Sunday, May 16, 2010

Lelaki Pelindung Wanita


ikim.fm (10 May 2010)
Segmen Wanita Hari Ini : Lelaki pelindung Wanita

Suami di awal perkahwinan, perlu impress pada isteri bahawa dia adalah lelaki yang berwibawa, dan bijaksana. Kalau tidak, isteri akan hilang hormat.

هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّ

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (2:187)

Konsep lindung melindungi, bukan hanya untuk lelaki. Wanita juga. Apabila datang seorang lelaki kepada Saidina Umar berkata bahawa dia sering dileteri isterinya. Kata AmirulMukminin, beliau juga sering dileteri isterinya. Tetapi apa, isterinya lah yang melindunginya daripada melakukan maksiat.

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, (4:34)

Feminist sering gunakan mengatakan bahawa ayat inilah yang menjadikan lelaki ada super power pada wanita. Sedangkan bukan itu sebenarnya.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (6:66)

Phone 1 : Zaman sekarang ini, pintu untuk mendapat yang haram terlalu luas dibuka. Manakala untuk mendapat yang halal itu sukar. Dan apabila isteri bekerja, pulang dengan penat. Sambil berfikir, suami tentu faham. Sedangkan untuk melayan suami adalah lebih penting daripada kerja. Maka bekerjalah seadanya. (Encik Muhammad)

Dr Harlina : tetapkan niat pabila keluar bekerja wahai wanita. Dan lelaki juga perlu bersungguh-sungguh dalam mencari nafkah. Agar sang isteri lebih yakin dengan tahap kewangan keluarga.

Phone 2 : lelaki perlu mencari bekalan TERUTAMA sebelum pernikahan. Supaya dapat membimbing isteri dan anak-anak. Itu bukan satu tugas yang mudah. Dan apabila sudah pernikahan, tiada sesiapa yang mahu membimbing these newly weds. Ibu bapa biarkan saja anak2 begitu saja. Tidak ada follow-up. Juga dari pihak ustaz, juga family (abang, kakak) (Encik Ibrahim)

Dr Harlina : Kadangkala ada persediaan. Tapi terlalu rapuh. Maka kukuhkanlah ia.
Phone 3 : Mengapa sudah kursus pernikahan namun masalah penceraian tetap berleluasa. Sedangkan zaman-zaman dulu takde pun kursus. Tapi okies saja. (Puan Khairun)

Dr Harlina : Apabila ditanya kepada kebanyakan pasangan yang menikah. tidak ramai yang kahwin kerana Allah. Sepatutnya itulah tujuan pernikahan. Untuk memakmurkan bumi Allah.

Nk berzina lebih mudah daripada menikah. Orang lebih suka pilih yang mudah.
Siapa yang sering abaikan suami, tolong ketepikan semua itu. Kerana keluarga itu lebih utama. Jika perlu letak jawatan, lakukan. Kerana Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dan suami juga perlu ada ilmu untuk membimbing dan mentarbiyyah keluarga.

Ada pula yang sudah ada ilmu, tetapi tidak menggunakannya. Suami tidak mampu membimbing anak-anak seorang diri. Di situ berdiri wanita. Moga rumahtangga mampu melahirkan generasi Rabbani yang amat diperlukan oleh masyarakat sekarang.

Pandangan peribadi : masih belum melalui fasa ini. Sekadar ingatan buat diri dan pembaca, tegakkan Islam dalam dirimu, maka akan tertegaklah Islam di sekelilingmu. Pokok pangkalnya ilmu. Baik Lelaki mahupun wanita. Carilah ilmu sebanyak mungkin kepada yang mampu (bujang, masa, kewangan).

Dan ilmu itu takkan berguna dan bermanfaat melainkan apabila sudah diamalkan. Quoted Saifulislam yang rasa sangat bersyukur kerana dapat merantau dan belajar macam-macam, semua itu takkan dapat dilakukan jika sudah menikah. Lelaki especially. Amanah sangat berat di bahumu. Moga kami kaum wanita akan mampu membantu. Jadilah yang baik. insyaAllah kamu akan mendapat yang baik. (24:26) Baarokallahu lakum. Ilalliqo ~


Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tetegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru islam

2 comments:

uda al-farafisya said...

two thumbs up! :)

SuMaiYaH said...

tenkiu uda. alhamdulillah =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...