Sunday, February 21, 2010

Bawalah Aku Pergi



Manusia .. Manusia
Dengan apakah hidupmu bertuhankan
Apakah dengan manusia
Dengan hiburan
Dengan nafsu
Dengan seks
Dengan wanita
Dengan harta.

Lupakah kita pernah berjanji
Sejak zaman roh lagi
Bahawa Allah itu ROBBI
Berikrar untuk Nya hidup dan mati
Di dalam solat sehari-hari.

Lalu Tuhanku
Bawalah cepat aku pergi
Dari lelah dunia yang mempesona ini
Terkapai iman mohon dikendali
Lantaran gahnya nafsu merajai
Minda dan jua hati.

Bawalah aku pergi
Kerna tak dapat kugagahi lagi
Mehnah nafsu yang menguji
Bawalah aku pergi ya Ilahi
Ke pangkuan Mu yang kudambai.

Gombak, 20022010

2 comments:

Ameen Muslim said...

salam,
manusia ni makhluk yg pelupa. muda bertuhankan nafsu yg memberi kesenangan yg sementara tanpa kelak bahana menimpa. good entry. Nice!

SuMaiYaH said...

salam kembali.
terima kasih atas kunjungan dan kumin nya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...