Tuesday, June 1, 2010

2012 : Will The World Shut Down ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Regarding the title above, sebenarnya ada forum di IIUM Gombak, anjuran Ma'ruf Club Rabu yang lepas. bersamaan 26 Mei 2010. Saya telah diamanahkan oleh orang yang memberi amanah untuk tulis report tentang forum itu. Di samping request dari abam di Adelaide. Maaf terlambat yo. Poor me, i have not watched the film. So macam tak berapa mau tahu. Tapi mcm best kata mereka. Okay, sambung report.

Ahli Panel 1 : Mohd Khalid Yahya (Penulis buku Membongkar Misteri Dajjal)
Ahli Panel 2 : Mohd Syaari Abd Rahman.

Bisalah, forum dimulakan dimulakan dengan celoteh moderator (habislah kalau beliau tahu) tentang tujuan forum, iaitu untuk menyedarkan kita semua tentang adanya konspirasi di sekeliling kita.

Tuan Khalid Yahya

Beliau menyebut tentang apakah sebenarnya simbolik di sebalik angka 2012. Tentang facts dan information about the number. Tentang bagaimana mereka ini (proksi2 Dajjal) ingin memmemperkenalkan satu "agama" iaitu New Age, memperkenalkan satu kerajaan baru iaitu New World Order. Ketika Rasulullah cerita tentang Dajjal pada sahabat, sahabat mencari-cari di manakah Dajjal, as if Dajjal is exist on that time.

Sentuh tentang Dajjal, ada tiga pendapat tentang siapa Dajjal nih sebenarnya, kata Tuan Khalid.

1. Organisasi - eg America, Freemason etc
2. Ideolisme - eg Sekularisme, Imperialisme etc
3. Manusia



Dalam buku beliau, beliau berpegang pada pendapat ketiga, iaitu Dajjal yang dimaksudkan dalam hadith Nabi adalah seorang manusia. Kerana para sahabat banyak berpendapat sedemikian (kajian beliau).

"If we choose the wrong enemy, we will fail to defend ourselves and WE WILL LOSE ".

Paling bahaya PlayStation, games dia banyak ada mesej subliminal. Kita takut hari hari anak2 kita disuap dengan entertainment, films yang mengandungi mesej2 ini.

Beliau juga menyentuh tentang Planet X @ Nibiru. Inilah yang mereka katakan tentang planet yang akan menghancurkan bumi, regarding the 2012 film.




anda boleh lihat, bagaimana orbit planet X yang putarannya dikatakan akan bertembung dengan orbit Bumi, menghasilkan sesuatu yang mereka katakan "The End Of The World". Beliau juga menyebut tentang Zecharia Sitchin yang menulis buku tentang 'There Were Giants Upon The Earth' dan 'The 12th Planet'.

Juga disentuh tentang kaum Hopi. Dan paling tidak lupa, tentang Nostradamus. Saya antara peminat muzik Maksim Marvica, ada satu tajuk muziknya 'Nostradamus'. Saya pun suka lah dengar2, tnpa tahu pun sebenarnya siapa atau tentang apakah tajuk muzik yang saya dengar tu. Tengok2, ini rupenye. Ugh. Dia ni seorang tukang tilik, dan ada menulis tentang sebuah buku - 'Book Of Life'. Kata tuan Khalid, dalam Book of Life ini ada mengisahkan tentang konspirasi 2012 ini. Should be better if we have that book with us to read it kan.

Selain itu, beliau sentuh juga tentang Kaum Mayan, di Mexico, 2000 BC.



Dan yang paling penting, The Annual Galactic Alignment. It is expected to be on Dec 21, 2012, 10:08 AM. Mungkin inilah yang dimaksudkan mereka tentang filem 2012. Alignment ini adalah ketika the center of the sun is exactly on the galactic equator.





Alignment ini hanya berlaku sekali dalam masa lebih kurang 26000 tahun. Dan ia dikatakan birth of the new sun.

Tuan Khalid kata lagi, Dajjal sebenarnya sudah berjumpa dengan Kaum Mayan sebelum ini, menyamar sebagai seorang tua. Dan dia macam beri manual tentang kejadian 2012 nih la. Dajjal ini mengkaji, bukan bertemu Tuhan akhirnya dia yang mahu jadi Tuhan.

Messianic Message is to Dominate these in people (see the pic)



Maka selesailah sesi tuan Khalid. Kita beralih kepada Ahli Panel kedua,

Ustaz Sya'ari.


Dimulakan dengan membaca ayat 1000 Dinar, yaitu surah At-Talaq ayat 2 hingga 3 :

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

pengajaran dari ayat ini, Allah lah yang memberi jalan keluar untuk setiap masalah.

11/9/1990 + 11 tahun = 9/11 WTC Tragedy
+ 11 tahun = 2012 !

(if anyone cud tell me what happened 11 years before 1990, is it the declaration of the New World Order?)

Kalau tak tahu apa yang bukan ilmu kita, kembalilah pada Allah.

Antara tanda fitnah dajjal yang dah berjaya - Apabila khatib dah tak berbicara tentang dajjal tetapi tentang perkara lain yang tidak membangkitkan semangat, contohnya buah-buahan tempatan. (Ada komen tentang khutbah jumaat? Saya mau tahu juga).

Untuk mendapat taqwa, kita kena faham tentang apa itu taqwa, ia adalah apabila kita patuh taat kepada Allah. Taqwa berkait rapat tentang hukum Allah.
ustaz Syaari juga highlight tentang Hukum Allah yang terbahagi kepada dua,

A) Syari'atullah (Hukum agama)
5 Hukum iaitu wajib, haram, sunat, harus dan makruh. Kesemua ini digolongkan dalam SQ.

B) Sunnatullah (Hukum Alam)
- Sains table (IQ)
- Sains Manusia (EQ)

Yang syari'atullah seperti mana memang dah fix, tetapi ia disokong juga dengan sunnatullah. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa komponen air terdiri daripada dua molekul Hidrogen dan satu molekul Oksigen. Menjadikan kita menyebutnya dengan H2O. The founder of this formula created this? No, this is from Allah. Sebab tu kita panggil ia Sunnatullah. Hukum Alam. Law of Allah.

Rahsia kerajaan orang2 Abbasiyah dalam mengembangkan agama Islam, Muslim Scholars eg Ibn Khaldun, Ibn Sina. Juga Muhammad AlFateh. Mereka punya tahap ketaqwaan yang bukan calang-calang. ketika AlFateh membuka Konstantinopel, mereka gunakan teknologi yang hebat.

Cikgu UNGS saya cakap, besi yang Rasulullah dan org Islam guna waktu perang Badar, ada teknologi nano something dalam besi tu. Ia juga campuran bahan dari bermacam negera, menghasilkan besi yang sangat kukuh. Hebat kan mereka?

Sejarah dah menunjukkan bagaimana mahu fight dengan orang yang sangat kuat.
bersama tuan Khalid, kita tengok macam2 yang sudah dirancang oleh proksi2 Dajjal ini. Mereka termasuklah Freemason, Illuminati, Secret Societies, tentu mau tak mau akan ada rasa gerun dalam hati kita kan. Betulkah akan jadi sesuatu 2012 nanti? Kiamatkah itu? Akan berakhirkah dunia ini?

Lalu dengan ustaz Syaari, beliau menggariskan persiapan yang perlu kita lakukan untuk menempuh whatsoever benda yang akan berlaku.

IQ PREPARATION

1. Tingkatkankan pembacaan dan penguasaan ilmu. Cemerlang dalam akademik, at least in our own field. berdasarkan survey, rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku seminggu. berbanding orang Jepun dan US yang beratus !

2. Master your field.

3. Cipta Alternatif
Dalam ekonomi, media-satelit, sukan mahupun filem. Kalau beliau (Ustaz Syaari), beliau bercadang untuk menubuhkan Akademi Al-Fateh (if not mistaken)

Dan jangan lupa janji Allah dalam surah Ibrahim ayat 46 :

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

Iya, walaupun mereka merancang apa2 yang mampu musnahkan gunung sekalipun, Allah juga merancang. Soalnya, adakah kita juga merancang? dan apakah yang kita rancangkan?

Yang penting, akidah kita biarlah sama macam waktu Nabi dan para sahabat serta tentera Islam dalam Perang Ahzab (Khandaq) dan perang2 lain. Yang mana ketaqwaan mereka pada Allah sangat dahsyat. Total. Tidak ada pergantungan pada yang lain.

Umar Al-Khattab pernah berkata, dia bukan takutkan pada ramainya musuh tetapi penyakit hati yang menimpa tentera Islam. Kerana itulah punca kekalahan. Kurangnya pergantungan pada Allah, cintakan dunia, cintakan rampasan perang, cintakan habuan dunia.

Ayuh, penuhkan diri kita dengan iman. Sejauh mana kita mempersiapkan diri kita untuk mendapat bantuan Allah. Hentikan menunggu orang lain. Berhenti lah dari menunggu Imam Mahdi, Nabi Isa.

Dan pastikan kita benar-benar kenal musuh pada zaman kita. Untuk kenal musuh, memerlukan ilmu. Itulah peranan kita. Seek knowledge, expand and TEACH ! (ini dah masuk dalam concept of knowledge in Islam, UNGS 2040).

Juga jangan lupa hafaz dan hayati surah Kahfi ayat 1-10. Ayat2 ini dapat cegah fitnah dajjal. Namun jangan lupa, pergantungan kita adalah pada Allah semata.

Sekian dari saya. Sebarang tambahan info amat dialu-alukan. Nak debat pun bisa, as long as bukan perkara yang remeh. The most important is, kerja jalan. Jumpa lagi! ~

Disertakan LINKS yang mungkin anda mahu klik3 =)




buleh klik pada gambaq masing2 untuk ke website/blog


7 comments:

muhammad said...

entry yg bagus
umat islam kini perlu lebih sedar ttg hampirnya kita ke hujung dunia
'talk' seumpama inilah mampu menyedarkan sebahagian besar kita tentang fitnah dajjal dan org2 kafir
jzkk atas perkongsian

SuMaiYaH said...

sama2. sgl puji hny bagi Allah.
profile not available lah. muhammad yang mana satu agaknya yo :-?

EditorHM said...

Salam,
Admin...
Minta izin mengambil artikel ini untuk HarianMalaysia.net.ms

Dengan besertakan link kembali ke laman ini..

Terima kasih,

SuMaiYaH said...

Salam 'alaik. sila3. tenQ =)

EditorHM said...

Alhamdulillah,
Terima kasih..

SuMaiYaH said...

sama2 sih =)

durakhyar said...

possible...

sbb kte xtau..tu semua atas tgn Allah..

esok pun boleh..
hari nie pun boleh..

jwpnyer..kte tak tau..tp kebarangkalian itu pasti ada..

jwpn dr budak "batu-bata"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...