesti akan kata “Laa ingatkan kakak,” @ “Laa muda lagi, ingatkan 20++”. Kenapa eh. Adekah muke aku seperti orang tua -_-“ Haha ABAIKAN.

Lepas tu, solah Zuhur then ada Kuliah Zuhur pulak. Best beb. Walaupun aku tidoq lambat pagi tu (+-430am), Alhamdulillah dapat maintain kekhusyukkan dengar kuliah ustaz tuh. Name dia Ustaz Syafawi tak silap. Berjambang macam Qusai. Hihi. Kuliah guna Slides. Cerita pasai Adab Masuk Masjid & Adab Solat Berjemaah. InsyaAllah aka nada post lepas nih cerita pasai benda itu plak. Tapi akhirnya aku buat2 ngantuk, sebab akal sudah kecapekan, di tambah badan yang tak cukup rehat. Jadi aku tertinggal point2 last, cerita pasal perkara harus yang imam perlu lakukan sebelum solat, something like that.

Majlis penutup diadakan dekat2 jam 4pm. Kami pihak fasi diberi penghargaan yang agak terlebih setimpal. Memang mek kata ada elaun, tapi aku pun tak sangka sebanyak itu. Thanks YB Hulu Kelang @ YB Saari Sungib! Yelah kan, bak kata Dr. Zainiy : “Kita bayar lagi banyak pada cikgu yang ajar anak kita piano daripada ustaz yang ajar anak kita al-Quran.” Fikir2kan ye. Tapi memang, program ni beri pengalaman baru untuk aku.

yb kasi. may Allah bless you.

ni name dia tau

Balik tuh, kami mintak tuan driver drop kami berempat di Zoo Negara, bukan nak tengok hayawan ya kawan2. Kami tunggu mekda ngan Rusni amik. Bawak pi umah Along mek. Pastu beli barang nak masak kat umah along. Yang mana akhirnya aku tak jadi pun buka puasa kat sana. Balik uia dengan kak saba sebab jam 10pm tu ada meeting nasyeed club. Kena iron tudung kaler spesifik plak, tu sebab balik awal. Selain tujuan utama balik awal sebab taknak datang meeting lambat. Sebab aku sebenarnya plan nak cakap siap-siap, meeting jangan datang lambat. Berdasarkan pengalaman aku kerja sebelum ni lah, masa aku habis menunggu saja. Boring kan? (Tapi aku taksempat cakap pun benda tu sebab lupa. hehe)

Alhamdulillah wa syukurillah, semua berjalan lancar. Walaupun member muslimah sama biro tak datang time meeting. Lepas ni kerja untuk Nasyeed Gala pulak. Ye, aku minat nasyeed. Sampai tubuh kelab-tak-sah kat Taayah dulu bername Nasyeedians. Teringat dulu time form 3 bertukar2 coklat sebab taknak kasi nasyeedian lain ngantuk dalam kelas. Wahhhh, such a precious moment I could’nt forget.

Alhamdulillah Alhamdulillah kerja untuk MC pun macam nak setel. Sapa yang tak sempat pergi program MC yang hari sabtu hari tu boleh tengok report kat website MC ye. Dan sapa2 yang nak tahu pasal Nasyeed Gala boleh terjah sini. Blog tu belum siap lagi. Cuma dah siap sikit :P Komen dialu-alukan.

Moga Allah melimpahkan rahmat hidayahNya pada kita semua. Teringat plak aku baca blog member sekuliyyah, Bro Fattah : “Hidayah hanya akan datang jika kita tekan nafsu. Hidayah akan lari kalau kita ikut nafsu.” Nafsu tak dapat dimansuhkan mcm ISA. Tapi ia perlu dididik sebaiknya. Moga Allah membantu. Hasbunallah wa ni’mal wakeel. Wallahua’lam.

Sumai : jom stadi! (sambil bisik2 : selamat hari merdeka)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...