Wednesday, January 27, 2010

Ayat-ayat Cinta untuk sahabatku..



Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami, wahai Tuhan kami, penawar kepada penawar-Mu,
dan kesembuhan daripada kesembuhan-Mu,
juga keberkatan daripada keberkatan-Mu,
juga rahmat daripada rahmat-Mu
terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang orang yang sakit,
juga mereka yang lemah,
dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-Mu,
Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani dari segala yang mengasihani.
امين يا ربّ العالمين

Tidaklah terjangkau dek akal bagaimanakah kesakitan itu, temanku. Bersabarlah selalu kerana ujian itu tanda Allah sayang padamu, dan DIA mahu menghapuskan dosamu yang terdahulu. Jika kita tidak dapat berjumpa di dunia fana, semestinya aku senantiasa mendoakan kita kan berjumpa di Akhirat sana, negeri Abadi idaman setiap insani. Sob sob sob.

Terima kasih Allah yang mencipta rasa kasih dan cinta mengakar dalam hati, memenuhi segenap jiwa, bertemu kerana-Nya, meratib cinta-Nya, menyemai ukhuwwah demi-Nya.

Moga Allah meringankan kesakitanmu dan mempermudahkan urusanmu sahabatku, salam sayang dari kejauhan buat sahabatku Serrarina. Syafaakillah.

4 comments:

hami asraff said...

salam ziarah. blog yang sangat bagus! :-)

SuMaiYaH said...

segala puji hanya bg Allah

makaseh atas ziarah nya :)

★HIS∀⅂ƎSerra☆ said...

tenkiu kembaq...aminnn

SuMaiYaH said...

amiin ya robb..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...