Friday, May 14, 2010

Konvoi : Ucapan





Berikut adalah sedutan ucapan wakil-wakil ketika Convoi Nasional Untuk Gaza. Lokasi : Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor.

Setiausaha JIM
Referring Surah Al-Isra : 1-7
Mursyidul AM Ikhwanul Muslimin kata : Palestine akan tetap kekal. Tanda-tanda kehancuran Israel Zionis semakin hampir. Ciri-ciri pejuang Islam ada pada pejuang Palestin. Kemenangan semakin hampir.

DR hj Azizan Ahmad – Naib Presiden HALUAN Malaysia
Seruan demi seruan telah dilakukan agar kita membuktikan sensitiviti kita pada isu ini. Ayuh korbankan apa yang kita miliki.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (Ali-Imran:133)



Zulkifli Mohd Nawi – Naib presiden Muslim Care Malaysia
Gaza takkan bebas tanpa pengorbanan kita semua.

Mu’in Ahmad Syukri - wakil mahasiswa
Kita bergabung atas nama Islam. Usah pedulikan apa jemaah kita.

Saudara Helmi – wakil NGO Timur
Jumpa orang, jelaskan pendirian dan hasrat kita tentang Palestin.

Mustafa Kamil Ayub – wakil NGO Utara
Isu ini isu yang cukup lama. Al-Baqarah. Walan tardhaa... Namun terletak di tangan kita how to face them. Yahudi telah khianat perjanjian, rundingan

Wakil ABIM
Sekarang masa untuk menyatakan. Tunggu apa lagi? Boikot juga. Waktu awal2 dulu, boikot kita Berjaya merugikan mereka berbilion dolar sehari.

Mustafa Mansur – Penyelaras Program Convoi Nasional Untuk GAZA.
Erdogan. Turkey. 3 kapal kargo dan 8 kapal penumpang. Daripada umat manusia, bukan Islam je.

Ridhuan Mohd Nor. Muslim Care
Perang Khaibar. Antara Islam dan Yahudi.

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (5:82)

Ikut sirah, ada wanita Yahudi yang racun Nabi.
Barang siapa yang tak amik berat tentang kaum Muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (hadith)

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (8:17)

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ

Kita baca ayat ni, Mesir pun baca ayat ini. Tapi apa beza kita dan mereka. Apa yang mereka lakukan? Apa yang kita lakukan? Bantulah sehabisnya!

The End. Untuk pengetahuan semua, convoi itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...