Thursday, March 18, 2010

Roh Kita



Roh kita asalnya dekat dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yg tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya.

Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia mahu pulang dari perantauan dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya yang sentiasa dekat dengan Allah.

Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan tenggelamkan hamba itu dalam cobaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayang-Nya. Dan sesungguhnya para nabi yg juga kekasih-Nya.. Semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat. Apa lagi kita yang manusa biasa ini.

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Allah menyayangimu, bila Allah lambat makbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahulu kemurkaan-Nya. Oleh itu sayangilah Allah kerana kemurahan-Nya dan takutlah Allah kerana siksaan-Nya.

2 comments:

Ameen Muslim said...

subhanallah, syukran atas perkongsiannya. nice entry!

SuMaiYaH said...

Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...