Sunday, August 1, 2010

Cerita Je

CERITA 1

Seorang wartawan menemubual seorang wanita yang sudah berkahwin selama 50 tahun dengan suaminya. Wartawan bertanya,

"Makcik, pernah terfikir untuk bercerai? "

"tak pernah."

(lama kemudian)

"tapi makcik pernah fikir bagaimana nak bunuh pakcik kamu."


CERITA 2


Seorang ibu menasihati anak perempuannya yang akan menikah,

"Anakku, apabila engkau mahu marah pada suamimu, kaitlah anak patung. Kemudian simpanlah ia di dalam kotak."

Masa berlalu, hinggalah anak perempuannya meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat untuk suaminya. Dalam surat itu, dia meminta suaminya membuka kotak tersebut. Bila dibuka, terdapat hanya ada dua anak patung dan duit yang saaangat banyak. Si suami sangat gembira kerana ia menunjukkan bahawa si isteri tak selalu marah dengan dirinya. Dia pun sambung balik baca surat. Lalu arwah isterinya mengatakan duit yang sangat baaanyak itu sebenarnya hasil jualan anak patung yang telah dikaitnya selama ini. Si suami terkesima.

Moral of the story. Hidup suami-isteri sememangnya tak dapat lari daripada perasaan marah. Cuma adakah perlu untuk kita meluahkan marah kita pada pasangan kita? Yang kadang-kadang bukan salah dia. Atau pun kalau salah dia, adakah perlu untuk meninggikan suara. Ahaaa.

Okes, sekian cerita untuk kali ini. Tempias Jannah nikah. Keh3. Taklah, dengaq ceramah dalam ikim jam 1 pagi hari tu. Orait. Moga ada pengajaran. Thanks to Ahda sebab bawa saya merempit dan menemani ke DQ semalam! Dan juga,

Selamat Pengantin Baru kepada Fathiyyah!



cari lelaki yang pakai jam di tangan kanan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...