Tuesday, January 12, 2010

Dunia kita

Nuh Ha Mim mengangguk. Akur. Menepuk-nepuk bahu Raja Husain.

“ Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja. Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan.

Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka ? Apa lakunya kekayaan sekepeng di hadapan Tuhan ? Yang kita bawa menghadapNya iman dan amal sahaja. Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan kutu yang melekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemahsyuran hanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan dengan selisik. Pada sepukal, sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertaqwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi anak murid kita hari ini. ”

Raja Husain menitiskan air mata.

“Guru kita berkirim salam. Namanya Khidir.”

Nuh Ha Mim bangun, mencium dahi Raja Husain.

“Masya-Allah anakanda Husain, Masya-Allah. Kamu akan jadi orang besar demi Islam kelak. Berjaga-jagalah, seperti Saidina Husain, kamu akan diacah maut sentiasa.”

Raja Husain angguk, separuh mengerti, separuh memahami. Bermulalah pelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan.

Petik dari : Nama Beta Sultan Alauddin, Faisal Tehrani, 2007

Safra-kain alas
Sekepeng-setengah duit
Sepukal-keris yang sudah tumpul
Surai-sehelai rambut
Selisik-sikat kutu

5 comments:

selasih said...

cak!!!

Pemaki Terkenal said...

apa cak2? hahaha. sera, pi beli mic!

su ooo su. lamo den tak nampak. hihi. sihat kaa?

SuMaiYaH said...

jawapan utk soalan kome bedua :

saya sayang serra dan emonissa

sekian =)

sera mana tanya soalan lah.haha

Zufar said...

bahasanya tinggi,
terlalu bersastera,
tapi banyak inputnya
pengajarannya disebalik cerita
ni..keep it up my friend.
:-)

SuMaiYaH said...

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...