Sunday, February 28, 2010

Belajar Untuk Disakiti


Cuba perhatikan manusia di sekeliling kita, berapa banyak kes-kes pergaduhan berlaku di kalangan mereka yang bersaudara, juga yang bersahabat baik. Ataupun yang lebih teruk lagi, suami isteri bertengkar sehingga kadang-kadang pinggang mangkuk yang tidak bersalah terbang ke sana sini. Bagi mereka yang tinggal di rumah teres, adakalanya mempunyai pengalaman menyaksikan pergaduhan sebegini, kerana rumah kita dan jiran hanya dipisahkan oleh sekeping dinding batu yang tidak sampai semeter pun.

Ataupun kadang-kadang kita sendiri yang bertengkar. Tak kisahlah dengan sesiapapun, dengan sahabat-sahabat, kawan-kawan, rakan sekuliah, adik-beradik atau dengan ahli keluarga sendiri. Namun buat mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, mampu menjauhkan isu-isu sebegini. Mereka tak meluahkan perasaan marahnya, namun jauh di hati - hanya allah yang tahu keperitan tersebut. Sama ada diluahkan atau tidak, perasaan marah tetap tidak dapat kita jauhi.

Inilah yang dinamakan konflik.

Konflik berlaku di kalangan manusia-manusia yang saling bergaul antara satu dengan yang lain. Puncanya -wallahu'alam- terlalu banyak. Bermula dengan perasaan tidak puas hati dengan seseorang, perasaan marah mula dipendam, sehinggalah suatu masa nanti ia terlepas melahirkan kata-kata penuh emosi yang tajam menusuk kalbu dan menyakiti fizikalnya. Hanya untuk memuaskan hatinya.

( sila klik read more dan abaikan ayat di bawah itu )

Read more..>>


Perasaan benci, marah adalah sifat negatif yang tidak dapat dielakkan oleh setiap insan. Setiap dari kita pernah merasainya. Sekiranya seseorang marah, kita akan dapat rasakan walaupun ia cuba sedaya upaya menyorokkan isi hatinya. Kadang-kadang sehingga dapat kita rasakan 'aura'nya apabila berada dekat dengannya. Perasaan marah banyak membawa keburukan walaupun dalam aspek yang lain ia mempunyai kebaikan. Ia membuatkan hati tidak tenang, jiwa resah gelisah.

Ada manusia yang sering menyalahkan orang lain sekiranya berlaku masalah. Ataupun menyalahkan keadaan sekelilingnya. Hasilnnya, ia sentiasa memberi alasan demi alasan bagi mengelakkan dirinya dipersalahkan. Serta menyorokkan kelemahan dirinya dengan mendedahkan kesalahan orang lain. Dalam jangka masa yang singkat, ia gembira kerana 'terlepas' daripada dipersalahkan. Namun dalam masa yang sama, ia membina tembok kesombongan dan keegoan daripada melihat kelemahan diri sendiri, malah ia sentiasa berasakan diri sempurna. Tidak pernah melakukan kesalahan.Manusia sebegini susah untuk meminta maaf. Walaupun kesalahan itu berpunca darinya.

Semua sifat-sifat ini adalah barah dalam perhubungan jangka masa panjang.

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan konflik, serta mendengar masalah orang lain - satu perkara yang telah saya pelajari, kita harus belajar untuk disakiti. Formula ini merupakan kaedah untuk kita mengelakkan konflik yang akan membawa pertengkaran, dan juga ramuan terbaik untuk kita mengekalkan sesuatu perhubungan.


Belajar untuk disakiti bermakna, kita berhenti daripada menyalahkan orang lain, dan melihat dari dalam diri sendiri, "Mengapa aku harus marah? Mengapa aku tidak dapat menerima kekurangan dirinya?" Dalam kita bergaul sesama manusia, kita harus bersedia menerima kekurangan orang lain. Dan dalam masa yang sama, cuba menegur kesalahan seseorang.

Untuk mengubah diri sendiri adalah lebih mudah daripada kita mengubah diri orang lain. Oleh itu, belajarlah untuk disakiti. Kerana hakikatnya manusia itu tidak pernah sempurna. Sekiranya kita seorang yang tersusun, pembersih dan berdisiplin, kita harus terima hakikat bahawa bukan semua manusia seperti kita. Oleh itu, daripada kita memarahi orang lain kerana 'kurang bersih', lebih baik kita cuba menerima kelemahannya dan dalam masa yang sama cuba memperbaiki sifat negatif itu.

Belajar untuk disakiti adalah jalan keluar kepada konflik dalam perhubungan sahabat dengan sahabat, adik dengan abang, ibu bapa dengan anak-anak, dan suami dan isteri. Jangan terlalu cepat sangat melenting, nanti orang akan terasa. Lebih baik diam, bertenang dan berbincang dengan baik. Ada orang berkata, "aku ni jenis yang terus-terang." Tapi ingat kawan, berterus terang tidak bermakna kita harus menyakiti hati manusia sekeliling kita. Ataupun tidak mengawal kata-kata kita.

Belajarlah untuk disakiti, kerana mungkin kita sentiasa menyakiti hati manusia sekeliling tanpa kita sedari...

original dari blog DrHazimAzhar
dan ditujukan KHAS BUAT DIRI SENDIRI =)

7 comments:

Pemaki Terkenal said...

tajuk ni tah pahape. baik ko buat belajar utk menyakiti. kakakakakakakakakakakakakah

SuMaiYaH said...

hahahaha

mo mo

sabaq je lah :P

-_-"

Hafiz Regist said...

Ada benarnya.
Kesakitan yg hebat akan menjadikan seseorang itu semakin kuat seperti Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.w..

Kesimpulannya, jika kita ingin menjadi tabah dan cekal, ujian yang perlu juga setimpal.

Ameen Muslim said...

Sambil2 belajar utk menghadapi situasi disakiti, kita belajar juga cara utk mengelak drpd menyakiti hati org lain.

SuMaiYaH said...

Hafiz,
Allah tak menguji seseorang melainkan dengan kesanggupannya.
thanks.

Ameenmuslim,
tang nak mengelak dari menyakiti orang lain yg susah, tmbh2 kalau orang tu jenis yang cakap lepas. Sbb tu Allah mencela orang yang bercakap banyak yang sia-sia.

Satu tunjuk orang, sembilan lagi pada diri sendiri.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : المؤمن الذي يخالط الناس ويصبر على آذىهم خير من المؤمن الذي لا يخالط الناس و لا يصبر على آذىهم

sabda baginda : al-mukmin yang bergaul dgn manusia dan sabar dgn kesakitan mrk, adalah lebih baik dari al-mukmin yang x bergaul dgn manusia dan x mahu sabar akan kesakitan mrk. ^^

SuMaiYaH said...

Terima kasih Anon
>.<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...