Tuesday, March 30, 2010

Anugerah Top Blogger 2010


(tak boleh tahan, awardnya blink2. hihi)




Sejahtera ke atas pembaca semuanya. Musim exam nih, ada manusia baek hati mahu beri saya award @ anugerah dalam Bahasa Malaysia nya. Terima kasih pada pemberi pemberi sekalian, Saudara Hanif dan Saudari Durakhyar. Terharu rasa, dah lama takda orang bagi hadiah nih. hihi. Yang tak boleh tahan, ayat dalam belog pemberi award ini (Hanif) :-


Read more..>>



Kali ni aku try la my best untuk menyenaraikan blog2 yang berjaya menambat kalbu gua sebagai blog yang top dari segi penulisan, penyampaian dan sebagainya. Bukan sekadar copy dan paste sahaja eh.. Bak kata lecturer, tiru buleh, tapi buat ayat sendiri lah kan. Takkan la asyik nak jadi pemalas je kan?

Oleh itu, dengan berbesar hatinya aku menyenaraikan blog2 yang pada pemerhatian aku, terbaik wa cakap lu!!! ...


(maaf saya ketawa, tak tahan ayatnya)

Seperti yang Tertera, Anugerah Terhormat, Top Blogger 2010. Bunyi macam gempak semacam. Tapi sebenarnya tidak lah Top mana pun Blog Kita Hamba nih, spesifiknya tuan punya lah, sebab nama anugerahnya Top Blogger. Nama pun hamba, layaknya letak di bawah, kerna hamba itu sehina-hina makhluk, selepas diciptakan dengan sebaik2 kejadian; kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. (rujuk surah at-Tiin).

Lalu suka saya mengingatkan diri sendiri dan anda semua, apakah takrif top itu di mata kita? Masing-masing subjektif. Dan apakah takrif top itu dalam pandangan Allah? Mari fikirkan sama-sama. Kemudian, Jom renung sejenak Hadith nih.

"..sesiapa yang membuat(mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat(mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.."
[ Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim ]

Hadith untuk bloggers sekalian khususnya, dan seluruh pembaca umumnya; di relate kan dengan apa kerja sampingan kita sekarang ini, iaitu blogging, moga posts kita sebelum ini membawa kebaikan untuk pembaca semua. Moga moga ya Allah. Kalau rasa post ni berat sangat, amik sikit jah, jangan tinggai semua na. Dan kalau ada hadith penuh, silakan paparkan pada kami. Kalau ada teguran, jangan segan2 beritahu (macam tak beasa plop.hihi).

Jaga diri. Jumpa Lagi! >.<

Psst : Kredit untuk Saudara Fikri (hadith) dan wanshah (owner of the award).

6 comments:

aishah said...

congrate sumai...

HanDrifter86 said...

ayat atas tu lawak eh?
ahahahaha..

dur said...

hehe sumai sumai...

to han:ayat tu memang lawak..setuhu dengan sumai..

sumai,tiba2 miss u la..

SuMaiYaH said...

Aji,
congrate sb dpt award ek? kekeke
tq tq. Segala puji hny bg Allah =)

Han,
ayat tuh tak lawak, tapi pujian yg diberi pada blog nih..mcm tak padan dengan isinya. Blog2 mcm Encik Hisham, Adib dll tuh boleh lahh nk kasi pujian mcm tuh. He.

Dur,
rindu? Oh Oh Oh.
Member ku kata, kalau rindu, doakan org yg dirindu. Ecewah >.<
xpa nnt kt gumbak kita jumpa na :P

eh gee, setuhu tu apa? mcm tauhu jah. hikhik =D

Anonymous said...

Tahniah. (^.^)

SuMaiYaH said...

Syukran. Saya kenal awak nih sapa. Hoho :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...