Wednesday, June 9, 2010

Saya Sangat Kecewa

pada hari ini kerana telah mempersiakan satu peluang yang ada depan mata.

Tadi baru pulang dari Forum tentang Gaza Flotilla Attack anjuran Laws Student Society di Main Audi. Balik macam biasa, mahu naik bus uia, kadang-kadang seram jugak jalan sorang balik mahallah (asrama). Tapi bus ini tak berhenti depan mahallah saya. Maka saya perlu lalu (jalan kaki) di parking lot yang ada kereta sikit2 tuh.

Saya terperasan satu kereta, enjin dipasang. Suasana tak berapa jelas sebab hujan, titisan2 air di kereta halang penglihatan. Ada orang bertudung dalam tu. Sepanjang jalan lepas turun dari bas, pandangan saya tak lepas2 dari kereta tuh, kancil tak silap, putih tapi belakang dia hitam sikit. Pastu stay2 sikit, nampak lah seorang wanita sedang betul2 tudung. Then ada lelaki. Yang saya musykil, lelaki itu macam di tempat duduk belakang. Macam dia baringkan tempat driver tuh. Suasana gelap, tak bukak lampu kereta pun. Dan kawasan parking lot itu pun memang jauh dari lampu jalan. Saya tak dapat lari daripada perasaan mencurigakan. Hati pun berbelah-bahagi mahu ke kereta itu atau tidak. Oh..



Lalu akhirnya kaki saya terus berjalan tanpa berbuat apa-apa. Lepas melepasi kereta itu, saya sumpah seranah diri. Sangat kecewa. Mengapa saya tak pergi saja. Entahkan ada kawan saya dalam itu. Regardless dia lelaki atau wanita.

Boleh aja datang pada depa, ketuk2 cermin kereta, kata

"Assalamualaikum, saya ingatkan kawan saya tadi. hehe"
(walaupun bunyi macam tak logik. hah)

"Saya Sumaiyah. Sister sapa nama? Berdua je? Yang saya blajar kan, kalau lelaki dn perempuan berduaan, yang nombor 3, syaitan.."

Sambil senyum tak putus2.

Ayat ini memang ada dalam kepala otak saya waktu lalu dekat2 depa. Boleh tambah.

"Kalau kita rasa orang tak nampak apa kita buat, Allah nampak kan. Hehe. "

Tapi.

Itu semua hanya dalam hati. Tak terterjemah dek perbuatan. Bila dah lepas pagar asrama, saya lalu lagi dekat2 kawasan yang membolehkan saya nampak kereta itu. Kereta itu masih ada. Rasa macam mau menangis. Kecewa sama diri. Lepas ini mahu buat lagi? Sudah tentu TIDAK! Lepas ini mesti tegur. Tapi mungkin kena tunggu waktu macam tadi, 11pm above. Itu sangat jarang, melainkan ada talk lagi. Hehe.

Mungkin Allah beri ilham untuk tegur mereka, lepas duduk dalam majlis Ilmu tadi. Allah juga yang menggerakkan untuk membenci perbuatan mereka, bukan pelakunya. Dan paling penting, moga Allah memelihara saya dan anda daripada perbuatan sedemikian!

Jauhilah berduaan dengan yang berlainan jantina yo. Duduk dalam kampus yang macam ini, so called "Islamic University", jangan fikir kita dalam situasi selamat. Sebelum ini saya selalu dengar ayat ini. Tapi bila dah nampak depan mata, baru nak yakin. Kebanyakan yang dilihat pasal aurat, memang banyak yang tak ikut syarat. Dah tu apa guna ya dress code yang UIA buat. Jom fikir.





jangan cuba walau sekali!

3 comments:

durakhyar said...

susahkan...

kedian nyesal...

knp aku xbuat??

Hafiz Regist said...

itulah yg dikatakan ujian.
sgt berat utk melakukan.
ttp apabila berjaya, insya Allah iman akan meningkat.
Selemah iman ialah dgn membenci di dalam hati.

SuMaiYaH said...

dur, betui tuh. tu sebab kena kuat sokmo =)

hafiz, thanks for the reminder

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...