Thursday, July 1, 2010

Kawan Baik

Kawan baik tidak semestinya kena dekat,
berada di sisi sepanjang masa,
berkepit ke sana sini ke mana-mana.

Kawan baik, tidak semestinya perlu bertanya khabar,
setiap hari, setiap minggu,
kadang masing-masing berdiam,
diam bukan bererti tidak mengambil berat,
bukan tanda tidak lagi kasih,
tapi masing-masing sedang berjuang dalam hidup masing-masing,
dalam hati, tidak putus-putus menghidupkan kekuatan,
untuk diri temannya dan dirinya sendiri.

Kawan baik tidak semestinya,
perlu berada di samping kawannya setiap ketika,
menempuh halangan dan dugaan bersama,
kadang-kadang tawamu dikongsi,
kadang-kadang tangisanmu ditanggung sendiri.



Kawan baik juga,
memerhatikan kawannya dari jauh,
menasihati dari jauh,
dan mendoakan dari jauh juga.

Kawan baik itu sentiasa ada,
andai kamu menyeru nama dia dalam hati,
dia akan segera menemanimu,
biarpun bukan dari segi fizikal,
tetapi ingatan untukmu sentiasa ada.

Kamu, kawan baik aku,
untuk semalam, hari ini dan selamanya.

Wahai kawan baik,
terima kasih atas segalanya,
kasih dan sayangmu aku akan hargai,
sampai kita bertemu lagi,
mungkin di syurga,
kerana kita berkasih sayang, kerana Dia.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).." (43:67)


Puisi ini untuk sesiapa yang rasa ia ditujukan kepadanya. Nak sebut nama macam tak aci pulak, tapi,
Adakah aku seorang kawan baik?


[Sayang Semua]
[Moga dapat diterjemah dengan 'amalan]

credits


4 comments:

durakhyar said...

kawan salah satu "hadiah" atau balasan tuk manusia di dunia..

sumai said...

yeps dur, =)

Al-Faqir Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki said...

Insya Allah, Sabda Nabi kita tercinta s.a.w. :

"Al-Mar-uu ma'aa man ahabba"

Seseorang akan dibangkitkan/dikumpulkan di akhirat nanti bersama orang yang dicintainya.

Sabda Nabi selepas ada sahabat yang terlalu asyik memandang akan Nabi s.a.w., dan dia menyatakan kerisauannya yang tidak mungkin lagi mampu menatap keindahan Nabi s.a.w. selepas hidup di dunia ini.

=)

momo said...

shit. sedih aku bai. haih :(

take care selalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...