Thursday, January 7, 2010

iium Oh

Alhamdulillah sudah genap sebulan penetapan saya di kampus baru. New campus, new life, new environment. Mungkin post ini agak panjang sebab nk kisahkan kisah kisah di kampus baru ler. Acewah.

Penginapan.
Tingkat 5, tiada lif (mcm nak complain aja) tapi ini mahallah baru. Maka compartment nya di buat dua dua, satu bilik ada 4 orang tap di bahagi 2. Kalau macam mahallah Asma, Hafsa, depa punya ada 4 kompartment utk 4 orang. So private sikit. Tapi, sape yang xsuke dok sorang, susah la gitu (rasa mcm hidup sorang je dlm dunia). Tambah pula kalau dapat roommate yang jenis buat hai sendiri. Ish3.


Read more..>>



Kalau Mahallah kat CFS ada beberapa tingkat je, mahallah kt sini dibahagi guna block dan setiap block dinamakan dengan nama surah. Kalau block B, Al Buruuj. Kalau F, Al-Furqan. Jarak satu blok dengan blok yang lain tak berapa jauh, depend la. Kalau dari F nk pegi ke J, memang agak jenuh.

Sepanjang sebulan ni, tak pernah le saya nak puasa. Sebab jarak yang jauh dari mahallah ke kelas. Then naik tangga 5 tingkat lagi. InsyaAllah akan dicoba selepas nih.

Pengangkutan
Bas ada. Kalau tak mo, amik taxi. Bas Rapid yang hantar ke Terminal Putra, kena bayar RM1 la. Bus metro yang number 91 hantar smpai Kotaraya. Bas rapid yang U pun ada. Tengok ler kamu nak pegi mana. Basically jalan kaki kalau nak ke kampus. Tapi ramai yang udah ada motor sama kereta. Saya cuma ada motor dan kereta mainan aja. Ngeh.

Nak ke kuliah pun ada bas. Pusing2 sekitar kampus sampai mahallah. So kalau hari Selasa ngan Khamis yang kelas jauh kat econns tu, naik bas ler kalau dah lambat beno.

Persekitaran.
Dari segi alam sekitar, alhamdulillah, hijau masih boleh dinikmati. Udara segar setiap pagi, apetah lagi kalau lepas hujan. Rasa mcm nak baring tengah padang tuh dan ngadap langit. Yoshhh..

Dari segi social, memang jauh beza dengan di matrik lah. Duduk pun tengah bando, macam adaaa.. Yang naik keta laki sama perempuannya, ya la hantar ke kelas, pi shopping ke. Moga saya dijauhkan dengan benda mcm tu.. Risau sangat sebab saya ni mungkin jenis yang cepat hanyut. Na’uuzubillahi min zaalik.

Pernah saya balik lewat malam dari kafe, lalu belakang Mahalah Hafsa. Ada byk kereta. Ada laki ngan puang dlm tuh. Dok tahu le depa sembang ape. Dosa ni kan, kita rasa syok je buat. Sebab syaitan dah menampakkan indah pada perbuatan dosa kita tu. Atau mungkin hati kita terhijab sebab dosa dosa lalu. Tak tahu la apa perasaan depa ek. Kome tau dak ? So sesiapa yang masih belum terjebak, jangan dimulakan. Kerna pertemuan pertama selalunya akan mengundang pertemuan seterusnya. Kalau atas dasar kerja, biasa lah. Tapi bijak lah menjaga hati. Rosak hati, rosaklah diri. Acewah. Macam nak konklusi le pulak.

Lecturers.
Sudah nama pun international, maka lecturer saya pun ramai la yang bukan Melayu. Tapi depa tak ta’aruf pun, masuk, kasi muqaddimah pasal subjek yang diajar then terus mengajar. Lect math ada sorang je melayu, yang ajar UNGS pulak dari Indonesia. Yang ajar MGT lahir kt Saudi Arabia tp membesar di Ghana (my fav), yang ajar programming dari Palestin, yang ajar database tu dari Malaysia. Hehe. Melayu lah.

Facilities.
Banyak cara untuk exercise. Ada Female Sport Complex, boleh jugak joging sekitar mahallah. Almaklumlah mahallah beso. Dalam FSC tu pulak ada swimming pool. Tp kena pakai pakaian swimming la. Wahhhh. Ni mcm excited nak swim. Walaupun tak reti -_-“

Secara overall, life at campus memang interesting kalau kita tahu manfaatkan. Masa ni lah nak pegi majlis ilmu (jangan abaikan study sudah), nak join sana sini. Antara yang akan Allah tanya nanti pun, Apa yang kita lakukan semasa muda. Sebab waktu ini kita ada tenaga, kita ada keinginan, kita ada harta, kita ada kemudahan. So, mari gunakan apa yang kita ada sebaik-baiknya.

Mungkin agak susah, berat hati. Sebab bila kita tengok rakan sebaya yang enjoy their life dengan cara yang macam syaitan kasi indah pandangan tu. Tapi kita bersusah di dunia, insyaAllah di Akhirat kita kan bersenang lenang di atas dipan dipan (bahasa indon kot-rujuk quran). Lawan lah nafsu. Minta pertolongan Allah. InsyaAllah DIA kan mengabulkan permintaan kita. Kerana DIA sangat suka pada hambaNya yang mengadu dan meminta kepadaNya. Ate kome, takkan nak mintak bantuan melawan hawa nafsu pada jiran sebelah rumah punya sedare kot? Kihkih. Maka Allah lah sebaik baik tempat bergantung. Wahai Allah, yang Membolak Balikkan hati, tetapkan hati hati kami di atas agama Mu, dalam ketaatan kepada Mu dan dalam jihad di jalan Mu. Amiin.

Allah sayang kita semua. Banyakkan merenung dan berfikir, kerna hidayah Allah ada di mana mana. Baarokallahu feekum. Salaaam ~



4 comments:

Masshah said...

belajar sungguh2 ye..

aishah said...

sumai, duk sane elok2 ye..

Muhammad Hafiz Regist said...

Salam Ustazah.
Jaga diri baik2.
Cabaran kat sini hebat.

SuMaiYaH said...

terima kasih semua :'(

amiin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...